Terbaharu | New

Galaxy A32 5G Kini Lebih Murah. Dapatkan Sekarang!

Nikmati hidup dengan sepenuhnya bersama peranti yang tidak mengecewakan. Dengan kepantasan, stail, dan prestasinya, Galaxy A32 5G akan mengubah dan menaik taraf cara anda mengalami dan berkongsi kandungan.



Nikmati pengalaman visual yang mengasyikkan dan tonton rancangan kegemaran anda sepanjang hari dengan paparan Infinity-V 6.5” yang besar. Lebih baik lagi apabila rangkaian 5G tersedia di Malaysia dan ucapkan selamat tinggal kepada masa muat turun yang lama!.

Kamera utama 48MP Galaxy A32 5G juga membolehkan anda mengambil gambar dengan terang dan jelas, tidak mengira waktu siang atau malam. Ia juga dilengkapi dengan bateri 5,000mAh – dengan ini, anda boleh menonton Netflix atau bergambar sepanjang hari tanpa risau!

Kini, peranti menakjubkan ini boleh menjadi milik anda dengan harga yang lebih murah. Lihat harga runcit disyorkan baru yang ditawarkan di bawah:

Produk : Galaxy A32 5G
Harga Terdahulu : RM1,199
Harga Terbaru : RM1,099


Ingin jimat lebih lagi? Program tukar-beli Samsung memberi anda rebat sehingga RM4820 apabila anda tukar beli peranti lama anda – sehingga lima buah peranti dalam satu transaksi termasuk smartwatches dan tablet.

Manakala Easy Payment Plan Samsung pula memberikan anda lebih banyak kawalan kewangan tanpa mengenakan faedah!  Selain itu, berikan ketenangan kepada jiwa anda apabila anda membeli Galaxy A32 5G atau mana-mana peranti Galaxy A terpilih dengan pelan perlindungan Samsung Care+ yang kini boleh didapati dengan diskaun 20%. Jadi, tunggu apa lagi? Jangan melengahkan masa dan dapatkan peranti ohsem ini sekarang!

 Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Galaxy A32 5G, layari: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a32-5g-awesome-violet-128gb-sm-a326blvhxme/