Terbaharu | New

5 Tempat menarik di Phuket yang harus anda lawati

Thailand sememangnya kaya dengan pelbagai tarikan menarik dan boleh
dikatakan, saban tahun bilangan penduduk Malaysia yang melancong ke negara jiran ini
semakin bertambah. Perjalan Malaysia ke Phuket, Thailand bertambah dekat dengan adanya penerbangan terus dan keretapi dari Malaysia. Saya, Majalah Santai Travel dan Tourism Authority of Thailand (TAT)  kali ini bersama dengan tour agent dan media dari Malaysia untuk mempromosikan Phuket Andaman Halal Tourism 2017.

Phuket Andaman Halal Tourism 2017 kali ini di sertai lebih ramai lagi media dan tour agent antarabangsa dari pelbagai negara bagi memperkenalkan dan mempromosikan Phuket Andaman Halal Tourism 2017. Pelbagai pameran mengenai produk halal dan aktiviti di jalankan bagi menarik lagi pelancongan ke Thailand.


Phang Nga - James Bond Island
---------------------------
Anda harus menaiki boat laju yang melalui pokok-pokok bakau dan batu-batuan yang menarik untuk ke James Bond Island yang terletak di daerah Phang Nga, Thailand yang menjadi salah satu tempat lakonan filem James Bond  'The Man with the Golden Gun' pada 1974. 

James Bond Island sebenarnya bukan sebuah pulau, melainkan batu karst yang menjulang tinggi di tengah-tengah perairan Phang Nga National Park yang hijau jernih. Terdapat ramai pengunjung yang bersama-sama kami bergambar dan menikmati keindahan kawasan yang di jaga rapi ini. Kelihatan pokok-pokok yang di tanam di tebing-tebing gua bagi mengekalkan kecantikan. Pelbagai peringkat umur dan pelancong ke sini sambil bermandi-manda.
















Perkampungan Muslim Koh Panyee 
-----------------------
Perkampung muslim Koh Panyee ini sangat terkenal di kalangan pelancong yang terletak di daerah Phang Nga yang sememangnya unik. Terdapat hampir 50 keluarga muslim berada di perkampungan terapung di antara pulau-pulau kapur yang menjulang di Teluk Phang Nga, Thailand.
Pada asalnya penduduk kampung ini bergantung pada sektor perikanan namun aktiviti pelancongan menjadi terkenal dan di penuhi dengan kedai-kedai makanan laut. Bagi sesetengah mereka pula menjual cenderahati kepada pengunjung di hadapan rumah mereka. Terdapat sebuah masjid, sekolah dan padang bola terapung yang menjadi minat pelancong mengunjungi kawasan tersebut.
Kampung Ko Panyi mempunyai padang bola terapung dengan kelab bola Panyee FC yang mempunyai sejarah yang cukup luar biasa dari pasukan kecil yang menjadi juara.































Old Town Puket dan Phuket city view point
----------------------

kami sempat menikmati keindahan senibina dan bersiar-siar di bandar lama Phuket yang terdiri daripada kedai-kedai yang antik yang bersuasana seperti jonker street di Melaka. Terdapat pelbagai kedai dan hiasan menarik dengan banggunan lama yang cukup heritage. Pelbagai kedai cenderamata dan hiasan boleh anda cari di sini. Bagi yang ingin menikmati pemandangan seluruh Phuket boleh ke Phuket city view point untuk melihat sendiri keindahan Phuket dari tempat tinggi yang cukup cantik. Terdapat restaurant dan cafe yang menjadi tempat untuk santai bersama keluarga di atas puncak bukit ini.






























Siam Niramit
------------------------------
Siam Niramit adalah tempat yang kami galakkan anda pergi. Persembahan Kebudayaan yang cukup hebat dan mempersonakan sekiranya anda berada di Phuket. Salah satu produksi panggung terbesar di dunia yang melibatkan lebih daripada 100 pelakon dan lebih daripada 500 pakaian kostum berwarna-warni. Thailand cukup hebat bagi memperkenalkan sejarah dan budaya Thailand melalui teater pentas lakonan. Sekiranya anda pernah melihat Mud KL atau Sarawak Cultural Village ia adalah konsep yang hampir sama tapi di sini berskala besar dan teknologi yang cukup canggih sekali. Sebelum persembahan anda di kehendaki menjamu selera bersama makanan halal di restaurant dan menikmati kawasan perkampungan dan permainan yang di sediakan.
Pengunjung boleh mencuba pelbagai aktiviti seperti mencuba pakaian tradisional, seni dan kraf Thailand.
Anda boleh layari http://www.siamniramit.com/ untuk info lanjut.


























Pulau Maithon dan Racha bersama Discover Catamaran yang Mewah.
--------------------------------------------------------------------

Menikmati Keindahan Pulau Maithon dan Racha yang membiru di Phuket bersama Discover Catamaran yang mewah. Discover Catamaran menawarkan pengalaman berlayar bersama dengan kapal catamaran yang mewah lagi bergaya. Peluang ini tidak kami lepaskan apatah lagi ke pulau-pulau cantik di Thailand. Terdapat pelbagai pakej menarik kepada pengunjung jika ingin kepulau seharian atau bermalam. Kami di sambut dengan mesra sekali oleh anak-anak kapal dan di bawa mengelilingi kapal yang cukup elegan dan mewah. Pakej kali ini terdapat hidangan makan tengahari yang Halal di atas kapal, seiring dengan pihak  Tourism Authority of Thailand (TAT) bagi perkenalkan dan mempromosi Andaman Muslim friendly 2017. Pelbagai aktiviti seperti snorkeling, berkayak dan istimewa sekali gelongsor ke laut terus dari atas kapal. Pulau Maithon cukup cantik untuk di kunjungi oleh itu, terdapat ramai pengunjung yang bersantai di tepi laut. Sebelum pulang kami di beri peluang untuk melihat ikan lumba-lumba liar di sekitar kapal. Kepada yang ingin ke sini pastikan membawa kamera, cermin mata dan lotion pelindung matahari yang lain seperti jaket keselamatan dan snorkeling semuanya siap tersedia. 


Discover Catamaran
22/135-136 (Boat Lagoon) M.2 Kohkaew
Amphoe Muang Phuket
Phuket, Thailand 83000

 +66 (0) 94 597 6111 / 94 597 6222

Pakej yang ditawarkan @DiscoverCatamaran
Mereka menawarkan empat pakej pelayaran:

1) Program A - Racha + Maithon Sunset Cruise
2) Program MP - Phi Phi + Maya + Maithon Sunset Cruise
3)Program Bh - Baba Hideway Sailing Catamarn
4) Program B - Maithon Day Trip by Sailing Catamaran

Harga pakej bermula daripada THB4,200 per pax.