Terkini | New

AL-IKHSAN SPORTS MENAJA PASUKAN MELAKA UNITED FC MENERUSI JENAMA AL

Ini adalah untuk memaklumkan bahawa MELAKA UNITED FC akan dihiasi oleh kit bola sepak terbaru mereka oleh jenama AL. 



Dibawakan kepada Melaka United FC secara eksklusif oleh Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd.

Al-Ikhsan Sdn Bhd dengan rasa bangga mengumumkan penajaan rasmi kit jersi Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC). Kit rasmi untuk musim 2021 akan ditaja oleh jenama AL, iaitu jenama yang ditubuhkan oleh Al-Ikhsan Sports dan dibawa secara eksklusif oleh Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd.

Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd telah berada di dalam industri sukan sejak tahun 1993, dan merupakan di antara kedai sukan terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 130 buah kedai dan berkembang pesat dari hari ke hari.

MUFC yang dikenali dengan panggilan Hang Tuah, merupakan salah satu kelab yang memberikan saingan sengit pada setiap perlawanan mereka. 

Sejak penjenamaan  semula yang dilakukan sejak 2014, Melaka united semakin konsisten dan mempunyai pengikut tegar mereka yang tersendiri. Sesungguhnya Melaka United dijangkakan memberikan saingan yang kuat pada semua pasukan lain di Liga Super pada musim akan datang.

Jersi pada musim ini memberikan nafas yang baru dari segi warna yang dipilih.
Pemilihan warna hijau fluoresen daripada hijau matang ini simbolik kepada revolusi
pasukan ini yang berubah daripada Persatuan (Football Association) ke Kelab (Football
Club). 



Dari segi rekaan, unsur “pixel” digunakan untuk menyerlahkan konsep yang moden,
dan tona warna hijau yang pelbagai merujuk kepada keharmonian rakyat melaka yang hidup berbilang bangsa dan budaya.

Dari segi perinician pula, AL telah meletakkan sentuhan premium pada keperincian lencana kelab dan jenama. 



Teknologi terkini juga diterapkan dalam penghasilan jersi ini, kain polyester mikrofiber berprestasi tinggi dengan teknologi Smart Dry yang berfungsi untuk mengeluarkan peluh dengan pantas dari badan si pemakai digunakan untuk penghasilan jersi.

Walaubagaimanapun, AL tetap meghasilkan jersi  dengan teras DNA mereka iaitu kualiti premium pada harga mampu milik
Jersi terbaru MUFC boleh didapati dengan harga RM 99.00 di cawangan cawangan Al Ikhsan dan Football Republic mulai esok (1 Mac 2021) dan menerusi Al-Ikhsan.com mulai sekarang. 

Dapatkan jersi anda pada hari ini tanpa berlengah lagi!

Mr.Vach Pillutla, CEO Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd.

 "Terima kasih atas semua sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat dalam menjadikan Al-Ikhsan Sports sebagai kedai sukan tempatan terbesar di Malaysia.

Al-Ikhsan sangat menghargai sokongan yang diberikan oleh anda semua, dan mari kita
bersama-sama melalui masa yang penuh dugaan ini. Bersama kita bangkit semula.”


Mari kita bersama-sama menyokong jenama  tempatan. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web dan laman sosial Al Ikhsan Sports.

laman web : https://www.al-ikhsan.com/