Terkini | New

PERSIDANGAN INDUSTRI KREATIF KEBANGSAAN ANUGERAH BUKU NEGARA DAN ANUGERAH TELENOVELA 2020-2021

Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada 23 Mac 2003. YPBN ditubuhkan bagi menyahut seruan kerajaan untuk memajukan industri buku dan mengembangkan budaya membaca dan menulis di kalangan rakyat Malaysia.

  

Kajian menunjukkan rakyat Malaysia adalah dalam kategori masyarakat yang kurang membaca. Menurut kajian UNESCO hanya kira-kira 46% sahaja masyarakat Malaysia yang serius membaca. Mereka adalah terdiri daripada golongan pelajar dan ahli-ahli profesional.



Menyedari hakikat ini, YPBN memainkan peranan untuk membantu meningkatkan kempen menyemai budaya membaca masyarakat Malaysia dalam usaha mencapai wawasan negara. Malaysia juga perlu meningkatkan penerbitan buku yang bermutu tinggi untuk pasaran antarabangsa dalam pelbagai bahasa. 

Sehubungan itu, YPBN berperanan untuk menyokong penulis-penulis berbakat dan penerbit baru.

Justeru, YPBN terpanggil bersama-sama agensi kerajaan, IPTA, IPTS dan Penerbit Swasta bagi memajukan industri buku dan industri kreatif negara melalui pelaksanaan pelbagai program bersasar untuk membina masyarakat celik ilmu dan berpengetahuan tinggi.

NGO dan Agensi Kerajaan perlu berganding bahu membantu rakyat memajukan sektor knowledge-based economy atau “kekonomi” dengan penglibatan dalam sektor industri penerbitan dan industri kreatif (penyiaran).


Selari dengan pengumuman YAB Perdana Menteri Tan Sri Haji Muhyiddin Bin Mohammad Yasin, bersempena dengan Rangka Tindakan Ekonomi Malaysia 2020-2030 maka satu (1) persidangan Persidangan Industri Kreatif Kebangsaan 2021, Anugerah Buku Negara dan Anugerah Telenovela 2020-2021 merupakan program khas bertujuan mencari satu (1) formula bagi membantu pemain industri kreatif mendapat peluang yang saksama.

Sehubungan itu, 45 NGO Industri Kreatif akan turut bergabung tenaga bagi membentangkan sejumlah 25 kertas kerja dasar secara bersemuka dan secara atas talian (offline/online). Untuk maklumat lanjut sila layari laman web dan laman sosial.

Website: www.telenovela.net.my
Facebook: Anugerah Telenovela
Instagram: @anugerahtelenovela