PRIHATIN SANTUNI 500 PETUGAS BARISAN HADAPAN HOSPITAL AMPANG

April 24, 2022

PRIHATIN SANTUNI 500 PETUGAS BARISAN HADAPAN HOSPITAL AMPANG

Seramai 500 petugas barisan hadapan Hospital Ampang diraikan dalam satu Program Kembara Ramadan Prihatin dan Majlis Iftar Perdana. Turut diadakan penyerahan Sumbangan Tunai Prihatin kepada 100 petugas barisan hadapan Hospital Ampang yang berlangsung di Ruang Legar Auditorium Hospital Ampang yang telah disempurnakan oleh Dr.Kasuadi Bin Hussin, Pengarah Hospital Ampang.

Kembara Ramadan Prihatin merupakan salah satu program hasil inisiatif yang dianjurkan oleh PRIHATIN dalam menjalankan aktiviti sekitar bulan ramadan dengan cara menyantuni golongan B40 dan Asnaf serta golongan yang kurang bernasib baik.



Antara golongan yang terlibat adalah anak-anak Yatim, anak-anak Tahfiz, anak-anak sindrom down, golongan gelandangan, pelajar institusi pengajian tinggi dan petugas barisan hadapan melalui pelaksanaan program seperti program Berbuka Puasa (Iftar), Tarawih, Qiamulail dan Sahur, Pengagihan Bubur Lambuk, dan Penyerahan Sumbangan Zakat Prihatin.


Menurut Dato’ Mohd Aizuddin Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, “Bulan Ramadan sewajarnya menjadi pemangkin semangat kepada setiap agensi kerajaan, badan korporat, pertubuhan bukan kerajaan dan badan-badan kebajikan dalam menyahut seruan kerajaan dalam bersama sebagai ‘Keluarga Malaysia’ dengan membantu dan menyantuni semua golongan yang kurang bernasib baik.




Disamping itu, Petugas Barisan Hadapan juga perlu diberi perhatian kerana mereka juga mereka golongan yang bekerja keras dikala wabak pandemik tetapi turut sama terjejas dan perlu meraikan Aidilfitri yang bakal tiba.
 

 



Program yang dilaksanakan bersama hasil kolaborasi strategik dapat menzahirkan keprihatinan dan menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat setempat sekaligus berbakti kepada negara Malaysia tercinta ini.” 

PRIHATIN melihat hasil hubungan strategik ini mampu diperkasa melalui program - program yang akan dilaksanakan melalui kerjasama bersama agensi kerajaan mahupun badan pertubuhan bukan kerajaan.
  




Dengan kolaborasi strategik bersama pihak Hospital Ampang ini, PRIHATIN menyasarkan lebih banyak program yang boleh dilaksanakan dengan Institusi Kesihatan dalam masa sama boleh membantu dan meringankan beban petugas barisan hadapan di seluruh Malaysia.

You Might Also Like

0 comments