Terkini | New

QSR BRANDS BEKERJASAMA DENGAN JABATAN ARAH KOR AGAMA ANGKATANTENTERA (KAGAT) UNTUK PROGRAM AGIHAN RAMADAN ATM BAGI MENYANTUNIKELOMPOK ASNAF

QSR Brands (M) Holdings Bhd (pengendali KFC, Pizza Hut, Ayamas dan Life  telah menyerahkan Wakalah zakat bernilai RM160,500 kepada Jabatan Arah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) untuk diagihkan kepada kelompok asnaf sepanjang bulan Ramadhan. Sumbangan ini merupakan sebahagian daripada Program Agihan Ramadan ATM kerjasama bersama QSR Brands (M) Holdings Bhd, KAGAT, dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).


YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang, Panglima Angkatan Tentera Markas Angkatan Tentera Malaysia telah menerima serahan replika cek dari Pemangku Ketua Jabatan Shariah dan Pematuhan Halal QSR Brands (M) Holdings Bhd, Encik Hayazi Bin Darus di Majlis Pelancaran Program Agihan Ramadan ATM di Masjid Khalid Al-Walid KEMENTAH pada 1 April 2022.

“Kami berbesar hati bekerjasama dengan KAGAT & MAIWP untuk Program Agihan Ramadan ATM di mana kami berpeluang untuk mengagihkan Wakalah zakat dan sekaligus memberi kembali kepada masyarakat sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat yang kami pegang erat sebagai warga korporat Malaysia. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban dan mengukir senyuman kepada golongan asnaf,” kata Encik Hayazi Bin Darus, Pemangku Ketua Jabatan Shariah dan Pematuhan Halal QSR Brands (M) Holdings Bhd

Sumbangan zakat dalam bentuk 500 bantuan pek makanan ini akan diagihkan kepada
kelompok asnaf selama 30 hari bermula 3 April 2022 sehingga 2 Mei 2022 di beberapa lokasi
yang telah dikenalpasti pihak KAGAT iaitu Masjid Khalid Al-Walid KEMENTAH (Kuala
Lumpur), Masjid Kem Perdana Sg Besi (Kuala Lumpur), Masjid Pangkalan TLDM Lumut
(Perak), Masjid Pangkalan TUDM Subang (Selangor), dan Surau Al Mustafa, Markas
Angkatan Bersama, Sg Pancing, Kuantan (Pahang).

.