Terkini | New

Saksikan Dolla LIVE di Facebook Samsung Malaysia atau Samsung Experience Store Sunway Pyramid dan Menang Sepuluh Hadiah!



Masanya telah tiba untuk ketibaan peranti terbaru Samsung yang sering diperkatakan dan dinanti-nantikan: Siri Galaxy A. Minggu ini, Samsung Malaysia akan mengadakan acara Galaxy A with Dolla untuk berkongsi dengan anda tentang ciri-ciri terbaik peranti tersebut supaya anda boleh memanfaatkan peranti anda dengan sepenuhnya.

Sesi interaktif ini akan menampilkan bakat tempatan yang kian popular, DOLLA membincangkan semua perkara yang anda perlu tahu tentang Siri Galaxy A terbaru. Mereka akan berkongsi bagaimana peranti ini boleh meningkatkan gaya hidup anda dengan sedikit usikan yang menyeronokkan dan peluang untuk memenangi hadiah percuma bernilai RM9,290 – anda pasti tidak mahu ketinggalan!

Saksikan secara langsung di laman Facebook Samsung Malaysia atau pergi ke Samsung Experience Store Sunway Pyramid untuk sertai keseronokan pengalaman ini pada hari Rabu, 27 April 2022, jam 8 malam! Jumpa di sana!

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari: https://www.samsung.com/my/offer/mobile/galaxy-a-series-2022/dollavip/.