Terkini | New

Dolla dan Galaxy A53 5G Bagai Pinang Dibelah Dua yang Bergaya

Dolla dan Galaxy A53 5G – Bagai Pinang Dibelah Dua yang Bergaya


Dolla, kumpulan empat anggota dan 'It Girls' dari Malaysia memancarkan keyakinan, tenaga dan gaya – seperti yang diserlahkan oleh Siri Galaxy A. Kumpulan ini tidak asing lagi dengan muzik, fesyen serta teknologi. Lebih-lebih lagi apabila mereka merupakan wajah telefon pintar terlaris Samsung, Siri Galaxy A.. Setelah menggunakannya selama berbulan-bulan, Sabronzo, Syasya, Angel dan Tabby mempunyai beberapa perkara untuk dikatakan tentang peranti yang mereka anggap sebagai "peranti yang sempurna untuk remaja bergaya yang mencari peranti yang praktikal".

Ianya bukan mudah menjadi tumpuan awam. Walaupun ianyakelihatan glamor, namun kerja boleh berterusan selama berjam-jam walaupun selepas matahari terbenam. Dolla percaya bahawa ianya penting peranti yang digunakan bersesuaian dengan gaya hidup mereka. Di sinilah bateri 5,000mAh berkapasiti tinggi yang dilengkapi dalam Galaxy A53 5G memainkan peranan penting. Walaupun ketika mencipta rakaman di studio dan aktiviti penggambaran yang berpanjangan, peranti ini tidak mengecewakan dan bertahan sepanjang hari. Sekiranya anda kehabisan bateri, peranti ini menyokong pengecasan cepat 25W, yang boleh mengecas peranti anda semula dalam masa yang singkat.



Sebagai artis, ianya lazim bagi bintang-bintang ini untuk mencipta video dan gambar sewaktu bekerja dan pada masa lapang. Oleh kerana mereka perlu melakukannya dimana-mana jua tidak kira waktu, sistem kamera yang serba boleh dan berkuasa adalah penting untuk gadis-gadis ini. Satu ciri penting yang dipuji oleh Dolla adalah mod malam Galaxy A53 5G."Saya pernah pergi ke tempat skating roller yang mempunyai tema disko, yang sudah tentu gelap, tetapi ketika saya mengambil gambar dengan telefon saya, ia sangat cantik sekali dan berjaya menunjukkan kecantikkan tempat itu dengan baik!" Ahli termuda, Syasya, berkata.

Selain itu, ciri-ciri kamera yang sering digembar-gembur diantara mereka adalah Single Take - juga terdapat dalam peranti mercu Galaxy Samsung - dan Object Eraser. "Mencipta pelbagai kandungan sekarang lebih mudah dan pantas apabila Single Take digunakan kerana saya boleh mendapatkan gambar dan video dengan hanya satu klik" Sabronzo berkongsi, menekankan kebolehgunaannya yang luar biasa pada hari yang sibuk. Angel juga berkongsi dengan menyatakan bahawa dia bergantung pada Object Eraser dengan banyak. "Kerana saya seorang yang mementingkan kesempurnaan, Object Eraser sangat berguna untuk menghapuskan objek yang tidak diingini dari latar belakang".

Tabby pula menyukaipaparan besar 6.5 inci Super AMOLED yang mempunyai kecerahan puncak 800-nits – cerah dan mudah kerana walaupun ia panas terik di luar, paparan ini memberikannya pengunaan Galaxy A53 5G yang selesa. “Skrin yang cerah dan lebar menjadikan ia begitu mudah untuk saya melihat lirik dengan jelas apabila saya berlatih menyanyi atau berkaraoke di dalam bilik!” Tabby berkongsi dengan gembiranya.



Sekiranya ada satu aktiviti yang dinikmati oleh Dolla pada masa lapang, ia adalah bermain permainan mudah alih. "Skrin pada Galaxy A53 5G sangat lancar dan besar, memudahkan saya untuk memenangi perlawanan kerana saya dapat melihat dengan lebih jelas ketika saya bermain menentang ahli-ahli Dolla yang lain atau dengan pemain lain," kata Angel. Dengan cip 5nm Exynos 1280 yang berkuasa, peranti ini menawarkan sambungan yang lebih baik dengan FPS yang lebih tinggi, memberikan pengalaman permainan yang optimum dan akan membawa mereka ke kemenangan. Peranti ini juga mempunyai ’refresh rate’ 120Hz, meningkatkan prestasi permainan Dolla dengan membuat masa beban lebih cepat, permainan yang lebih lancar, dan grafik lebih berkuasa dan mengasyikkan. Seperti mereka, anda juga boleh menikmati pengalaman permainan terpantas pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja dengan sambungan 5G ultra-pantas.

Alami bagaimana rasanya untuk mempunyai peranti hebat seperti Dolla. Jika anda ingin membeli Galaxy A53 5G, inilah masanya! Sehingga 31 Ogos 2022, nikmati rebat segera sebanyak RM150 apabila anda membuat pembelian. Selain itu, anda juga boleh menikmati tawaran-tawaran ini:
Untuk maklumat lanjut tentang Galaxy A53 5G, sila layari: https://www.samsung.com/my/offer/mobile/galaxy-a-series-2022/