Terkini | New

Program Bubur Lambuk AEON Bersama Komuniti, Raihan Dan Anak-Anak Yatim Yang Meriah

Ucapan tahniah kepada AEON CO. (M) BHD. dan AEON BIG (M) SDN. BHD yang berjaya mengadakan Program Bubur Lambuk AEON Bersama Komuniti sempena bulan Ramadan yang mulia dengan semangat kerjasama dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang,


Program utama bermula hari ini dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang (MPK) di mana AEON bersama-sama dengan MPKį serta disokong oleh komuniti setempat telah mengadakan aktiviti memasak Bubur Lambuk. Majlis berlangsung di perkarangan AEON BIG Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Selangor. Bubur lambuk yang siap dimasak diagihkan kepada lebih kurang 1,200 pengunjung pasar raya tersebut.



Program Bubur Lambuk AEON bersama Komuniti akan terus dianjurkan secara berperingkat sehingga 24 April 2022 di cawangan AEON dan AEON BIG di seluruh negara. Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif kelestarian untuk negara, AEON Sayap Bagimu dengan aspirasi untuk menyokong satu sama lain, berkongsi rezeki dan mengukuhkan kerjasama dengan komuniti dan ekosistem AEON. Sebanyak lebih kurang 50 ribu bekas Bubur Lambuk akan disediakan secara gotong royong oleh kakitangan AEON dan mereka yang terlibat untuk diagihkan.

Program Bubur Lambuk AEON Bersama Komuniti akan terus dianjurkan secara berperingkat sehingga 24 April 2022 di cawangan-cawangan AEON dan AEON BIG di seluruh negara. Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif kelestarian negara, AEON Sayap Bagimu dengan aspirasi untuk menyokong satu sama lain, berkongsi rezeki dan mengukuhkan kerjasama dengan komuniti dan ekosistem AEON.


Menurut Dr. Kasuma Satria Mat Jadi, Ketua Pegawai Sumber Manusia merangkap Pengarah Komunikasi Korporat, AEON, "Kami berasa amat bersyukur kerana dapat berkongsi rezeki dengan mereka yang sentiasa rapat di hati kami. Kami yakin Program Bubur Lambuk AEON Bersama Komuniti ini dapat mengukuhkan lagi ukhwah di antara AEON dan masyarakat setempat. Inisiatif ini juga ialah untuk menzahirkan penghargaan kami terhadap sokongan berterusan daripada para pelanggan AEON.


Pada majlis yang sama, Yayasan AEON Malaysia (MAF) turut menyumbang pembelian pakaian baharu untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada 50 orang anak-anak dari Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Kajang. Sumbangan telah disampaikan oleh Datin Noryahwati Mohd Noh, Presiden, MAF. Mereka menjadi lebih teruja apabila menerima sumbangan duit Raya daripada Tuan Haji Najmuddin Jemain, Yang DiPertua, MPKj.


Majlis turut diserikan dengan kehadiran Datuk Iskandar Sarudin, Pengerusi, AEON; Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Ketua, AEON BIG; Ustaz Dr. Fairuz Mohamad, Nazir, Masjid Bandar Tun Hussein Onn; Datuk Haji Othman Abdul Latiff, Pengerusi, Surau Al Amin; Tuan Haji Kamal Sahid, Pengerusi, Madrasah Cheras Perdana: Dr. Haji Mohamad Abd Manap, Pengerusi, Surau Al-Ansar; Azman Mohamed, Pengerusi, Surau Al Fathonah; Haji Rosmidi Mat Dah, Pengerusi, Surau Annur Taman Kasturi; dan Haji Muzaffar Mohd Anas, Pengerusi Surau As Siddiq.



Program bertambah meriah dengan kehadiran kumpulan nasyid popular Raihan yang sama-sama memeriahkan majlis dan meraikan anak-anak Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia, Kajang ini,




Program ini adalah sejajar dengan usaha AEON yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu - 16 yang menggalakkan masyarakat yang aman dan inklusif untuk pembangunan lestari, menyediakan akses kepada keadilan untuk semua dan membina institusi yang bertanggungjawab dan inklusif yang berkesan di semua peringkat.

Terima kasih dan ucapan tahniah kepada mereka yang menjayakan program menarik kali ini. Meriah melihat aksi kanak-kanak yang diraikan.