Terbaharu | New

PELANCARAN RASMI G-ASFAL MINUMAN CAMPURAN ROSELLE DAN KUNYIT HITAM

G-Asfal merupakan produk kedua selepas kejayaan produk pertama keluaran Vieura Group Sdn Bhd Jus-alwiqoyah yang terjual sebanyak 300 ribu botol pada 2020, dengan jumlah jualan RM14,500,166.00.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Vieura Group Sdn. Bhd. Ahmada Muazzam Tasaki melancarkan produk kedua keluaran syarikatnya G-Asfal, minuman campuran roselle dan kunyit hitam.



Menurut beliau, produk terbaharu ini dihasilkan atas inisiatif pihaknya untuk menyebarkan kebaikan roselle dan juga kunyit hitam yang terbukti bermanfaat untuk kesihatan. 

"G-Asfal turut mengandungi beberapa bahan lain seperti Arabic Gum, Stevia dan juga kandungan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C."


Tambah beliau, Vieura Group Sdn. Bhd telah mengeluarkan produk berasaskan roselle sebelum ini dikenali sebagai Jus Al-Wiqoyah, dimana rata-rata pengguna memberikan maklum balas yang sangat positif. 


Jelasnya, 300 ribu botol Jus Al-Wiqoyah terjual pada tahun 2020, dengan jumlah jualan sebanyak RM14,500,166.00 dan yakin produk kedua turut mendapat sambutan luar biasa. 


"Kami menjangkakan fenomena luar biasa G-Asfal ini kerana kelainannya tidak terletak pada bahannya yang premium semata-mata tetapi lebih kepada formulasi baharu yang lebih baik. Tambah beliau, pihaknya mensasarkan jumlah jualan sehingga 600 ribu botol terjual tahun ini dan menjadikan jumlah jualan keseluruhan mencecah sehingga lebih RM30 juta pada tahun 2021.

 




Selain pelancaran produk baharu, majlis gilang-gemilang ini turut diadakan bagi menghargai kerjasama bersama duta Vieura Group Sdn. Bhd sebelum ini, Asmawi Ani (Mawi World) yang telah bekerjasama sejak 5 bulan lalu.





Selain itu, majlis bertemakan 'tradisional melayu' ini juga turut dilaksanakan bertujuan menghargai sokongan dan juga kepercayaan yang diberikan oleh semua tim Viera Group Sdn Bhd, termasuk kakitangan, stokis dan ejen.






Bagi menghargai usaha keras mereka, beliau turut menyampaikan beberapa hadiah yang terdiri daripada wang tunai, emas 916, barang elektrik, trofi, cabutan bertuah dan pelbagai hadiah menarik lain turut disediakan.






Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi, Muiz Karim berkata pihaknya masih mengalu-alukan sesiapa sahaja. wanita mahupun lelaki yang ingin sama-sama menjana pendapatan dan berkongsi rezeki untuk turut serta menyertai "keluarga' Vieura Group Sdn. Bhd.


"Setiap individu berpeluang menjadi usahawan Vieura Group Sdn. Bhd dan akan dibimbing oleh leader masing-masing, HQ sangat komited dan sentiasa menyediakan material pemasaran seperti gambar, video, pelan pemasaran online, termasuk offline dan terbaharu program TV dan banyak lagi. Kenangan paling mengembirakan dan membanggakan kami adalah apabila kami dapat melahirkan leader yang berjaya membuat jualan tahunan lebih dari RM 6 Juta pada tahun 2020". 

Vieura Group Sdn. Bhd telah melahirkan ramai usahawan berjaya yang terdiri daripada suri rumah terutamanya, pelajar, pekerja kerajaan dan juga swasta melalui platform bisnes online.


"Misi Vieura Group Sdn. Bhd pada tahun 2021 sangat besar dan kami akan lebih fokus dan serius dalam menjayakannya,"

 

Majlis yang dihadiri seramai 200 orang leader dan juga stokis bertempt di Bangi Avenue Convention Centre, penuh dengan pengisian ilmiah seperti majlis ilmu, tazkirah, tilawah dan bacaan hafazan alquran, persembahan sketsa, penyampaian anugerah stokis dan ejen.





Majlis juga menampilkan persembahan daripada artis terkenal tanah air seperti Mawi, Saiful Apek, Hijaz, Ustaz selebriti dan ramai lagi.




Majlis di serikan lagi dengan kejutan serta kelainan dari lebih 30 artis dan ustaz selebriti yang turut serta. Selain itu lebih 30 media turut hadir memeriahkan majlis dan membuat liputan meluas. 


Untuk maklumat lanjut sila layari laman web dan laman sosial mereka di  https://vieura.com.my/en/