Terbaharu | New

Tahniah! Dato' Siti Nurhaliza Selamat Bersalin Anak Kedua

Dato' Sri Siti Nurhaliza selamat bersalin bayi lelaki.

Pihak Siti Nurhaliza Production telah mengeluarkan satu kenyataan yang menggembirakan apabila penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah selamat bersalin anak keduanya.



Isnin, 19 April 2021 bersamaan 7 Ramadan 1442H, Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Selangor, pada pukul 6.21 pagi.




Bayi seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan. Siti dan juga bayi berada dalam keadaan baik dan sihat.

Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta telah selamat melahirkan bayi kedua mereka. Apa yang penting bagi Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan telah berjalan lancar. Beliau dan isteri ingin menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai.

Selain itu, mereka juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak doktor dan jururawat yang diketuai oleh Dr. Leong Wai Yew dari Alpha IVF & Women's Specialist yang telah menjalankan tanggungjawab dan khidmat terbaik sepanjang proses Siti melahirkan.



Pasangan ini juga berterima kasih kepada Pengasas dan Pengarah Alpha IVF & Women's Specialists, Dato' Dr. Colin Lee Soon Soo, yang menjayakan program In Vitro Fertilization (IVF) bagi kandungan Siti yang pertama iaitu Siti Aafiyah dan anak yang kedua ini juga.

Kelahiran anak kedua pada bulan Ramadan penuh keberkatan ini diharapkan akan mengurniakan limpahan rezeki serta rahmat Allah s.w.t.

-Pengurusan SNP (M) Sdn. Bhd.
Video: @rasafilm.co


--------------------------------------------------

MEDLEY KLASIK SITI (1) - Buai Laju-Laju/Tepuk Amai-Amai/Suriram/Bunga Matahari Terbitan: Siti Nurhaliza Productions