Festival KL Story-Cerita KL 2022

Ogos 19, 2022


Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dibawah program DAKEN - Jeyarawara, bakal menganjurkan Festival KL Story-Cerita KL 2022.Program yang akan berlangsung pada 3 September hingga 9 Oktober 2022, di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur itu, turut mendapat sokongan strategik Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKKNWPKL) dan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC).


Festival KL Story-Cerita KL 2022 yang diusahakan melalui biaya Geran Padanan Seni & Budaya 2022, adalah sebuah acara yang meraikan peristiwa, tokoh, tempat dan bangunan bersejarah di Kuala Lumpur dengan keistimewaan kisahnya. KL Story-Cerita KL bakal mendekatkan ramai pengunjung dan para pelancong dari dalam dan luar negara dengan kisah-kisah unik Kuala Lumpur sebagai sebuah ibu kota yang menarik untuk diteroka wawasannya.



Terdapat lima persembahan teater yang akan menggambarkan kisah-kisah unik Kuala Lumpur pada setiap minggu festival berlangsung. Di antara pengisian lain yang dapat dinikmati oleh para pengunjung adalah bengkel, forum, pameran dan produk dari penggiat-penggiat seni.



Mekar Budaya merupakan sebuah pertubuhan (NGO) induk yang diamanahkan untuk menguruskan kelancaran perlaksanaan festival tersebut yang diketuai oleh Mohd.Nurul Hazirin selaku Pengarah Projek. Sementara itu, Presiden Mekar Budaya, Dr. Marlenny Deenerwan bersama-sama beberapa penggiat seni budaya tanah air yang lain turut memberikan khidmat nasihat demi kelancaran program tersebut. Lima (5) pertubuhan atau produksi teater Kuala Lumpur akan mengadakan persembahan
sepanjang festival berlangsung.

Pada 3 dan 4 September, pukul 8.30 malam, Mekar Budaya akan menampilkan teater Perempuan-Perempuan Kampong Bharu. Produksi Geliga Merah Opera akan mempersembahkan Brickfields pada 10 dan 11 September selanjutnya pada 17 dan 18 September, Persatuan Teater Malaysia dengan pementasan berjudul Abdullah Hukum.


Sementara itu, Tepak Tellaz pula bakal mementaskan naskah Kubah Panggung pada 1 dan 2 Oktober, diikuti dengan persembahan daripada Revolution Stage pada 8 dan 9 Oktober berjudul Jajahan Chow Kit Road.

Festival ini akan dirasmikan oleh tetamu kehormat dari MOTAC pada jam 8.30 malam, 3 September. Diantara barisan selebriti yang terlibat didalam festival ini adalah Raja Azrey, Sathiya, para ilmuan seni budaya dan bakat-bakat teater tanah air yang pastinya akan turut memeriahkan KL Story-Cerita KL 2022.

Klik pada pautan untuk Pembelian
Festival KL Story 2022 - Cerita KL | Peatix

You Might Also Like

0 comments