Terkini | New

EXTREME PARK, Grand Ion Delemen Hotel Genting Highlands

Pengembaraan kami ke Negeri Pahang bersama Travelogue Malaysia adalah bagi menjelajah destinasi percutian menarik yang membawa kami ke Genting Highlands. Peluang yang ada ini kami kongsikan bersama anda dengan meneroka tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati. 


Grand Ion Delemen Hotel terletak di Genting Highlands berada di kawasan tanah tinggi yang sejuk jauh dari kesibukkan kota untuk anda nikmati bersama keluarga dan kawan-kawan.

Kali ini kami sempat melakukan aktiviti Flying fox dan lasak yang terletak di Grand Ion Delemen Hotel Genting Highlands. 







Bayangkan dengan cuaca yang sejuk sambil membuat aktiviti lasak ini lain dari yang lain tapi cukup istimewa. Kami di lengkapi dengan alat-alat keselamatan dan guide yang bertauliah semasa melakukan aktiviti ini.












Aktiviti lasak ini memang memenatkan tetapi best dan mencabar apatah lagi dapat membina keyakinan diri dan melawan perasaan takut. Anda boleh mencuba jika datang ke sini.


Grand Ion Delemen Hotel
Alamat: Jalan Ion Delemen 1, Genting Highlands, Pahang Darul Makmur, 69000, Malaysia
+603 6433 2200
https://www.iondelemenhotels.com
https://www.facebook.com/iondelemenhotels