Terkini | New

Samsung Memperluaskan Sokongan Bahasa Merentas Pengalaman AI pada Galaxy

Samsung Memperluaskan Sokongan Bahasa Merentas Pengalaman AI pada Galaxy

Bahasa Melayu kini disokong pada ciri terpilih Galaxy AI seperti Call Assist, Note Assist, Interpreter dan Transcript Assist.

(Imej: Samsung memperluaskan sokongan bahasa Galaxy AI ke bahasa Melayu. Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja.)

Samsung sedang memperluaskan sokongan bahasa untuk Galaxy AI dan Bixby, membawakan pengalaman ini kepada lebih ramai pengguna dalam bahasa pertuturan mereka sendiri.

Galaxy AI sedang memperluaskan sokongan bahasa merentas lebih banyak ciri, bermula dengan ciri yang menterjemah, mentranskrip dan meringkaskan. Call Assist, Note Assist, Interpreter dan Transcript Assist kini merangkumi bahasa Hungary dan Bahasa Melayu, membawakan ciri seperti Live Translate kepada 24 bahasa.

Di bahagian lain dalam Galaxy AI, Now Nudge, iaitu fungsi yang mencadangkan langkah seterusnya yang relevan berdasarkan paparan skrin, turut menambah lapan bahasa untuk mencapai sejumlah 24 bahasa.

Bixby ialah agen peranti yang menawarkan kawalan peranti secara intuitif melalui perbualan semula jadi. Pengguna boleh meminta apa sahaja yang mereka perlukan menggunakan ayat sendiri tanpa perlu mengetahui nama tepat sesuatu tetapan atau lokasi menemuinya di dalam menu. Dengan penambahan bahasa Poland, Thai, dan Vietnam, Bixby kini menyokong 12 bahasa, membolehkan lebih ramai pengguna Galaxy mengawal peranti mereka dengan lebih mudah.

Bahasa baharu untuk Bixby akan mula dilancarkan pada 14 Oktober, manakala bahasa baharu untuk Galaxy AI akan menyusul dalam minggu-minggu berikutnya.