Terkini | New

Raikan Kasih Sayang Bersama Adik Beradik dengan Siri Galaxy A Baharu


Tahukah anda bahawa 10 April adalah Hari Adik Beradik? Meraikan kasih sayang antara adik-beradik, sambutan tersebut juga acara yang kurang dikenali untuk menandakan ikatan kita dengan orang tersayang. 

Dalam dunia digital hari ini, peranti seperti telefon pintar adalah kunci untuk membuka rangkaian maya yang menghubungkan orang ramai merentasi ruang yang berbeza dan mengukuhkan ikatan – termasuklah yang dikongsi dengan adik-beradik.

Tahun ini, jadikan Hari Adik Beradik lebih istimewa dengan Galaxy A73 5G, Galaxy A53 5G dan Galaxy A33 5G baharu, yang membolehkan anda menikmati banyak inovasi mudah alih Samsung yang paling berkesan tanpa perlu menghabiskan wang simpanan anda.

Teruskan membaca untuk mendapatkan beberapa idea tentang cara Siri Galaxy A terbaharu boleh membantu mengukuhkan hubungan fizikal dan digital, antara anda dan adik-beradik anda.

Raikan, cipta dan abadikan kenangan baharu bersama


Jika anda belum dapat meluangkan masa dengan adik-beradik anda kebelakangan ini, apa kata anda rancang untuk menjamu selera di restoran kegemaran anda, atau melawat tarikan-tarikan zaman kanak-kanak seperti arked dan menghidupkan kembali beberapa pertarungan terbaik anda. 

Abadikan detik-detik berharga ini dalam kualiti murni dengan sistem empat kamera termaju pada Galaxy A53 5G, yang didatangkan dengan Kamera OIS 64MP (atau kamera OIS 108MP dengan Galaxy A73 5G! dengan teknologi VDIS yang mengambil gambar yang tajam dan mantap, dan kamera hadapan 32MP resolusi tinggi untuk swafoto yang hebat. Galaxy A33 5G turut menampilkan sistem empat kamera dengan kamera utama OIS 48MP, serta kamera hadapan 13MP.

Anda juga tidak perlu risau tentang gambar atau video kabur dalam keadaan cahaya malap. Mod Malam siri Galaxy A yang dipertingkat menjadikan gambar yang diambil di bawah pencahayaan malap kelihatan lebih terang dengan kurang hingar dan melaraskan kadar bingkai video secara automatik untuk video yang jelas walaupun pada waktu malam.


Siri Galaxy A juga dilengkapi dengan storan dalaman 128GB atau 256GB, yang boleh ditambahkan kepada 1TB melalui mikroSD, jadi anda tidak akan kehabisan ruang semasa menyimpan kenangan berharga di telefon. Kongsi, lihat, dan bermain sepuas hati anda, Walaupun kita mungkin tidak dapat meluangkan masa bersama adik-beradik setiap hari, pengalaman digital yang dikongsi boleh membantu mengekalkan ikatan kekeluargaan.



Dengan paparan Super AMOLED 6.5-inci2 yang luas pada Galaxy A53 5G dengan kadar penyegaran 120Hz dan paparan Super AMOLED 6.4-inci dengan kadar penyegaran 90Hz pada Galaxy A33 5G, kedua-duanya memberikan anda pengalaman tontonan yang mengasyikkan – lebih baik untuk tonton video TikTok yang anda kongsikan antara satu sama lain.

Jika bermain permainan maya adalah cara anda melepak bersama di atas talian, siri Galaxy A juga dilengkapi dengan pemproses Octa-core 5nm, 8GB RAM, hayat bateri yang bertahan sehingga dua hari dan pengecasan pantas 25W, membolehkan anda menikmati prestasi permainan yang sangat lancar apabila anda bermain Clash Royale atau PUBG Mobile.

Kekal terhubung pada bila-bila masa, di mana sahaja

Bukankah seronok apabila anda dapat menghubungi orang terdekat dan tersayang apabila anda teringatkan mereka? Ketiga-tiga peranti Galaxy A73 5G, Galaxy A53 5G dan Galaxy A33 5G berdaya 5G, membolehkan anda berhubung dengan cepat antara satu sama lain, tidak kira jauh mana anda berada.

Berkongsi maklumat peribadi juga mudah. Siri Galaxy A disertakan dengan aplikasi Private Share yang membolehkan anda berkongsi dan menyimpan fail dengan selamat, sambil memberi anda kemudahan untuk mengawal siapa yang boleh mengakses fail tersebut dan untuk tempoh berapa lama.

Tertarik dengan ciri-ciri tersebut? Anda akan bertambah gembira mengetahui bahawa telefon ini dibina untuk bertahan lama. Galaxy A73 5G, Galaxy A53 5G dan Galaxy A33 5G datang dengan Corning® Gorilla® Glass 5 dan juga dinilai IP67 untuk kalis air dan habuk. Selain itu, peranti ini dijamin sehingga empat generasi naik taraf OS Android, dan lima tahun kemaskini keselamatan, memberikan ketenangan bagi mereka yang mencari ketahanan dan ingin memaksimumkan kitaran hayat telefon pintar mereka. Jadilah serupa, tetapi berbeza


Meskipun anda dan keluarga anda mempunyai telefon yang sepadan, tiada had jumlah personalisasi yang tersedia dengan Galaxy A73 5G, Galaxy A53 5G dan Galaxy A33 5G.

Kedua-dua model Galaxy A53 5G dan Galaxy A33 5G tersedia dalam pelbagai warna untuk mengekspresikan personaliti unik anda: Awesome Black, Awesome White, Awesome Blue, dan Awesome Peach. Bagi Galaxy A73 5G, tampil bergaya dengan Awesome Grey, Awesome White dan Awesome Mint.

Jika anda bersedia untuk persaingan antara adik-beradik, ini ialah idea yang menyeronokkan untuk melihat siapa yang berpakaian lebih bergaya: Ambil swafoto cermin dengan peranti siri Galaxy A anda untuk mempamerkan pakaian dan telefon pintar anda yang sepadan. Pakailah pakaian yang sama dengan skema warna telefon anda untuk penampilan yang padu dan kongsi gambar anda di media sosial atau ruang sembang keluarga untuk melihat siapa yang mendapat lebih banyak undian.