Terkini | New

MILLY & MAMET (INI BUKAN CINTA & RANGGA) DI PAWAGAM 7 MAC

Bagi peminat filem Ada Apa Dengan Cinta AADC anda pasti teruja untuk menonton filem MILLY & MAMET (INI BUKAN CINTA & RANGGA)MILLY & MAMET adalah sebahagian dari kisah cinta yang terdapat dalam AADC yang juga cukup popular.

Pastikan anda menonton #MillyMametMY yang kelakar dan kisah cinta yang menarik.  Tengok di pawagam mulai 7 Mac! Jom ramai-ramai terjah Tgv cinemas.




Sesi sidang media antara pelakon yang turut hadir bersama menonton. Sebagai watak utama Sissy Prescillia dan Dennis Adhiswara gembira dapat hadir sekali lagi ke Malaysia.




Antara pelakon yang turut membintangi filem #MillyMametMY  adalah Julie Estelle, Sissy Priscillia,Dennis Adhiswara, Ernest Prakasa, Yoshi Sudarso, Titi Kamal, Isyana Sarasvati, Dian Sastrowirdoyo dan Melly Goeslaw.

Pengarah: Ernest Prakasa
Produksi: Starvision & Miles Film


Distributor: TGV Pictures.




Melanjutkan timeline dari kisah Ada Apa Dengan Cinta 2, kini Milly (Sissy Priscillia) & Mamet (Dennis Adhiswara) sedang sibuk menguruskan bayi mereka. Mamet yang punya semangat memasak dan sempat bekerja sebagai chef kini bekerja di kilang milik ayah Milly. Satu pilihan yang agak terpaksa, kerana kini dia jadi tumpuan keluarga kecil mereka setelah Milly berhenti dari pekerjaanya sebagai pegawai bank untuk fokus membesarkan anak.

Pada suatu hari, Mamet berjumpa Alexandra (Julie Estelle),kawan rapatnya semasa belajar dulu. Dengan yakin sekali, Alexandra bercerita bahawa dia sudah mendapatkan pelabur untuk
membayar idea restoran yang dulu pernah mereka mimpikan bersama. Dengan hubungan Mamet dan Papa Milly yang semakin buruk, apakah Mamet akan menerima tawaran ini dan mengejar mimpinya? Dan bagaimana Milly beradaptasi dengan hidup barunya sebagai suri rumah sepenuh masa.






Para menonton tidak melepaskan peluang bersama-sama menonton dengan artis pujaan mereka dia Gala Primiere.

Jangan lupa saksikan MILLY & MAMET pada 7 Mac 2019 di pawagam nanti.

TGV Pictures | Horizon Film Entertainment