Terkini | New

SITI KHADIJAH RINGANKAN BEBAN MANGSA BANJIR DI KAWASAN PANTAI TIMUR DENGAN SUMBANGAN TELEKUNG

Satu usaha sama telah dilakukan oleh sebuah syarikat Siti Khadijah(SK) bersama syarikat gaya hidup patuh syariah, IKHLASDOTCOM dalam memastikan mangsa-mangsa banjir mendapat keperluan yang cukup seperti sumbangan telekung dan lain-lain.


Sumbangan ini merupakan satu inisiatif daripada pihak Siti Khadijah (SK) dalam membantu mereka yang terkesan akibat banjir yang melanda negeri-negeri di sebelah pantai timur.


Sumbangan telekung terpakai ini merupakan hasil sumbangan #FamiliSK yang menjadi penyumbang kepada kempen Trade-In Telekung SK pada tahun 2020. Telekung terpakai ini telah dibersihkan dan diberikan kepada mereka yang terkesan akibat musibah banjir yang melanda di Terengganu.


 Penyerahan sumbangan telekung Siti Khadijah diberikan pada 200 keluarga guru dan anak murid yang terkesan akibat banjir di PPD Kemaman, Terengganu. Manakala, lebihan telekung itu di hantar ke Dungun pada 20 Januari lalu.


Bencana alam seperti banjir adalah satu musibah buat kita semua dan kehadirannya mengajak kita untuk mengajar kita untuk bersyukur dengan nikmat dan ujian yang diberikan.


Kami ingin mengajak semua #Famil SK untuk bersama menginfaqkan telekung SK kepada mereka yang memerlukan. Ayuh, kita tunjuk bahawa #KitaAda masyarakat yang prihatin kepada satu sama lain.

Hubungi Tim SK di talian +60193650232 untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Program Infaq Telekung SK ini.

Facebook : https://www.facebook.com/TelekungSitiKhadijah