Terkini | New

Penjenamaan semula Bawangchaji Dan Pengumuman Rasmi DATUK LEE CHONG WEI Sebagai Duta Baru Jenama Di Majlis Pembukaan CHAGEE Yang Pertama.

Penjenamaan semula Bawangchaji Dan Pengumuman Rasmi DATUK LEE CHONG WEI Sebagai Duta Baru Jenama Di Majlis Pembukaan CHAGEE Yang Pertama PAVILION KL.

Jenama minuman teh premium - BaWangChaji Malaysia mengumumkan secara rasmi menjenamaan semula kepada CHAGEE Malaysia (CHAGEE) yang berwajah baru bagi meningkat pengalaman pengguna dengan suasana moden. Pengumuman ini dibuat semasa majlis Pembukaan Kedai Perdana CHAGEE yang pertama di Pavilion Kuala Lumpur.

YBhg. Datuk Wira Dr. Lee Chong Wei diumumkan sebagai duta baru jenama yang dihadiri oleh YBrs. En. Mohd Hilaluddin Abd Shukor, Ketua Pegawai Eksekutif of Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS). Di samping itu, pelakon dan penyanyi terkenal Hannah Delisha membuat penampilan istimewa sebagai sokongan untuk perkembangan CHAGEE Malaysia.


Peneraju industri tersebut telah memulakan misi untuk berevolusi dan menginovasikan jenama mereka ke arah era 2.0. Penambahbaikan dimulakan dengan penjenamaan semula yang mana CHAGEE telah menengahkan tiga perubahan utama iaitu nama jenama, logo dan identiti visual baru, yang jelas dipaparkan di kedai perdana CHAGEE yang baru di Pavilion Kuala Lumpur. Justeru, CHAGEE bermatlamat untuk meningkatkan pengalaman pengguna melalui panca indera , bermula dari detik melangkah ke dalam kedai tersebut.


Pengunjung kedai perdana CHAGEE bakal menikmati suasana yang tenang sejurus mereka melangkah masuk ke dalam kedai yang direka khas melalui konsep rekaan dalaman yang minimalistik mencerminkan konsep kedai teh moden. 

Oleh itu, selain menjadi destinasi pertemuan untuk keluarga dan sahabat handai, kedai perdana CHAGEE juga merupakan lokasi yang ideal bagi mesyuarat perniagaan yang mana pengunjung boleh bekerja sambil menikmati pelbagai minuman berasaskan teh moden.


Turut terlibat di dalam penjenamaan semula ini, YBhg. Datuk Wira Dr. Lee Chong Wei, yang bakal menjadi wajah baharu CHAGEE pada masa akan datang. CHAGEE memilih pemain badminton tersohor tersebut sebagai langkah pertama dalam penjenamaan semula mereka. 

CHAGEE juga bakal menghebahkan deretan pengumuman yang mengujakan dalam masa yang terdekat. Jenama teh premium tersebut menjelaskan bahawa YBhg. Datuk Wira Dr. Lee Chong Wei merupakan pilihan yang tepat kerana beliau memiliki nilai-nilai yang sama seperti CHAGEE seperti ketahanan, kekuatan, keazaman dan semangat.


Pembeli dan pengunjung di Pavilion Kuala Lumpur berasa teruja apabila menyaksikan ikon badminton terulung dunia serta pelakon dan penyanyi popular, Hannah Delisha menyambut acara ini. Hannah Delisha berasa teruja dengan kesungguhan CHAGEE untuk terus berkembang, berevolusi dan mengginovasi jenama dan produk mereka dan mengharapkan yang terbaik buat CHAGEE di dalam pelan perkembangan mereka


Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) YBrs. En. Mohd Hilaluddin Abd Shukor berkata, “Pandemik telah mencabar semua pihak tetapi ia turut memberi kekuatan kepada semua yang terjejas. Ia mengajar kita bahawa dunia memerlukan perubahan berterusan dan hanya yang kuat mampu bertahan. Dengan itu, saya berpendapat ikon badminton negara, Datuk Wira Dr. Lee Chong Wei merupakan pilihan yang tepat bagi menampilkan kekuatan CHAGEE Malaysia. Beliau telah menumpuh cabaran-cabaran yang sukar bagi mengharumkan nama negara. Saya menjangkakan perkara-perkara hebat yang bakal disuahakan CHAGEE Malaysia pada masa akan datang memandangkan … merupakan wajah baru jenama ini dan saya sangat teruja”.



 

Ketua Pegawai Eksekutif CHAGEE Malaysia, En. Jack Chong berkata, “Teh merupakan perantara yang menghubungkan manusia yang sarat dengan sejarah melangkau ribuan tahun. Ia merupakan minuman kebiasaan yang disajikan di pelbagai aktiviti sosial baik formal atau kasual yakni, ia mudah diterima ramai. Dengan perubahan yang dilakukan, kami berharap ia mampu mengukuhkan jenama kami melalui konsep kedai teh moden, yang menyajikan bukan sahaja minuman berasaskan teh premium moden, malah menawarkan pengalaman yang menyeluruh. Di CHAGEE, kami mengutamakan pelanggan dan kepuasan mereka”.



Untuk maklumat lanjut sila layari laman sosial mereka di CHAGEE MALAYSIA