Terkini | New

Samsung Galaxy S22+ Cukup Lengkap Bagi Peminat Photography Dan Nightography

Kali ini akan kami kongsikan kepada anda salah satu telefon pintar Samsung Galaxy S22+ yang menjadi pilihan peminat photography masa kini. Samsung memperkenalkan siri Galaxy S22 semasa acara Galaxy Unpacked 2022.

Jom kita lihat ulasan penuh penggunaan Samsung Galaxy S22+ bagi peminat photography dan penggunaan kamera sama ada bergambar atau pembikinan video semasa percutian anda.



Reka bentuk Galaxy S22+ yang terbina dengan ciri-ciri mesra alam. Turut memaparkan kamera dinamik yang diperkasa dengan pemproses imej pintar terkini. Dengan ini, Galaxy S22+ bukan sahaja indah dipandang malah mampu menjamin pengalaman yang mengagumkan.


Bagi peminat photography kamera memainkan peranan penting bagi menghasilkan content yang menarik dengan gambar dan video yang berjaya memikat hati pembaca. Merakam foto dan video memerlukan ciri perisian dan perkakasan canggih. Galaxy S22+ memastikan bahawa kenangan kegemaran anda disimpan dengan sangat terperinci.



Penggunaa mod kamera yang berlainan dapat menjadikan gambar lebih cantik dan unik. Galaxy S22+ menjadikan anda lebih kreatif bagi menghasilkan gambar lebih mempersonakan. Mod Portrait Galaxy S22+ membolehkan anda mengambil gambar portrait dengan 1x dan 3x zoom yang lebih terperinci.






Penggunakan kamera ultra lebar juga memberikan satu pemandangan yang cantik dan lebih menyeluruh. Samsung Galaxy S22+ mempunyai kamera swafoto 10MP dengan autofokus. Kamera 12MP (ultra-lebar) untuk menghasilkan tangkapan gambar yang kekal berkualiti tinggi terutama sekali dalam suasana pencahayaan yang rendah.

Ultra Wide

Normal Photo

Zoom 20x

Kamera utama 50MP yang padu dan berkemampuan zoom sehingga 30x zoom. Ciri penggambaran revolusioner ‘Nightography’ yang merangkumi penggunaan sensor kamera bersaiz 23% lebih besar berbanding teknologi S21 dan S21+ dan juga teknologi Adaptive Pixel yang membolehkan kamera anda merakam gambar yang detail dan warna cerah, tanpa mengira keadaan pencahayaan sewaktu bergambar.


Klik untuk Melihat video suasana ketika waktu malam Samsung, Galaxy S22+ mampu mengambil video dan gambar ketika suasana waktu malam dan tempat yang kurang cahaya.






Samsung Galaxy S22+ kali ini menampilkan paparan Dynamic AMOLED 2X 6.6-inci dengan resolusi HD+ Penuh, kadar penyegaran boleh ubah 120Hz, HDR10+, pembesar suara stereo. Anda akan rasa selesa untuk membuat video cuma menggunakan Samsung Galaxy S22+ sahaja.


Galaxy S22+ terbina dengan teknologi Vision Booster pintar yang menyesuaikan kecerahan dan kontras warna secara automatik mengikut suasana pencahayaan persekitaran. Selain itu, peningkatan prestasi dan meningkatkan kecerahan paparan.



Samsung Galaxy S22+ menggunakan pemproses Snapdragon 8 Gen 1, 8GB RAM memudahkan lagi kerja-kerja membuat proses video editing menjadi mudah dan bertambah pantas.

Kualiti video anda pula dipertingkatkan dengan ciri-ciri baru seperti Auto Framing, dimana fokus kamera diselaras secara automatik bagi rakaman secara berkumpulan sehingga ke 10 orang.Peranti juga disokong teknologi VDIS (Video Digital Image Stabilisation) yang mengurangkan gegaran ketika kamera digunakan.

Jangan terkejut jika saya katakan Samsung Galaxy S22+ boleh merakam video sehingga 8K pada 24 frame sesaat




Galaxy S22+ juga dipadankan dengan warna badan peranti dengan bingkai logam yang tipis dan bersimetri. Dengan menggabungkan binaan daripada Armor Aluminium sebagai bingkai peranti bersertakan Corning® Gorilla® Glass Victus®+ baharu di bahagian hadapan dan belakang.


Galaxy S22 dan S22+ menawarkan penggunaan lasak yang lebih tahan retak dan tahan calar berbanding peranti yang sebelumnya. Sangat sesuai kepada mereka yang melakukan aktiviti lasak dan outdoor.

Jadi nantikan gambar-gambar menarik dari Samsung Galaxy S22+ untuk slot travel akan datang. 


SPESIFIKASI PERANTI GALAXY S22+

Model: Samsung Galaxy S22+
Paparan: 6.6-inch, Dynamic AMOLED 2X, 120Hz, HDR10+, 1750 nits (peak)
GPU: Adreno 730
Pemprosesan: Octa-core (1x3.00 GHz Cortex-X2 & 3x2.40 GHz Cortex-A710 & 4x1.70 GHz Cortex-A510)
Cip: Snapdragon 8 Gen 1 (US); Exynos 2200 (UK)
OS: Android 12, One UI 4.1
Kalis Air: IP68 Water Resistance
RAM: 8GB | Virtual RAM Up to 8GB
Memori Dalaman: 128GB, 256GB
Kamera Utama: Triple: 50 MP, f/1.8, 24mm (wide), 1/1.56", 1.0µm, Dual Pixel PDAF, OIS +, 10 MP, f/2.4, 70mm (telephoto), 1/3.94", 1.0µm, PDAF, OIS, 3x optical zoom +, 12 MP, f/2.2, 13mm, 120˚ (ultrawide), 1/2.55" 1.4µm, Super Steady video
Kamera Depan: 10 MP, f/2.2, 26mm (wide), 1/3.24", 1.22µm, Dual Pixel PDAF
Video: 8K@24fps, 4K@30/60fps, 1080p@ 30/ 60/ 240 fps, 720p@960fps, HDR10+, stereo sound rec., gyro-EIS
Selfie: 4K@30/60fps, 1080p@30fps
Bateri: * Li-Ion 3700 mAh, non-removable battery, Fast charging 25W. / * USB Power Delivery 3.0 / * Fast Qi/PMA wireless charging 15W /* Reverse wireless charging 4.5W
SIM/Telefon: Single SIM (Nano-SIM) or Dual SIM (2 Nano-SIMs + eSIM, dual stand-by)
USB: USB Type-C 3.2, USB On-The-Go
NFC: Yes
Sistem Imbasan: Fingerprint (under display, ultrasonic), accelerometer, gyro, proximity, compass, barometer


Warna Pilihan: Phantom White, Phantom Black, Green, Pink Gold

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Samsung Galaxy S22+ anda boleh mengunjungi lama web dan laman sosial Samsung  https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s22/