Terkini | New

Kekal Menawan Dengan Warna Samsung Galaxy A53 5G Yang Bergaya


Tidak menghairankan bahawa warna telefon pintar kini memainkan peranan penting. Walaupun ia tidak bermakna bagi sesetengah orang, ia adalah cara orang lain untuk meluahkan esen diri mereka. Dengan Galaxy A53 5G dan empat warna bergaya – Awesome Black, Awesome White, Awesome Peach dan Awesome Blue – sesiapa sahaja boleh tetap bergaya dan mengikuti trend tanpa perlu risau tentang menjejaskan ciri-ciri yang menakjubkan.

Warna yang bergaya seperti biru dan peach boleh dilihat di mana-mana sahaja. Daripada reka bentuk dalaman hingga ke fesyen, berikut ialah beberapa cara untuk memadankan pakaian dengan telefon pintar anda. Untuk penampilan harian, gandingkan telefon pintar peach anda dengan warna yang menarik seperti coklat, hijau muda dan kelabu. Untuk telefon pintar biru anda pula, anda boleh memadankannya dengan warna putih dan neutral lain seperti warna bumi atau warna pop seperti merah jambu dan kuning! Pada malam-malam anda ingin kelihatan lebih glamor, anda boleh menggandingkan telefon pintar peach atau biru anda dengan aksesori atau pakaian berwarna keemasan.

Dan sudah tentu, warna klasik merupakan warna yang paling senang dipadan. Jika warna terang bukan untuk anda, anda sentiasa boleh memilih Awesome Black atau Awesome White - warna ini tidak akan ketinggalan zaman dan selain itu, ia sepadan dengan mana-mana warna dalam spektrum! Lebih-lebih lagi jika anda memadankannya dengan aksesori metalik dalam perak, emas atau emas mawar.

Semasa anda menakluk media sosial dengan penampilan bergaya anda, rakam beberapa OOTD atau video GRWM (Get Ready With Me) dengan Galaxy A53 5G. Menampilkan kamera utama 64MP dengan OIS (Optical Image Stabilization), tangkap gambar dan video yang tajam, terang dan lancar mengikut kehendak hati anda, walaupun dalam situasi malap. 

Dengan Photo Remaster yang berkuasakan AI, ia akan meningkatkan gambar anda secara automatik - dengan cara ini, anda dapat menjimatkan masa menyunting! Selain itu, jika anda bimbang bahawa anda mungkin menghabiskan storan dalam sekelip mata, anda boleh menambah storan tambahan dengan kad microSD sehingga 1TB .

Jika anda bercadang untuk mendapatkan Galaxy A53 5G, inilah masanya! Sehingga 31 July 2022, dapatkan diskaun 20% untuk Pelan Pecah atau Kemalangan & Cecair Samsung Care+ sehingga 2 tahun apabila anda membeli peranti tersebut. Tambahan, nikmati penjimatan lebih hebat apabila anda menukar beli peranti yang tersenarai dalam peranti yang layak dan menerima rebat tambahan sehingga RM150 ditambah kepada nilai tukar-masuk asas.

Untuk maklumat lanjut tentang Galaxy A53 5G, sila layari: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a53-5g-awesome-blue-256gb-sm-a536elbhxme/