Terkini | New

SASUKE OUTLET LANCAR SASUCARE SEMPENA RAMADHAN 2021 DAN MENCERIAKAN RUMAH SENTUHAN BUDI

Mengambil keberkatan 10 ramadhan terakhir, SASUKE OUTLET telah mengadakan penyerahan sumbangan bagi Program ‘SASUCARE’ bermakna SASUKE Prihatin.



Kempen yang berteraskan tanggungjawab sosial ini memasuki tahun kedua diadakan oleh SASUKE OUTLET dengan kerjasama Fatin Kitchen, Aolla Popcorn dan lain lain. Penyerahan pertama ini diterima oleh Rumah Sentuhan Budi yang terletak di Petaling jaya, Selangor dengan nilai serahan RM2300.


Kata-kata aluan dan pengumuman jumlah sumbangan di sampaikan oleh Nurul Suhaida Pengarah Urusan, SASUKE OUTLET




SASUKE OUTLET menghiburkan Anak-anak asnaf dan Yatim Rumah Sentuhan Budi bertempat di Fatin Kitchen Danau Kota. Sebagai penerima pertama program, seramai 13 sehingga 16 kanak kanak perempuan dari Rumah Sentuhan Budi telah menerima duit raya dan diraikan.





Program ini memberikan ruang kepada SASUKE untuk mendekati masyarakat dan memberi khidmat kepada yang memerlukan. Program SASUCARE ini akan dijalankan selama 3 bulan bermula 10 April 2021 yang lepas.



Tujuan utama SASUCARE dilancarkan adalah untuk membantu rumah rumah kebajikan yang memerlukan disekitar Kuala Lumpur khususnya bagi menampung keperluan asas harian dan pendidikan warganya. 






Ditubuhkan pada April 2016, SASUKE OUTLET adalah rangkaian butik pakaian terpakai berkualiti tinggi yang menawarkan harga dan nilai yang berpatutan. 

SASUKE Outlet kini beroperasi di kawasan Lembah Klang antaranya di Setapak, Pandan Jaya, Bandar Kajang, Bandar Baru Bangi dan Cheras.



Selebriti @yanayunus_official yang turut sudi menghiburkan dengan 2 buah lagu nyanyian Live bersama anak-anak asnaf dan yatim ketika selepas waktu berbuka, di majlis Iftar bersama Rumah Sentuhan Budi anjuran SASUKE OUTLET di restoran Fatin Kitchen danau kota.

Tahniah kami ucapkan sempena kempen yang menarik dan terbaik ini bagi membantu mereka yang memerlukan. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web dan laman sosial mereka :
SASUKE OUTLET
FATIN KITCHEN