Parenthood Media dan Pantai Hospital Kuala Lumpur Sorot Kesihatan Pra-Kehamilan di Forum ‘Before We Bloom’
Parenthood Media dan Pantai Hospital Kuala Lumpur Sorot Kesihatan Pra-Kehamilan di Forum ‘Before We Bloom’
Forum What Women Want Membuka Perbincangan Mengenai Kesuburan, Kesihatan Hormon, dan Persiapan untuk Hamil

Parenthood Media, bersama-sama dengan Pantai Hospital Kuala Lumpur (PHKL), baru-baru ini telah menganjurkan What Women Want Forum: Before We Bloom - A Couple's Guide to Pre-Pregnancy, sebuah sesi berinformasi yang difokuskan kepada usaha untuk hamil (trying to conceive / TTC), kesuburan dan kesihtan pra-kehamilan bertempat di MyToday, Atria Shopping Gallery.
Forum ini telah menghimpunkan ramai wanita bagi satu perbincangan terbuka mengenai kesihatan reproduktif, kebimbangan kesuburan yang biasa dialami, serta kepentingan mendapatkan bimbingan perubatan yang betul secara awal.



Panel tersebut menampilkan Dr Raymond Lim, Pakar Obstetriks & Ginekologi (O&G), dan Dr Lim Sue Wen, Pakar Endokrinologi, dari Pantai Hospital Kuala Lumpur. Bersama-sama, mereka berkongsi pandangan mengenai kesuburan, kesihatan hormon, pertimbangan berkaitan umur, masalah kesihatan sedia ada, dan pelbagai faktor berbeza yang boleh mempengaruhi proses kehamilan.


Persediaan untuk Hamil Bermula Lebih Awal Daripada yang Disangkakan
Salah satu mesej utama daripada forum tersebut adalah bahawa penjagaan pra-kehamilan tidak semestinya hanya bermula apabila seseorang itu sedang berusaha secara aktif untuk hamil. Menjaga kesihatan reproduktif dan kesihatan keseluruhan secara lebih awal dapat membantu mengenalpasti potensi kebimbangan dan menyokong persediaan yang lebih baik untuk kehamilan.
Pakar-pakar berkenaan, Dr Raymond Lim dan Dr Lim Sue Wen, turut membincangkan bagaimana kesuburan berubah mengikut umur, manakala keadaan kesihatan seperti polyendocrine metabolic ovarian syndrome (PMOS), endometriosis, gangguan tiroid, dan kencing manis boleh membuatkan proses kehamilan menjadi lebih mencabar.
Mengenal pasti tanda-tanda amaran yang berpotensi dan mendapatkan nasihat perubatan lebih awal boleh membantu wanita memahami kesihatan reproduktif mereka dengan lebih baik serta langkah-langkah yang mungkin sesuai untuk mereka.


Kesuburan Adalah Perjalanan Bersama
Satu lagi pengajaran penting adalah bahawa kesukaran untuk hamil tidak sepatutnya dilihat semata-mata sebagai isu wanita sahaja. Proses untuk hamil mengambil masa yang lebih lama daripada yang dijangkakan, kedua-dua pasangan mungkin perlu dinilai, memandangkan faktor lelaki juga boleh menyumbang kepada ketidaksuburan.
Perbincangan tersebut turut menyentuh peranan kesihatan hormon, berat badan, pemakanan, aktiviti fizikal, tekanan, dan keadaan kesihatan sedia ada dalam kesihatan reproduktif serta hasil kehamilan. Dengan menangani topik-topik ini secara terbuka, forum tersebut bertujuan untuk menjadikan perbincangan mengenai usaha untuk hamil (TTC) terasa lebih berpengetahuan, praktikal, dan kurang menakutkan.



Mendapatkan Bantuan Tidak Bermakna Harus Melalui IVF Secara Automatik
Ahli-ahli panel turut menangani tanggapan salah yang biasa berlaku bahawa berjumpa dengan pakar kesuburan bermakna secara automatik perlu menjalani rawatan IVF.
Sesi konsultasi kesuburan bermula dengan memahami punca yang berpotensi bagi kebimbangan kesuburan dan meneroka pilihan yang sesuai untuk individu atau pasangan tersebut. Menerusi situasi yang berbeza, cadangan mungkin merangkumi perubahan gaya hidup dan ubat-ubatan sehingga kepada pengurusan keadaan kesihatan sedia ada atau, sekiranya sesuai, rawatan reproduktif berbantu seperti IVF.
Menerusi What Women Want Forum: Before We Bloom, Parenthood Media dan Pantai Hospital Kuala Lumpur bertujuan untuk menggalakkan lebih banyak perbincangan terbuka mengenai usaha untuk hamil (TTC) dan kesihatan pra-kehamilan, bagi membantu wanita memahami dengan lebih baik faktor-faktor yang boleh mempengaruhi kesuburan serta pilihan-pilihan yang tersedia untuk mereka.
Jika anda atau seseorang yang anda kenali menghadapi kesukaran untuk hamil atau sedang mempertimbangkan konsultasi pra-kehamilan, layari www.pantai.com.my/kuala-lumpur untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan pakarnya dan mendapatkan nasihat perubatan profesional.