Terkini | New

PROJEK RANGKAIAN DIGITAL LEBUH RAYA MEMBOLEHKAN MALAYSIA MENJADI HAB PUSAT DATA BAHARU ASIA KUALA LUMPUR

PROJEK RANGKAIAN DIGITAL LEBUH RAYA MEMBOLEHKAN MALAYSIA MENJADI HAB PUSAT DATA BAHARU ASIA KUALA LUMPUR


Majlis Perasmian Projek Rangkaian Digital Lebuhraya , telah disempurnakan oleh Menteri Kanan Kerja Raya , YB Dato ' Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof pada hari ini . Kementerian Kerja Raya ( KKR ) telah meluluskan Projek Rangkaian Digital Lebuh Raya kepada syarikat MSA Resources Sdn . Bhd .( MSAR ) untuk membina dan mengendalikan kabel gentian fiber optik di sepanjang lebuh raya di bawah seliaan Lembaga Lebuhraya Malaysia ( LLM ) .


Projek ini dibina di sepanjang lebuh raya di Semenanjung Malaysia secara berperingkat melalui tiga ( 3 ) fasa pembinaan . Rangkaian Fasa 1 adalah pemasangan kabel fiber optik dari Johor Bahru , Johor , ke Bukit Kayu Hitam , Perlis , yang dijangka siap pada Disember 2022 . Rangkaian Fasa 2 akan melibatkan lebuh raya - lebuh raya di Lembah Klang . Manakala , rangkaian Fasa 3 akan menghubungkan negeri - negeri pantai timur Semenanjung Malaysia .



Infrastruktur telekomunikasi baharu dengan teknologi kependaman rendah ( low latency ) di sepanjang lebuh raya utama negara ini akan dapat memberikan capaian yang lancar untuk trafik jalur lebar di peringkat domestik dan juga antarabangsa . Malaysia akan menjadi hub data raya ( big data ) yang strategik antara Singapura , Malaysia dan Thailand di rantau ASEAN . 


Dengan adanya projek seumpama ini di Malaysia , pelabur - pelabur luar negara akan berminat untuk melabur dalam sektor perkhidmatan rangkaian digital yang dijangka akan menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara pasca pandemik .



Sebanyak 4,000 titik hubungan ( Point of Interconnect - POI ) akan menghubungkan bandar - bandar dan kawasan luar bandar dengan liputan jalur lebar yang tinggi bakal dinikmati oleh rakyat kelak . Ia juga menyumbang kepada peningkatan penyampaian perkhidmatan awam atas talian seperti kemudahan kesihatan awam , akses terbuka kepada pendidikan dan sistem pengangkutan lebih baik.



Ketersediaan infrastruktur rangkaian digital , liputan rangkaian jalur lebar , akses terbuka dan penawaran harga yang kompetitif daripada kesemua penyedia telekomunikasi akan memberikan manfaat bukan sahaja kepada masyarakat setempat , malah kepada perusahaan kecil dan sederhana ( PKS ) serta sektor perkhidmatan yang lain . 

Di mana , perniagaan secara bersemuka akan beralih kepada perniagaan yang berplatformkan digital dan mengurangkan sempadan perniagaan antara satu tempat ke tempat yang lain . Secara tidak langsung , rakyat mempunyai pelbagai pilihan barangan dan perkhidmatan dengan harga yang optimum dan berkualiti tinggi .



Selain itu , kementerian dan jabatan seperti Kementerian Pertahanan dan Polis Diraja Malaysia akan diberikan akses dalam pembangunan secured networks dalam menjaga kedaulatan negara , pemantauan keselamatan negara dan penguatkuasaan undang - undang . Manakala , Lembaga Lebuhraya Malaysia ( LLM ) dan syarikat syarikat konsesi di bawah LLM turut mendapat manfaat dalam peningkatan perkhidmatan lebuh raya seperti penggunaan Radio Frequency Identification ( RFID ) ke atas semua pejabat tolnya dan kemudahan wifi di kawasan Rehat & Rawat ( R & R ) di sepanjang lebuh raya bagi kegunaan pengguna - pengguna lebuh raya . 



Penyediaan perkhidmatan 5G yang canggih dan berteknologi tinggi dengan harga yang berpatutan serta liputan jalur lebar di kawasan bandar dan luar bandar akan menjadikan Malaysia kekal berdaya saing dalam era Revolusi Industri 4.0 ( IR4.0 ) . 

Transformasi pendigitalan dan IR4.0 seperti penggunaan autonomous vehicles di jalan raya dan lebuh raya , Internet Benda ( Internet of Things - loT ) dan Kecerdasan Buatan ( Artificial Intelligence- Al ) dalam sistem maklumat pergerakan kenderaan di jalan raya serta lebuh raya dapat menyumbang kepada sistem pengangkutan yang lebih baik kepada rakyat dan negara pada masa hadapan .


Pelaksanaan projek ini adalah bertepatan dan selaras dengan Dasar Pendigitalan Negara dan Rancangan Malaysia Kedua Belas ( RMKe - 12 ) di bawah Unit Perancang Ekonomi , Jabatan Perdana Menteri ( UPE , JPM ) serta Pelan Jalinan Digital Negara ( JENDELA ) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia ( KKMM ) . 

MSAR juga merupakan salah satu syarikat Bumiputera yang menyumbang kepada Agenda Pemerkasaan Bumiputera di bawah Unit Peneraju Bumiputera , JPM . KKR akan sentiasa memberikan kerjasama dalam penyediaan infrastruktur rangkaian digital dan transformasi positif seperti projek ini pada masa hadapan .


Turut diadakan hari ini , majlis menandatangani perjanjian persefahaman MSAR dengan pihak PLUS Berhad , Arus Restu Sdn Bhd , MIDF Amanah Investment Bank Berhad , Ciena Corporation , Starhub Ltd dan GDS Inc Pte . Ltd yang disaksikan oleh Menteri Kanan Kerja Raya.

#####


MSA RESOURCES SDN . BHD . 
MSA Resources Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat penyedia telekomunikasi yang menyediakan rangkaian penuh perkhidmatan telekomunikasi domestik dan antarabangsa . MSAR mempunyai rekod prestasi yang kukuh di Jambatan Link Kedua Malaysia - Singapura yang cukup strategik . MSAR juga menerima Hak Izin Lalu ( RoW ) pada 2016 untuk membina , memiliki dan mengendalikan kabel gentian optik di 29 lebuh raya di Semenanjung Malaysia .

MSAR kini sedang membina Projek Rangkaian Digital Lebuhraya dalam tiga fasa , infrastruktur telekomunikasi baharu yang menghubungkan dua sempadan negara ( Thailand - Malaysia Singapura ) , semua pusat hub data dan semua stesen pendaratan kabel dasar laut . Tunjang utama rangkaian yang menghubungkan Johor Bahru ke Bukit Kayu Hitam dan semua titik hubung " POI " di antaranya akan siap dibina menjelang akhir 2022. Rangkaian baharu ini akan menawarkan ketersambungan kepada pembangunan industri sedia ada dan baharu yang terletak di sepanjang lebuh raya dan juga bertindak sebagai platform untuk menerima pakai teknologi masa depan seperti loT , kenderaan autonomi dan aplikasi bandar pintar .

MSAR adalah penyedia berkecuali " neutral " dan menyokong kuat akses adil dan terbuka kepada semua pembekal . MSAR menyokong penuh dan mendukung aspirasi Malaysia untuk meningkatkan liputan dan kualiti rangkaian untuk manfaat rakyat .

Slogan " Bridging Communities , Uniting a Nation " meringkaskan misi dalam membantu membina Malaysia yang lebih berteknologi dan maju .