Terkini | New

Nikmati Kehidupan Tanpa Tunai Terunggul dengan A52s 5G dan Samsung Pay

Dengan pembayaran tanpa tunai menjadi pilihan utama orang ramai hari ini, ia tentunya kerana sebab-sebab yang jelas – kebersihan, keselamatan dan kemudahan. Galaxy A52s 5G yang dilancarkan pada tahun lepas memberikan penggunanya banyak ciri yang menakjubkan di samping ekosistem yang dinikmati setanding dengan mana-mana model mercu.

Peranti ini disokong pemproses Octa-Core yang mantap dan berkuasa untuk menjalankan aplikasi anda dengan lancar, dan tidak dapat dinafikan bahawa ia sangat membantu apabila anda bertukar antara aplikasi semasa dalam perjalanan. 

Contohnya, mengapa perlu merasa cemas apabila anda secara tidak sengaja meninggalkan dompet anda di dalam kereta atau di rumah? Daripada melanggar aliran rutin harian anda, anda cuma perlu keluarkan telefon anda dan bergantung pada Samsung Pay untuk membuat pembayaran tanpa sentuh.

Memandangkan Samsung Pay menggunakan teknologi Near Field Communication (NFC), ia boleh diakses di mana-mana kedai yang mempunyai terminal pembayaran tanpa sentuh dan pekedai atas talian terpilih – hanya perlu klik telefon anda pada terminal pembayaran tersebut dan segalanya selesai!

Selain menyimpan kad debit dan kredit di dalam telefon anda, anda boleh melakukan perkara yang sama dengan kad ahli membolehkan anda menjimat lebih banyak ruang dalam beg anda. Anda juga boleh mengumpul ganjaran Samsung setiap kali anda membuat transaksi dengan Samsung Pay.

Jadi tunggu apa lagi? Jangan ketinggalan dan nikmati ekosistem bertaraf mercu dengan Galaxy A52s 5G yang berpatutan dan hebat.