PINK BAZAR RAMADAN DAN RAYA 2022 SATUKAN PERSATUAN SENI

April 09, 2022

PINK BAZAR RAMADAN DAN RAYA 2022 SATUKAN PERSATUAN SENI
● Disokong : FINAS, Persatuan Seniman Malaysia, PROFIMA, Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia, FDAM, Persatuan Wartawan & Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Karyawan & Dapur Pasak.
● Kerjasama : Koperasi Perdaya Jaya, Millenium Land Sdn Bhd, JomMall, Gagasan Transformasi Anak Seni (GTAS) Anjuran : Pasar Artisan & Jom Mall


Melalui kerjasama Pink Bazar dan Jom Mall dalam penganjuran acara bazar ramadan & raya warga seni 2022 yang bertempat di M Square Mall Puchong Perdana telah berjaya menyatukan kesemua persatuan seni seperti Persatuan Seniman Malaysia, Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia, Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Karyawan , Persatuan Pekerja Professional Filem Malaysia (PROFIMA) serta Pertubuhan NGO Gagasan Transformasi Anak Seni (GTAS) dalam membantu anak-anak seni dan warga kerja belakang tabir industri hiburan untuk menjana pendapatan sampingan dibulan ramadan dan juga terjejas akibat penularan covid 19 selama 2 tahun.



Fiesta Pink Bazar ini juga telah mendapat sokongan dari pelbagai pihak termasuk FINAS, Koperasi Perdana Jaya, Millenium Land, Hotel Hilton Garden Inn , kelab motosikal 2fast Bikers Malaysia serta Dapur Pasak (Putra Amaris). Melalui acara ini juga pelbagai reaksi positif yang diterima dalam penganjuran oleh pihak vendors yang telah memulakan perniagaan bermula 3 April yang lalu. 






Disamping itu, melalui wakil penganjur iaitu Tiara Joha menyatakan acara ini juga akan memfokuskan aktiviti bersama komuniti dimana tema Pink Bazar sendiri adalah Industri Kreatif dan Komuniti. 




Pelbagai aktiviti yang telah dirancang antaranya sesi perkongsian para pengarah dari FDAM, para pelakon serta penyanyi berkenaan industri kreatif kepada komuniti. Majlis tutrut diserikan lagi dengan artis undangan Dato' Khadijah Ibrahim yang sempat menyanyikan beberapa buah lagu yang cukup popular.



Sumbangan turut di adakan kepada mereka yang memerlukan dan kepada rumah anak-anak tahfiz yang terlibat. Orang ramai di jemput hadir bagi memeriahkan Pink Bazar dan bazar Ramadan kali ini.

JomMall dipilih penganjur kerana matlamat yang seiring untuk membantu komuniti dan acara Pink Bazar ini merupakan acara julung yang diadakan.

You Might Also Like

0 comments