Terbaharu | New

Berkhemah Dan Bermalam Di Dayang Bunting Campsite.

Kali ini kami ingin berkongsi dengan anda destinasi terbaik di Pulau Langkawi. Jom kita rancang percutian jelajah tempat-tempat menarik yang ada di Pulau Langkawi.

Terdapat banyak sekali tarikan pelancongan yang anda boleh diterokai di Langkawi dan kami berpeluang merasai sendiri pengalaman bercuti. Jom lihat pengalaman kami di Langkawi dan melihat sendiri aktiviti yang boleh anda lakukan jika berkunjung ke Langkawi. Moh kite!



Kali ini kami sempat berkhemah dan bermalam di Dayang Bunting Campsite. Salah satu spot terbaru di Pantai Kok, Pulau Dayang Bunting bagi peminat camping untuk bermalam di kawasan pantai. Selalu camping di hutan jom kita cuba camping di tepi pantai pula.


Perjalanan mengambil masa 15 minit menaiki bot dari Jeti Pekan Rabu dan anda akan melalui jeti berwarna-warni bila sampai ke sini. Terdapat kawasan berbumbung dan kerusi kawasan tempat makan. 

Kawasan ini pada asalnya adalah tempat island hopping jadi memang tersedia kawasan untuk makan dan bilik air.


Kawasan ini akan dibangunkan untuk aktiviti camping dan riadah, pengunjung boleh menyewa khemah untuk bermalam dan bbq sambil menikmati pemandangan serta alunan ombak. Kawasan ini cukup luas untuk pelbagai aktiviti menarik pada masa akan datang.






Pada waktu surut pengunjung dapat mencari lala dan kepah di sekitar kawasan pantai dan spot bergambar yang banyak. Kalau rezeki yang baik anda akan dapat melihat matahari terbit dan terbenam.



Pastikan anda menjaga kebersihan setelah berkhemah dan tempat menginap bagi memberi keselesaan kepada pengunjung yang lain. Jom ke Langkawi..

Terima kasih kepada FAM Trip ke Langkawi kali ini adalah anjuran QTT Group PLT dengan kerjasama LADA, Rouhi Retreats, Inter Media Production Sdn Bhd dan LVTS Golden Travel. 

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej dan harga boleh anda boleh hubungi QTTravel :
http://www.wasap.my/60182404505/NakpakejtourLangkawi    (Adam Daniel)