Terkini | New

BLOOM IN STYLE DI SURIA KLCC

BLOOM IN STYLE DI SURIA KLCC
Antisipasi "secret garden" yang menampilkan jenama fesyen dan kecantikan terkenal


Mulai sekarang hingga 19 Jun 2022, Suria KLCC dihiasi dengan keindahan bunga bunga gergasi melalui kempen fesyen dan kecantikan terbarunya. Bunga-bunga gergasi yang dihiasi bakal mengalu-alukan para pembeli belah tatkalamengunjungi "Secret Garden" yang terletak di Ramlee Mall, Aras 1. Kawasan tersebut dipenuhi dengan bunga-bungaan dan pencahayaan berwarna-warni, sesuai untuk latar foto di Instagram.




Tingkatkan pengalaman membeli-belah anda dan dapatkan inspirasi dengan paparan yang disusun oleh kedai kedai fesyen dan kecantikan. Pembeli boleh menemuinya di ruang acara utama serta di sekitar pusat membeli-belah.




Semasa kempen ini, para pembeli yang berbelanja sekurang-kurangnya RM600 dalam maksimum dua resit di mana-mana kedai Fesyen, Kecantikan, Sukan dan Salun Kecantikan di Suria KLCC akan diberi ganjaran baucar Suria KLCC yang bernilai RM50.



Kedai fesyen dan kecantikan terpilih seperti Kate Spade, Giorgio Armani Beauty, Salvatore Ferragamo, Yves Saint Laurent Beaute, Braun Buffel, PUMA juga akan menganjurkan pengaktifan dalam kedai dan tontonan produk eksklusif untuk mencipta pengalaman pembelian istimewa di Suria KLCC.

DERMA PAKAIAN TERSAYANG ANDA DAN TERIMA GANJARAN

Dengan kerjasama The Salvation Army, pembeli akan diberi ganjaran baucar extra dari kedai kedai terpilih apabila mereka menderma lima helai pakaian dan ke atas sekali gus. Ini boleh dilakukan di Ramlee Mall, Tingkat 1.

“Dengan hiasan yang meriah serta ganjaran fesyen dan kecantikan yang menarik di Suria KLCC, ini adalah masa terbaik untuk para pengunjung membeli belah di kedai kedai fesyen kegemaran mereka. Kempen ini juga memberi peluang kepada pembeli untuk menyumbang kepada tujuan yang baik dengan menderma pakaian tersayang mereka,” jelas Andrew Brien, Pengarah Eksekutif serta Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.


Pakaian yang dikumpul akan didermakan kepada The Salvation Army dalam masa seminggu selepas kempen tamat.


The Salvation Army ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang telah berkhidmat kepada masyarakat kurang bernasib baik di Malaysia. Organisasi ini mempunyai rangkaian perkhidmatan sosial yang komprehensif untukmemenuhi pelbagai keperluan dalam komuniti. 

Selain membantu masyarakat dalam dermaan pakaian, mereka menyediakan rumah kediaman untuk kanak-kanak dan orang tua, asrama, perkhidmatan sokongan keluarga, jagaan harian, pusat tuisyen, pusat bantuan pelarian dan perkhidmatan bantuan kecemasan semasa krisis.