Recent comments

Terbaru

8 Tempat menarik di KUALA KANGSAR, PERAK yang harus anda lawati.

Terdapat banyak sekali tarikan pelancongan yang anda boleh diterokai di Kuala Kangsar dan Lenggong. kami berpeluang merasai sendiri pengalaman bercuti. 

Jom lihat pengalaman kami di Kuala Kangsar dan melihat sendiri aktiviti yang boleh anda lakukan jika berkunjung ke negeri cantik ini. Moh kome!

MASJID UBUDIAH
Destinasi pertama adalah Masjid Ubudiah yang terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Masjid ini telah menjadi tumpuan utama para pelancong jika datang ke Kuala Kangsar. Masjid ini dibina pada 26 September 1913 dan telah siap dibina pada tahun 1917. 



Masjid Ubudiah juga dikenali sebagai Masjid Iskandariah atau Masjid Diraja, Masjid ini berbentuk oktagon atau segi lapan dan mempunyai empat buah menara serta dikelilingi kubah di bahagian dalam manakala bahagian dinding dan lantai masjid diperbuat daripada batu marmar berwarna merah dan putih yang dibawa khas dari Itali.


AZYDAR ENTERPRISE
Kami terus ke perusahaan menekat benang emas yang diusahakan oleh Puan Azizah, yang mempunyai pengalaman hampir 40 tahun dalam bidang ini. Tekatan benang emas biasa digunakan oleh kerabat diraja. Ia juga merupakan hiasan istana serta untuk majlis perkahwinan masyarakat melayu.



Proses menekat benang emas ini menggunakan alatan seperti mempulur, pemidang, geliging dan jarum. Masa yang diambil untuk satu tempahan selama satu minggu atau lebih mengikut rekaan yang ditempah. Harga satu rekaan boleh mencecah RM1000 keatas atau lebih bergantung kepada rekaan ditempah. Azydar Enterprise ini juga anda boleh mempelajari teknik tekatan benang emas dengan bayaran RM350 kepada yang berminat.


KZ KRAF ENTERPRISE
Labu Sayong dan Kuala Kangsar cukup sinonim. Jika anda bercuti, tidak sah jika pulang tanpa membawa balik labu sayong. KZ Kraf Enterprise merupakan perusahaan membuat labu sayong. Selain itu, KZ Kraf juga turut menjadi pembekal dan menjual produk labu sayong serta cenderahati malah Kz Kraf juga menyediakan pakej Interaktif Kraf, iaitu pembuatan asas tembikar untuk orang awam, pelajar juga pelancong luar.



Perusahaan membuat labu sayong ini merupakan generasi yang ketiga dari keluarganya. Labu sayong yang dijual di sini bukan sahaja berkualiti tinggi malah harganya jauh lebih murah.


LENGGONG PENUH SEJARAH
Kami meneruskan perjalanan dari Kuala Kangsar ke Lenggong. Lenggong adalah tempat yang mempunyai banyak kesan-kesan sejarah untuk diterokai yang menarik. Destinasi pertama adalah Gua Kajang. Gua ini merupakan gua pertama yang menjalankan proses ekskavasi di Malaysia pada tahun 1917 oleh Evans.



Gua Kajang ini juga pernah menjadi kawasan perkuburan tetapi mereka tidak berjaya menemukan rangka tulang-tulang mayat sebelum ini akibat keadaan tanahnya yang berasid. Lebih menarik lagi, Gua Kajang ini juga pernah menjadi tempat penggambaran filem tempatan Malaysia iaitu Sifu dan Tongga pada tahun 2009.

Bukit Jawa yang dianggarkan berusia sekitar 100,000 hingga 200,000 tahun. Bukit Jawa juga merupakan sebuah bandar pelabuhan Sungai Perak. Tetapi disebabkan gunung berapi Toba meletus di Indonesia dan memberi impak serta kesan yang sungguh dasyat sehingga Tanah Lenggong turut menerima kesannya. 




Disebabkan letusan gunung berapi Toba itulah terkenalnya Bukit Sapi dimana letusan debu gunung berapi Toba itu masih dapat dilihat di Bukit Sapi itu dan ianya boleh digunakan sebagai bedak sejuk ataupun sebagai rawatan muka yang semulajadi.



Bukit Bunuh pula merupakan tempat batu meteor terhempas. Kajian geologi menunjukkan kawasan ini pernah ditimpa bencana meteorit pada 183 juta tahun dahulu. 


Kesan hentaman yang ditinggalkan telah menjadi batuan impak yang dikenali sebagai suevite. Apa yang menariknya adalah mereka menemui banyak alat batu di dalam suevite antaranya ialah kapak genggam.

Kami juga singgah ke Galeri Arkeologi Lembah Lenggong. Tarikan utama pelancong di galeri ini tentulah ‘Perak Man’ yang hidup di Lenggong sekitar 11,000 tahun dahulu. Perkakas perkakas purba daripada batu yang ditemui di Lembah Lenggong juga turut dipamerkan di galeri ini.


Perak Man merupakan rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia. Tulang rangka Perak Man telah dijumpai pada 1991 di dalam Gua Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala Gajah, di Lembah Lenggong, Hulu Perak pada ketinggian lebih kurang 105 meter dari paras laut.

Penemuan ini adalah hasil dari penyelidikan yang dibuat oleh Malaysian Archaeological Research Centre USM yang diketuai oleh Datuk Prof Zuraini Majid, dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia. Tahniah semua atas pencapaian yang membanggakan rakyat Malaysia atas usaha semua pihak yang menjadikan Warisan Arkeologi Lembah Lenggong tersenarai dalam kalender tapak warisan dunia UNESCO.

Lelaki Perak ditemui di dalam gua Gua Gunung Runtuh. Perak Man adalah rangka manusia tertua terlengkap di Asia Tenggara. Ia adalah radiokarbon bertarikh 10,120 BP dan dikenal pasti sebagai Australomelanesoid, sejenis hominid yang menempati bahagian barat kepulauan Indonesia dan benua Asia Tenggara pada akhir Pleistosen dan Holocene awal.

Di dalam karst besar Bukit Kepala Gajah terdapat 20 gua. Tiga daripadanya, Gua Gunung Runtuh, Gua Teluk Kelawar dan Gua Kajang, telah mengungkapkan penguburan prasejarah.

Kumpulan mewakili urutan tahap penting dalam sejarah manusia yang tiada tandingannya di rantau ini.

Kriteria (iii): Rangkaian lokasi gua dan udara terbuka di sepanjang Sungai Perak di Lembah Lenggong adalah bukti luar biasa terhadap pendudukan kawasan tersebut terutama pada zaman Palaeolitik, tetapi juga pada zaman Zaman Neolitik dan Gangsa dari 1.83 juta tahun yang lalu hingga 1,700 tahun yang lalu.

Kriteria (iv): Bengkel alat batu Palaeolitik in situ yang tidak terganggu yang terletak di pinggir dasar batu kerikil dan batu kuno sungai kuno dan bertarikh dalam urutan kronologi yang panjang adalah kumpulan teknologi litik yang luar biasa.

Sepanjang perjalanan kami tidak lengkap jika tidak menikmati penginapan yang menarik dan unik. Bagi memastikan rehat yang cukup dan makan yang lazat jom lihat lokasi penginapan menarik pilihan.

HOMESTAY KAMPUNG LABU KUBONG
Homestay Kampung Labu Kubong cukup terkenal di Perak. Memang menarik dan gembira sepanjang berada di homestay ini kerana penduduknya sangat mesra dan peramah dengan tetamu. Paling istimewa kalau datang ke sini pada musim durian, anda boleh menikmati raja buah ini sampai puas.



Setelah kenyang kami meronda keliling kampung dengan menaiki ‘tram’. Tram ini boleh memuatkan seramai 15 orang bagi satu perjalanan antara 30 dan 45 minit dengan bayaran RM1 seorang. Pelancong dapat melihat secara langsung kawasan Homestay Labu Kubong dan kawasan persekitarannya sekaligus menikmati keindahan dan kecantikan kawasan ini.

D’VILLAGE HOTEL, KARAI
D’village hotel terletak berdekatan dengan Jambatan Victoria. Hotel ini mempunyai 25 bilik standard dan 1 bilik untuk VIP. Apa yang menarik lagi adalah D’village Hotel menawarkan konsep gabungan antara suasana kampung dan klasik. 



Senibina banggunan hotel ini memang sangat cantik, jangan lupa lihat papan tanda mereka yang menggunakan bahasa orang Perak. Terdapat mini muzium yang menarik dengan barangan-barangan lama dan antik.





Jika menginap di sini, jangan lupa untuk mencuba kuih kundas yang amat jarang dijumpai. Memang sedap dan lembut.


Jambatan Victoria.
Jambatan ini merupakan sebagai bekas tapak kereta api lama. Jambatan ini juga pernah dibom oleh pihak British bagi mengelakkan pihak tentera Jepun mara ke arah Karai. 


Selain itu, bagi pengunjung yang menginap di hotel yang berjaya sampai ke hujung jambatan tersebut, anda akan diberikan sijil penghargaan atau sijil khas oleh pihak D’village Hotel.



Perusahaan pembuatan rebana di Kuala Kangsar
Anda boleh menyaksikan sendiri bagaimana alat muzik tradisional ini diperbuat menggunakan tangan sepenuhnya. Selain rebana, mereka juga menghasilkan beduk yang digunakan untuk rancangan Pencetus Ummah.


Selain beduk, rebana, kompang juga ada dibuat & dijual sini ( rebana RM100, kompang RM80).
Penggunaan kayu asli helban dan kulit kambing bagi rebana agar tahan lama sehingga 7-8 tahun. Beduk juga masih digunakan untuk menandakan azan dan kematian. Pukulan dimulaikan dengan ketukan kuat sehingga kecil dan pukulan kuat mengikut jumlah rakaat. lokasi : SRAW Enterprise, Sentuhan Rebana Asli Warisan


Restoran Teratak Warisan Kampung.
Jika anda ingin merasai makan kampung ketika berada di Kuala Kangsar, anda boleh mengunjungi Restoran Teratak Warisan Kampung kerana terdapat pelbagai hidangan kampung yang lazt-lazat. Pasti anda akan terkejut melihat lauk-pauk mereka yang banyak dan menyelerakan. 





Menu istimewa di sini tentulah Ikan Loma Rebus. Pastikan anda merasai sendiri makanan-makanan menarik yang lazat dan istimewa. Nak cari makanan orang Perak moh ke sini.


Hutan Lipur Lata Kekabu.
Hutan Lipur Lata Kekabu yang menarik serta bersih dari segala sampah-sarap dan anda dapat menikmati deruan air yang mengalir. Cukup bertuah penduduk Lenggong dapat menikmati suasana dan kawasan semulajadi cantik di Taman Eko-Rimba Lata Kekabu



Selain itu, tanaman pokok-pokok yang berada di sini lengkap dilabel bagi memudahkan para pelancong untuk mengetahui sebarang jenis pokok yang yang cantik dan unik.


Kiah Pekasam.
Jika ke Kuala Kangsar tidak lengkap tanpa membawa pulang ikan pekasam. Jenama Kiah Pekasam amat terkenal di negeri Perak. Kiah Pekasam turut popular terkena tempias daripada cerita Kiah Pekasam yang dilakonkan leh Rozita Che Wan.
 


Ikan pekasam ini diproses dari ikan segar yang disiang, diperam dan disalut beras goreng. Untuk memastikan kualiti yang baik bungkusan harus di bungkus dengan cermat. 

Peraman mengambil masa antara 7 hari. Antara pekasam popular adalah pekasam ikan loma. Ikan yang paling sedap untuk menghasilkan pekasam. Lokasi: Kampung Pengkalan, 33030 Lenggong, Perak (Tasik Raban)

Jangan lupa singgah ke tempat-tempat menarik ini jika berkunjung ke Kuala Kangsar dan Lenggong di Perak. Rancang perjalanan dan percutian anda dengan selamat dan selesa. Jumpa anda di Perak nanti semua.

No comments

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)