AEON BERSAMA CHEF WAN PERKENALKAN NEOFLAM UNTUK AEON STAR REWARDS

April 05, 2022

Peralatan memasak berkualiti antarabangsa yang diiktiraf oleh ikon negara Chef Selebriti


Ramadan ini, AEON CO. (M) BHD. (AEON) buat pertama kalinya memperkenalkan Program Star Rewards Chef Wan-Neoflam (Chef Wan-Neoflam Star Rewards Programme) ke seluruh negara dengan kolaborasi bersama ikon Malaysia yang terkenal di dalam arena masakan, Chef Redzuawan atau lebih popular dikenali sebagai Chef Wan.


Dari kiri: Shafie Shamsuddin, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif AEON, Chef Wan, Daisuke Maeda, Pengarah Urusan AEON Credit Service (M) Bhd melancarkan AEON Star

AEON Star Rewards menawarkan pelbagai jenis peralatan memasak yang moden kepada pelanggan dari segenap lapisan masyarakat, khasnya generasi muda yang mula menjadikan bidang memasak sebagai hobi pasca-pandemik dengan harga berpatutan.

Program ini memperkenalkan Neoflam, sebuah jenama peralatan memasak berkualiti tinggi dan mempunyai rekabentuk menarik yang diimpot dari Korea Selatan, kini boleh didapati di kesemua rangkaian pasar raya AEON seluruh negara. Produknya ringan dan mudah digunakan, hasil teknologi EcolonTM yang tidak melekat dan tahan lasak.

Bercakap mengenai program ini, Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON berkata, ”Makanan dan masakan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan dengan budaya dan cara hidup rakyat Malaysia keseluruhannya. Sehubungan dengan itu, kami yakin chef tersohor negara, Chef Wan merupakan individu yang tepat untuk mewakili koleksi peralatan memasak Neoflam ini.”

Chef Wan tidak perlu diperkenalkan lagi kepada rakyat Malaysia di mana beliau mempunyai kepakaran, populariti, pengaruh, dan pengalaman luas selama bertahun-tahun dalam bidang masakan. Pada masa yang sama, Chef Wan juga secara eksklusif mengiktiraf peralatan memasak Neoflam untuk AEON.

“Selaras dengan moto Chef Wan “Makanan yang baik menyatukan kita semua”, kami percaya bahawa kunci utama untuk menyediakan masakan yang baik ialah melalui peralatan memasak yang baik dan bermutu. Kami ingin memberi kemudahan kepada pengguna untuk mendapatkan peralatan memasak yang berkualiti dengan harga yang mampu dimiliki terutamanya kepada mereka yang tidak mahu berbelanja besar

“Memandangkan kita sudah pun berada di bulan Ramadan yang mulia, hidangan yang dimasak sendiri di rumah sudah semestinya akan menjadi lebih bermakna dengan sambutan kempen Ramadan-Raya AEON-Raya Penuh Makna.’ tambah Low Ngai Yuen.


Program Star Rewards yang sebelum ini dikenali sebagai “Program Kesetiaan Pelanggan AEON” (AEON Customer Loyalty Programme), membolehkan pelanggan mengumpul setem pada setiap pembelian luar talian dan dalam talian di AEON dan menukarnya untuk membeli alat memasak Neoflam dengan beberapa tawaran dan ganjaran yang lain.

Melalui program ini, pelanggan akan diberi 1 keping setem (untuk bukan ahli) dan 2 keping setem (untuk ahli AEON) bagi setiap perbelanjaan sebanyak RM30 di AEON secara fizikal manakala pembelian menerusi aplikasi iAEON pula akan menerima e-setem.

Tambahan 3 setem akan diberikan kepada ahli AEON yang membeli melalui AEON Member Plus, AEON Credit Card atau AEON Wallet.

Selepas mengumpul bilangan setem minima (20 setem fizikal untuk ahli AEON, 15 setem fizikal untuk bukan ahli dan 8 e-setem), para pelanggan boleh menebus setem-setem tersebut untuk membeli produk-produk Neoflam.

Untuk maklumat lanjut serta terma dan syarat AEON Star Rewards, sila layari www.aeonretail.com.my.


You Might Also Like

0 comments