TRANSFORMASI BAHARU BUTIK SITI KHADIJAH DI AEON MALL SHAH ALAM.

Jun 20, 2022

TRANSFORMASI BAHARU BUTIK SITI KHADIJAH DI AEON MALL SHAH ALAM.
Tahniah Siti Khadijah di atas pelancaran pembukaan Grand Opening Butik SK di AEON Mall Shah Alam untuk memastikan pelanggan-pelanggan lebih selesa dengan menaik taraf dari kiosk kepada butik yang lebih besar tanpak moden.


Siti Khadijah sememangnya tidak asing lagi sebagai pengeluar busana Muslimah dan telekung inovasi pertama di Malaysia sejak tahun 2009 dengan mempunyai 39 butik di seluruh negara serta di Indonesia.



Bagi terus memastikan pelanggan merasai pengalaman membeli belah yang selesa , butik Siti Khadijah kini tampil berwajah baru dengan ruang jualan yang lebih luas , selesa dan rekaan dalamannya yang berkonsepkan moden dan mewah . Rekaan dinding yang berkeluk di samping sentuhan warna neutral pastinya membangkitkan atmosfera tenang ketika membeli belah.


Butik Siti Khadijah di Pusat Membeli Belah AEON Shah Alam dipilih sebagai perintis kepada konsep rekaan dalaman terkini kerana saiz ruang jualan dan variasi produknya yang terhad sebelum ini . Butik baharu yang berkonsepkan lebih moden dan mewah diharapkan dapat memberi pengalaman yang luar biasa buat para pelanggan SK.


Kombinasi warna korporat SK iaitu merah hati dengan pilihan warna emas dan rose gold menyerlahkan nilai SK yang meyakinkan . Istimewanya juga , butik ini yang dibuka pada tahun 2017 adalah butik pertama SK yang dibuka di pusat membeli belah AEON di Malaysia . 



Majlis pembukaan dan perasmian butik baharu berlangsung di Butik Siti Khadijah , Lot F - 4G . AEON Mall Shah Alam oleh Encik Mohammad Munzir Aminuddin ( Ketua Pegawai Eksekutif Siti Khadijah Sdn Bhd ) dan Puan Munirah Azmi ( Pengarah Bahagian Operasi , Pemasaran dan Sewaan , AEON Co ( M ) Bhd ).


" Sudah menjadi keutamaan SK untuk sentiasa berinovasi & memperbaiki mutu pengeluaran serta kenyamanan pelanggan dari masa ke semasa " kata Encik Mohammad Munzir Aminudin .



SK juga akan mengembangkan perniagaan melalui pembukaan butik baharu lain yang lebih menarik dan segar bukan sahaja di Malaysia , malah ke seluruh dunia dengan menyediakan berkhidmatan dan produk yang terbaik .




SK sangat berbesar hati mengumumkan pembukaan dua buah butik baharu lagi di Kulim , Kedah pada 1 Julai 2022 dan di Ampang Point , Kuala Lumpur pada 15 Julai 2022. Di samping itu , Hegira , sebuah jenama hijab di bawah payung Kumpulan Siti Khadijah akan melancarkan butik pertamanya di Pusat Membeli Belah AEON Kota Bharu pada 1 Julai 2022 .




Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan diskaun hingga 37% untuk telekung terpilih dan pelbagai tawaran terbaik buat pengunjung dari 17 - 19 Jun. Pelbagai promosi ditawarkan sempena Grand Opening dan anda boleh berjimat sehingga RM70 untuk belian kombo, cabutan bertuah untuk 5x pengunjung terpilih dan baucar RM20 untuk belian RM250 ke atas.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web dan laman sosial media di:
Laman web : http://www.sitikhadijah.com/
Favebook :https://www.facebook.com/TelekungSitiKhadijah/
Instagram : https://www.instagram.com/telekung.sitikhadijah/

You Might Also Like

0 comments