Recent comments

Terbaru

Hud Cafe melancarkan menu menarik baru yang inovatif yang pasti memikat penduduk Hartamas

Kali ini kami berpeluang untuk merasai cafe menarik di Hud Cafe di Sri Hartamas. Hud Cafe dibuka kepada pengunjung pada jun 2019 dan mempunyai menu terbaru pada 20 Februari 2020 dan ia terdiri daripada masakan Arab, Barat, Mexico dan minuman tambahan baru yang menarik.



Menu ini mengandungi citarasa berbeza seperti Salad Taco, Calzone Pizza, Sizzling Fajitas dan pelbagai menu menarik lagi.  Pelbagai lagi menu menarik dan pakej katering serendah rm 10 per pax.







Hud Cafe dimiliki oleh Ahmed Mahmoud dari Qatar. CEO Hud Cafe.
"Tempat makanan apabila anda mahu restoran yang kasual, tanpa tekanan makan untuk dipadankan. Chef kami melakukan tugas yang luar biasa untuk mencipta hidangan yang unik dan peluang untuk memberi pengunjung Sri Hartamas bagi merasai keenakkan yang menarik dalam masakan kami, terutama pada hari keramaiaan, 



"Kami Matlamat di sini adalah untuk membolehkan pengunjung kedai makan Hartamas untuk mengalami banyak perisa yang ditawarkan di menu kami dan mengekalkan harga yang berpatutan. "



Antara menu-menu menarik yang anda harus cuba berada di Hud Cafe.

Mandi Chicken.
Mandi Chicken bersama dengan nasi berempahkan saffron kari paste dan rempah kunyit yang memang sedap dalam pot. hidangan disertakan bersama sayuran dan sup.



Fattah
Nasi arab di kukus bersama kambing atau ayam bersama homemade tomato, roti bakar bersama rempah seperti bawang putih dan ketumbar.





Tajin Chicken or Lamb
Potongan kambing atau ayam dimasak bersama zuchini, homemade tomato sauce dan rempah ratus terbaik. Ayam Alfredo Pasta Spaghetti dicampur bersama butter, cream dan keju. Hidangan ini pasti membangkinkan selera pengunjung.






Antara minuman menarik yang anda boleh cuba.Smoothie dengan perisa buah-buahan dengan krim manis sesuai untuk menghilangkan rasa dahaga.



Pizza Goreng.
Menu terbaru dan saranan dari chef  yang memang sedap mengikut tred di mana rakyat Malaysia sukakan hidangan yang bergoreng.



Pelbagai lagi menu menarik boleh anda cuba di sini dengan harga yang menarik. Ruang kedai yang besar dan boleh mengadakan majlis-majlis kecil pasti menarik minat anda. Suatu kelainan yang ada di sini untuk anda cuba. Hud Cafe dalam proses membuka cawangannya yang ke2 moga anda semua dapat mencuba!

Anda boleh terjah jika berkunjung ke Sri Hartamas, Ground Floor, P-02B Plaza Shopping Centre
Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas 50480 Kuala Lumpur. Bagi yang berhampiran dan ingin berkunjung bolehlah layari laman web dan laman sosial mereka di www.hudcafe.com

Facebook : www.facebook.com/hudcafe/
Instagram : www.instagram.com/hudcafe/
Tel : 03- 62064045


No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)