CelcomDigi mengukuhkan kesiapsiagaan monsun di lokasi kritikal di seluruh Malaysia
CelcomDigi mengukuhkan kesiapsiagaan monsun di lokasi kritikal di seluruh Malaysia
Kerjasama dengan Agensi Bantuan Bencana Malaysia (MRA) dan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRC) memberi tumpuan kepada usaha memastikan keterhubungan semasa keadaan cuaca buruk.
.jpg)
CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) memperkukuh komitmennya untuk menyokong komuniti semasa musim monsun tahunan dengan bekerjasama bersama rakan kongsi bantuan bagi membantu rakyat Malaysia kekal berhubung dan memastikan bantuan dapat dihantar dengan cepat apabila diperlukan. Melalui perkongsian dengan Agensi Bantuan Bencana Malaysia (MRA) dan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRC), CelcomDigi akan menyediakan keterhubungan kecemasan di pelbagai pusat pemindahan sementara (PPS), di samping bantuan kemanusiaan dan sokongan bantuan di lapangan.
Inisiatif ini dijangka memberi bantuan kepada lebih 3,400 isi rumah, dengan kapasiti untuk sokongan di lapangan bagi kira-kira 42,000 orang di enam negeri yang kerap dilanda banjir: Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor, Pahang dan Sabah. Bagi membolehkan perkara ini dilakukan, CelcomDigi telah menyediakan kenderaan pacuan empat roda (4WD) kepada MRA, bot penyelamat, peralatan penting seperti stesen pengecas mudah alih, pam air dan jet, penjana kuasa, serta sukarelawan sebagai sebahagian daripada sokongan tersebut.
Bantuan utama lain daripada CelcomDigi merangkumi:
15 PPS di kawasan berisiko tinggi akan dilengkapi dengan unit Akses Wayarles Tetap (FWA) untuk membantu keluarga yang terjejas terus berhubung dan mengakses maklumat penting atau perkhidmatan komunikasi semasa kecemasan.
Meninggikan struktur rangkaian utama di kawasan kerap banjir bagi melindungi peralatan radio dan elektronik kritikal dengan lebih baik daripada kerosakan air.
Mengekalkan pasukan operasi siapsiaga 24 jam untuk mengerahkan penjana kuasa dan sumber lain ke tapak yang terjejas, membantu meminimumkan gangguan kepada perkhidmatan rangkaian.
Bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan pihak berkuasa berkaitan untuk menyebarkan maklumat tepat pada masanya kepada komuniti di kawasan berisiko tinggi.
Selain usaha tindak balas banjirnya, CelcomDigi juga menggalakkan rakyat Malaysia di kawasan kerap banjir supaya membuat persediaan lebih awal sebelum musim monsun. Melalui Kit Kesiapsiagaan Banjir (Flood Preparedness Kit), syarikat ini menyediakan panduan praktikal dan maklumat penting untuk membantu orang ramai bertindak balas dengan berkesan semasa kecemasan berkaitan banjir.
Kit Kesiapsiagaan Banjir tersebut, yang boleh didapati melalui Aplikasi CelcomDigi dan platform media sosial CelcomDigi, boleh dimuat turun di sini dalam versi