Terbaharu | New

Majlis Berbuka Puasa Dan Sumbangan Rumah Amal Cahaya Kasih Bestari Bersama Hype Club Fitness

Tahniah kepada HYPE CLUB Fitness yang telah meraikan anak-anak yatim dan juga kakitangan Rumah Amal Cahaya Kasih Bestari, Kampung Melayu, Subang Shah Alam.


Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari terletak di Kg Melayu Subang, Shah Alam dan telah dibangunkan pada tahun 2010 dan kini pusat ini mempunyai lebih daripada 45 orang penghuni yang terdiri daripada anak-anak yatim, golongan miskin dan golongan asnaf zakat.



Majlis dengan segala hormatnya menjemput Encik Nuri Ali Arabian, Imam Masjid Al-Istiqamah Kayangan Height, untuk memimpin bacaan doa.

Seramai 34 orang berusia antara tujuh hingga 12 orang telah dibawa untuk membeli belah pakaian raya di Parkson Grand, Subang Parade, Subang Jaya. 


Semoga anak-anak yatim Rumah Amal Cahaya Kasih Bestari ini dilimpahi rezeki dan rahmat daripada Allah SWT.




Yang Berbahagia Datuk Seri Zukri Penasihat Hype Club Fitness dan Datin Seri Foziah Baharun selaku Pengerusi Hype Club Fitness menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada pihak pengurusan Rumah Amal Cahaya Kasih Bestari.



Restoran Slasih Cuisine Bangsar Shopping Centre juga telah berbesar hati menyediakan tempat dan makanan yang menarik kepada semua. Semoga anak-anak yatim Rumah Amal Cahaya Kasih Bestari ini dilimpahi rezeki dan rahmat daripada Allah SWT.