Terkini | New

10 Tempat menarik di SELAMA, PERAK yang harus anda lawati.

Jika bercuti ke Perak kemana tempat menarik untuk di lawati? membuatkan ramai tertanya-tanya apakah uniknya negeri Perak ini. Memang tak cukup masa untuk mengelilingi SELAMA, PERAK yang telah lama terasa untuk di terokai.

Kali ini kami berpeluang ke sini dan ingin berkongsi kepada anda apa yang menarik untuk anda rasai sendiri keindahan alam, budaya, makanan dan senibinanya.



Selama, Perak mempunyai destinasi eco- tourism dan pelbagai lagi aktiviti menarik disini untuk anda semua termasuklah 7 lata dan air terjun yang indah dan hebat! Perjalanan kami menaiki Ets Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)  dari Kuala Lumpur ke Parit Buntar dan menaiki kereta sekitar 45minit ke Selama, PERAK.


1. SELAMA INN @ RUMAH REHAT SELAMA

Para pelancong dapat penginapan di Selama Inn yang mempunyai rumah rehat yang sangat cantik dan cukup selesa.







Rumah rehat juga dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap dan mempunyai kafe bernama SiraRimau yang pasti menjanjikan hidangan yang enak untuk para tetamu yang datang ke Rumah Rehat Selama.



Selama Inn @ Rumah Rehat Selama berdekatan dengan kawasan yang mempunyai daya tarikan pelancong dan berada ditengah-tengah pekan. Anda boleh berjalan kaki ke pekan berhampiran dan yang menarik disini terdapat kuih-muih dijual dengan harga 4 seringgit.



Untuk menempah anda boleh menghubungi MAJLIS DAERAH  dan jika ada sebarang pertanyaan berkaitan pelancongan di Selama boleh hubungi Urusetia Unit Pelancongan Majlis Daerah Selama:

En. Razif - 010 3714548 / En. Rofizlan - 0195217385
No Pejabat : 05-8394201/2021 ext 119/120/121


2. SUNGAI SELAMA RIVER CRUISE RAFTING

Aktiviti pertama yang kami lakukan setelah tiba di penginapan Selama Inn @ Rumah Rehat Selama adalah aktiviti Water Rafting. Aktiviti dilakukan di Sungai Selama, Perak yang mengambil masa 30 minit dari Rumah Rehat Selama.















Aktiviti water rafting ini hanya mengambil masa 1 jam dan anda akan ditemani oleh pegawai terlatih bagi menyusuri Sungai Selama yang pasti bakal menguji ketahanan dan kekuatan fizikal.

Sebarang tempahan atau pertanyaan lanjut boleh hubungi 0116-301 5026
 atau layari laman web https://eco-natventure.blogspot.com .


3. TREKKING DI LATA PUTEH

Daerah Selama kini semakin dikenali dengan keindahan alam semulajadi dan lata-lata yang ada di sekitar kawasan telah menarik ramai pelancong untuk datang kesini. 




Selama, Perak mempunyai 7 lata yang telah dikomersialkan sebagai satu tarikan pelancongan. Lata Puteh adalah lata yang paling tinggi dan untuk sampai ke atas puncak anda perlu melakukan aktiviti trekking yang hanya mengambil masa lebih kurang satu jam.






Tahap keceruman Lata Puteh ini hanyalah 45 darjah yang semestinya memberikan cabaran yang tinggi buat anda yang dikatakan ke-3 tertinggi di Asia.

Subhanallah! Betapa indahnya ciptaanNya. Kami sempat menikmati air yang sejuk dan melihat pelangi secara dekat.

lokasi : Kampong Kelian Gunung, Ijok, 34510, Batu Kurau, Perak. (Daerah Kechil Selama)


4.  LATA TEBING TINGGI

Tarikan pelancong untuk melakukan aktiviti riadah dengan keindahan alam semulajadi di Lata Tebing Tinggi. Lata Tebing Tinggi mempunyai air sungai yang jernih membolehkan anda bermandi-manda bersama keluarga. Lata Tebing tinggi tidak memerlukan pendakian jadi senang sahaja untuk sampai kesini.











Lata Tebing Tinggi juga sudah dibangunkan dengan kemudahan tempat persalinan, surau, tandas, gerai makanan dan mempunyai sudah chalet- chalet yang telah dibangunkan bagi tujuan keselesaan para pengunjung.


5. APS ARCHERY EXCELLENT CENTRE

APS Archery Excellent Centre terletak di kawasan Selama, Perak. Kawasan ini juga bukan sahaja menawarkan kelas memanah yang menarik tetapi juga sesuai untuk dijadikan sebagai team building.



APS Archery Excellent Centre mempunyai atlet kebangsaan dan atlet luar negara untuk berlatih bagi mempersiapkan fizikal dan mental mereka sebelum tibanya hari perlawanan. Ini sudah terbukti bahawa kelengkapan memanah di APS Archery Excellent Centre sememangnya mempunyai kualitinya yang hebat.


6.  KOLAM UDANG AIR GUNUNG LATA BULUH

Kolam Udang Air Gunung Lata Buluh mempunyai satu tarikan yang istimewa di mana hasil ternakan udang di sini segar kerana mempunyai sumber air yang mengalir dari air gunung daripada kawasan Lata Buluh yang tidak tercemar dengan unsur-unsur kimia dan juga sistem pengairan yang baik.



Hasil ternakan udang galah di Kolam Udang Air Gunung Lata Buluh mempunyai permintaan udang galah yang cukup tinggi daripada dalam dan luar negeri Perak disebabkan kualiti udang yang baik. Kami berkesempatan menjala udang galah dan menikmati Mee Udang sedap dan terbaik.


7. GALERI KERIS PAK DIN KOMANDO

Galeri Keris Pak Din Komando ini adalah geleri yang diusahakan sendiri oleh Pak Din Komando atau nama sebenar beliau ialah Encik Abdul Wahab Bin Hassan seorang bekas komando yang telah bersara.



Seni pembuatan keris dan sarung juga merupakan warisan turun temurun daripada keluarga Pak Din Komando sendiri. Istimewanya Galeri Keris Pak Din Komando mempunyai 100 lebih koleksi yang dipamerkan dari zaman sebelum merdeka sehinggalah sekarang. Jika berkunjung ke sana pastikan anda melihat sendiri kayu surian yang berharga dan cantik.


8. TELAGA GERGASI

Telaga Gergasi yang cukup terkenal ini adalah salah satu peninggalan teknologi British yang berfungsi untuk mengawal kadar pengaliran air dari Sungai Ijok ke Tasik Bukit Merah. Telaga Gergasi ini mempunyai kedalaman sehingga 18 meter dalam dan dibina pada tahun 1936 oleh pihak British sebagai tempat untuk menyimpan air dan dikatakan fungsinya untuk mendapat arus yang kuat bagi menapis pasir @ bijih timah dan memindahkan hasil bijih timah melalui sungai.




Telaga Gergasi ini bukan sahaja penting untuk pengairan air dari Tasik Bukit Merah melalui telaga tersebut pada zaman dahulu malah kini ia digunakan untuk pengairan kawasan sawah padi yang terdapat di Daerah Kerian.


9.  SUNGAI ATAS SUNGAI

Sungai Atas Sungai yang merupakan terusan air yang dilencongkan daripada Sungai Ijok sejauh 3.5 kilometer ke Sungai Atas Sungai sebelum merentasi Sungai Redang Panjang yang mengalir di bawahnya.



Aliran air mengalir di Telaga Gergasi menerusi terusan air sepanjang kira-kira 5 kilometer.

Uniknya apabila anda berdiri di atas jambatan Sungai Atas Sungai ini, anda akan dapat melihat air dari terusan mengalir melalui jambatan tersebut tanpa bercantum dengan air Sungai Redang Panjang yang terdapat dibawahnya. Keunikan peninggalan British itu boleh anda lihat sehingga ke hari ini.


9.  KOTA PERSEMBUNYIAN RAJA BERSIONG

Kota Persembunyian Raja Bersiong adalah tempat persembunyian Raja Bersiong yang merupakan raja keempat daripada keturunan Merong Mahawangsa. Wujudnya kawasan ini disebabkan rentetan daripada mitos lagenda kezaliman seorang raja yang meminum darah manusia.



Daripada kisah itu Raja Bersiong dikatakan melarikan diri dari istananya di Lembah Bujang, Kedah ketika cuba mengelak daripada dikepung oleh Menteri dan rakyat yang membencinya kerana tabiatnya yang gemar memakan bayam dengan kuah campuran darah manusia.

Kota Raja Bersiong dikatakan bahagian belah atasnya boleh menampung sehingga 40 orang dan mempunyai bilik-bilik kecil. Dahulu kawasan ini dikatakan dipenuhi dengan pinggan mangkuk hasil tinggalan raja tersebut. Walau bagaimanapun, ia sudah tertanam di dalam gua.


10.  LADANG DURIAN BELANDA HAJI ISMAIL

Pengalaman yang menarik dapat melawat kawasan tanaman durian belanda dan merasai sendiri durian belanda yang cukup popular di Selama, Perak. Ladang Durian Belanda Haji Ismail ini  mempunyai beribu batang pokok durian belanda. 





Jus durian belanda dan keropok durian belanda adalah produk yang telah mereka hasilkan. Bagi peminat durian belanda atau peminat eco harus berkunjung kesini. Suasana yang cantik dan menikmati hidangan di dalam ladang durian belanda.


10.  PRODUK IKS @ RTC SEPUTEH

Kami sempat singgah melihat sendiri Produk IKS @ RTC Seputeh yang menghasilkan produk hebat tempata keluaran mereka. Antara produk tempatan yang sedap dan berkuali adalah seperti Pekasam Daging, Mee Sanggul, Rojak Buah, Risno Madu Kelulut, Aneka sos dan kicap, Teh Zawiyah Kraftangan Daun Bunga Getah dan Sulaman Rozi



Jika anda berada Selama di Perak anda boleh dapatkan Produk-produk mereka di kios @Selama_inn atau hubungi Majlis Daerah Selama dan iks mereka sendiri. Kesemuanya memang sedap dan harga yang berpatutan. Apa yang menarik harganya murah dan kualiti yang terjamin.

Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan pelancongan di Selama boleh hubungi Urusetia Unit Pelancongan Majlis Daerah Selama seperti berikut yang mengalu-alukan kedatangan anda.
En. Razif - 010 3714548 ,
En. Rofizlan - 0195217385 ,
No Pejabat : 05-8394201/2021 ext 119/120/121

Terima kasih buat Majlis Daerah Selama, unit pelancongan MDS, Tourism Perak, Tourism Malaysia Perak, Pihak Bomba Selama, Selama inn dan semua yang terlibat menjayakan program kali ini.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) MAJLIS DAERAH SELAMA \ https://www.facebook.com/adventure360.my/



#KampungkuSelamaku #Selamainn #MajlisDaerahSelama #tourismmalaysia #tourismperak
#Malaysiatravelblog #Dboystudio #Travel #Travelblogger #Perak #vm2020 
#visittrulyasiamalaysia #visitmalaysia2020 #Malaysia