Terkini | New

AL-IKHSAN SPORTS MENAJA PASUKAN TERENGGANU FC MENERUSI JENAMA AL

Ini adalah untuk memaklumkan bahawa Terengganu FC akan dihiasi oleh kit bola sepak  terbaru mereka oleh jenama AL. Dibawakan kepada Terengganu FC secara eksklusif oleh Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd.


Al-Ikhsan Sdn Bhd dengan rasa bangga mengumumkan penajaan rasmi kit jersi Kelab Bolasepak Terengganu (Terengganu FC). Kit rasmi untuk musim 2021 akan ditaja oleh jenama AL, iaitu jenama yang ditubuhkan oleh Al-Ikhsan Sports dan dibawa secara eksklusif oleh Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd.



Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd telah berada di dalam industri sukan sejak tahun 1993, dan merupakan di antara kedai sukan terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 130 buah kedai dan berkembang pesat dari hari ke hari.



Terengganu FC yang dikenali dengan sorakan peminat mereka “We Bleed Black & White”, merupakan salah satu kelab paling menonjol dan paling berjaya di Malaysia sejak beberapa musim ini, terutamanya di Liga Super Malaysia, liga bola sepak di Malaysia. 

Setelah menduduki tangga ketiga pada musim ini, lebih banyak tumpuan telah diberikan kepada Terengganu FC daripada rakyat jelata dan juga sokongan daripada penaja.


Jersi pada kali ini menonjolkan inspirasi pada era 80an dan diberi nafas baru dengan sentuhan elegan dengan konsep minimalist. Warna jersi adalah selari dengan slogan Terengganu “We Bleed Black and White” dan mengekalkan warna keramat hitam putih.

Dari segi perinician pula, AL telah meletakkan sentuhan premium pada keperincian lencana kelab dan jenama.

 

Teknologi terkini juga diterapkan dalam penghasilan jersi ini, kain polyester mikrofiber berprestasi tinggi dengan teknologi Smart Dry yang berfungsi untuk mengeluarkan peluh dengan pantas dari badan si pemakai digunakan untuk penghasilan jersi. Walaubagaimanapun, AL tetap meghasilkan jersi dengan teras DNA mereka iaitu kualiti premium pada harga mampu milik.

Jersi terbaru Terengganu FC boleh didapati dengan harga RM 99.00 di cawangan cawangan Al Ikhsan, Football Republic mulai esok (28hb Februari 2021) dan menerusi Al-Ikhsan.com mulai sekarang. 

Mr.Vach Pillutla, CEO Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd.

"Terima kasih atas semua sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat dalam menjadikan Al-Ikhsan Sports sebagai kedai sukan tempatan terbesar di Malaysia. Al-Ikhsan sangat menghargai sokongan yang diberikan oleh anda semua, dan mari kita bersama-sama melalui masa yang penuh dugaan ini. Bersama kita bangkit semula.”

Dapatkan jersi anda pada hari ini tanpa berlengah lagi! Mari kita bersama memberi sokongan kepada jenama tempatan. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web dan laman sosial mereka.

laman web : https://www.al-ikhsan.com/