Terkini | New

Unboxing Samsung Galaxy S22+ Aura Teserlah Dengan Kehebatan Pengalaman Bergambar Masa Kini

Kali ini akan kami kongsikan kepada anda salah satu telefon pintar Samsung Galaxy S22+ yang menjadi pilihan peminat photography masa kini. Samsung memperkenalkan siri Galaxy S22 semasa acara Galaxy Unpacked 2022. Kali ini kita akan melihat dan membuka kotak Samsung Galaxy S22+ untuk tatapan semua.



Samsung Electronics Co., Ltd. kini memperkenalkan Galaxy S22 dan S22+, dua peranti mercu baharu yang bakal menzahirkan ekspresi jati diri pengguna dengan penuh kreatif. Reka bentuk Galaxy S22 dan S22+ yang terbina dengan ciri-ciri mesra alam.

Turut memaparkan kamera dinamik yang diperkasa dengan pemproses imej pintar terkini. Dengan ini, Galaxy S22 dan S22+ bukan sahaja indah dipandang malah mampu menjamin pengalaman yang mengagumkan.




Samsung Galaxy S22+ kali ini menampilkan paparan Dynamic AMOLED 2X 6.6-inci dengan resolusi HD+ Penuh, kadar penyegaran boleh ubah 120Hz, HDR10+, pembaca cap jari ultrasonik bawah paparan dan pembesar suara stereo. Samsung Galaxy S22 menggunakan pemproses Snapdragon 8 Gen 1, 8GB RAM dan storan dalaman 128GB/256GB.



Samsung Galaxy S22+ mempunyai kamera swafoto 10MP dengan autofokus. Di bahagian hadapan, anda boleh menemui kamera utama 50MP, kamera 12MP (ultra-lebar) untuk menghasilkan tangkapan gambar yang kekal berkualiti tinggi terutama sekali dalamsuasana pencahayaan yang rendah.

Ciri penggambaran revolusioner ‘Nightography’ – yang merangkumi penggunaan sensor kamera bersaiz 23% lebih besar berbanding teknologi S21 dan S21+ dan juga teknologi Adaptive Pixel – membolehkan kamera anda merakam gambar yang kaya dengan butiran halus dan warna cerah, tanpa mengira keadaan pencahayaan sewaktu bergambar. Pasti amat mengagumkan kepada peminat photography.


Samsung Galaxy S22+ telah menjanakan telefon dengan bateri 4,500mAh dan menyokong pengecasan pantas 45W jadi anda tidak perlu menunggu lama untuk memenuhkan semula kuasa yang hampir habis

Paparan Dynamic AMOLED 2X yang menawarkan prestasi visual tertinggi. Galaxy S22+ terbina dengan teknologi Vision Booster pintar yang menyesuaikan kecerahan dan kontras warna secara automatik mengikut suasana pencahayaan persekitaran. Selain itu, peningkatan prestasi dan meningkatkan kecerahan paparan.


Galaxy S22+ menampilkan reka bentuk Contour-Cut yang ikonik dan digemari ramai dimana bahagian kamera disepadukan dengan bingkai peranti. Skrin paparan rata ini juga dilengkapi dengan kemasan ‘haze finishing’ mewah yang membawa penampilan peranti yang moden, bergaya dan anggun.

Selain itu, perumah kamera siri S juga dipadankan dengan warna badan peranti dengan bingkai logam yang tipis dan bersimetri. Dengan menggabungkan binaan daripada Armor Aluminium sebagai bingkai peranti bersertakan Corning® Gorilla® Glass Victus®+ baharu di bahagian hadapan dan belakang, Galaxy S22 dan S22+ menawarkan penggunaan lasak yang lebih tahan retak dan tahan calar berbanding peranti yang sebelumnya.



Selaras dengan komitmen kelestarian alam sekitar kami menerusi Galaxy for the Planet. Sebahagian daripada peranti Galaxy S22, misalnya bahagian key bracket mengandungi 20% bahan plastik yang dikitar semula daripada jala ikan yang terdampar di laut. Bahan kitar semula pasca pengguna yang lain juga digunakan untuk membina modul pembesar suara dan bahagian dalam butang laras audio dan butang kuasa peranti anda.

Kemasan pembungkus Galaxy S22, termasuk kotak dan filem pelindung telefon, diperbuat sepenuhnya daripada kertas dan plastik buangan yang dikitar semula. Setiap sarung telefon14 juga diperbuat daripada bahan mesra alam seperti plastik pasca-pengguna ataupun bahan berasakan biologi yang diiktiraf oleh organisasi UL.


Peranti siri Galaxy S juga direka untuk memudahkan penyesuaian telefon mengikut cita rasa pengguna. Anda boleh menggunakan antaramuka pengguna One UI baharu Samsung yang kemas lagi intuitif untuk memperibadikan rupa dan rasa skrin utama dan widget anda.

Sesuaikan warna ikon, widget, campuran warna dan banyak lagi mengikut keperibadian cita rasa anda. One UI juga memberikan akses mudah kepada pelbagai emoji, GIF dan pelekat, supaya anda boleh meluahkan rasa hati dengan tepat dan segera


Unboxing Siri Samsung Galaxy S22+ (2022)
1. Samsung Galaxy S22+ 5G (8GB RAM/128GB - Phantom Black ) 
2. USB Cable (Depan & Belakang Type C)
3. SIM Pin
4. Kertas User Guide S22+ & Samsung Warranty Register Secara Online


SPESIFIKASI PERANTI GALAXY S22+

Model: Samsung Galaxy S22+
Paparan: 6.6-inch, Dynamic AMOLED 2X, 120Hz, HDR10+, 1750 nits (peak)
GPU: Adreno 730
Pemprosesan: Octa-core (1x3.00 GHz Cortex-X2 & 3x2.40 GHz Cortex-A710 & 4x1.70 GHz Cortex-A510)
Cip: Snapdragon 8 Gen 1 (US); Exynos 2200 (UK)
OS: Android 12, One UI 4.1
Kalis Air: IP68 Water Resistance
RAM: 8GB | Virtual RAM Up to 8GB
Memori Dalaman: 128GB, 256GB
Kamera Utama: Triple: 50 MP, f/1.8, 24mm (wide), 1/1.56", 1.0µm, Dual Pixel PDAF, OIS +, 10 MP, f/2.4, 70mm (telephoto), 1/3.94", 1.0µm, PDAF, OIS, 3x optical zoom +, 12 MP, f/2.2, 13mm, 120˚ (ultrawide), 1/2.55" 1.4µm, Super Steady video
Kamera Depan: 10 MP, f/2.2, 26mm (wide), 1/3.24", 1.22µm, Dual Pixel PDAF
Video: 8K@24fps, 4K@30/60fps, 1080p@ 30/ 60/ 240 fps, 720p@960fps, HDR10+, stereo sound rec., gyro-EIS
Selfie: 4K@30/60fps, 1080p@30fps
Bateri: * Li-Ion 3700 mAh, non-removable battery, Fast charging 25W. / * USB Power Delivery 3.0 / * Fast Qi/PMA wireless charging 15W /* Reverse wireless charging 4.5W
SIM/Telefon: Single SIM (Nano-SIM) or Dual SIM (2 Nano-SIMs + eSIM, dual stand-by)
USB: USB Type-C 3.2, USB On-The-Go
NFC: Yes
Sistem Imbasan: Fingerprint (under display, ultrasonic), accelerometer, gyro, proximity, compass, barometer


Warna Pilihan: Phantom White, Phantom Black, Green, Pink Gold

Harga Jualan: RM4099 (Snapdragon 8 Gen 1, 8GB RAM | 128GB) & RM4299 (Snapdragon 8 Gen 1, 8GB RAM | 256GB)

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Samsung Galaxy S22+ anda boleh mengunjungi lama web dan laman sosial Samsung https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s22/