Terkini | New

Citarasa Kampung Pemikat Selera di Okad Event Space, Bukit Jelutong Shah Alam.

Kali ini ingin berkongsi dengan anda salah satu lokai menarik untuk menikmati juadah berbuka puasa di Okad Event Space, Bukit Jelutong Shah Alam.



OKAD Event Space merupakan "one stop centre" bagi pelanggan untuk mengadakan pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, seminar, ulangtahun, majlis harijadi dan pelbagai lagi.

Oleh itu, bagi menambahkan lagi kepelbagaian fungsi OKAD Event Space ini, pada ramadan tahun ini OKAD Event Space mengadakan buffet ramadan bertemakan "Citarasa Kampung Pemikat Selera" Ini merupakan tahun pertama OKAD Event Space mengadakan prebiu bufet ramadan.



Terdapat lebih kurang 50 menu bufet ramadan yang akan disediakan di OKAD Event Space sepanjang Ramadan ini yang menampilkan menu Citarasa Kampung yang lazat, ditampilkan dengan menggunakan konsep stall dengan nama yang unik dan pastinya akan membuat pengunjung rambang mata.






" Nasi Serai Cik Bunga, Daging Masak Lemak Cili Padi Cik Bunga Dan Lamb Grill' merupakan antara signature dish' yang bakal menjadi tarikan utama pengunjung yang datang berbuka puasa di OKAD Event Space nanti. Tetamu akan dihiburkan dengan alunan muzik yang merdu serta dikelilingi dengan dekorasi yang cantik dan menarik. 






Bagi pelanggan yang mendapatkan pakej bufet ramadan di OKAD Event Space, pasti teruja dengan keindahan dekorasi dewan disamping menikmati makanan yang lazat. Namun begitu, SOP (Standard of procedure ) yang ditetapkan oleh Kerajaan tetap dipatuhi.

𝗛𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗕𝘂𝗳𝗳𝗲𝘁 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗱𝗮𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟭
Dewasa - R M 65
Kanak-kanak Dan Warga Emas R M 39

Pakej Famili
Beli 2 Dewasa PERCUMA 1 Kanak-kanak yang bernilai RM130
Beli 9 Dewasa PERCUMA 1 Dewasa yang bernilai RM585
Pakej Korporat
Beli 10 Meja PERCUMA 1 Meja dan DISKAUN 10% untuk pembelian seterusnya.






Pakej Buffet akan berlangsung sepanjang bulan Ramadan, bermula dari 18hb April hingga 9hb May 2021. Pelanggan akan menikmati kemudahan seperti tempat letak kereta percuma, surau dan berdekatan dengan Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah

LOKASI :
No. 2A, Persiaran B, Seksyen U8, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Tel :
Cik Az - 0126864515
Pn Majidah - 0176503436
Pn Hamidah - 7350117