Terkini | New

Pilihan Makanan Menarik Di Blackbixon Cafe Untuk Anda

Jom semua kali ini nak kongsikan satu lagi lokasi makanan menarik yang boleh semua cuba di Blackbixon Cafe yang terletak di 17 Jalan Inai, Off, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


BlackBixon Cafe baru sahaja di buka kepada pengunjung yang terletak di deretan banglo Bukit Bintang yang berubah menjadi kafe dua tingkat. Pasti menjadi pilihan kepada peminat pastri, burger, minuman dan makanan moden yang sedap serta hiasan yang menarik




Selain dari  hiasan yang cantik kami sempat menikmati beberapa hidangan Blackbixon Cafe menarik dan kopi istimewa signature mereka bersama makanan terbaik dan pilihan sos homemade dari resepi yang  istimewa.




Pilihan schnitzel ayam dan kambing pasti menjadi pilihan ramai kerana saiz yang agak besar, rasanya yang sedap dan lazat bersama sos istimewa. Hiasan sangat cantik dan nampak mewah untuk anda cuba.


Apabila bercakap tentang burger anda perlu cuba merasai burger roti arang mereka yang dihiasi dengan keju dan daging yang tebal dan sedap. 


Manakala, pilihan big breakfast mereka penuh dengan hidangan sarapan pagi yang padu lengkap dengan cendawan yang sangat sedap. Nak cuba pasta pun ada memang porsi yang besar sesuai untuk mereka dalam kumpulan yang besar.



BlackBixon Café turut menawarkan pelbagai jenis mesin kopi yang boleh pelanggan dapatkan untuk penggunaan di rumah. BlackBixon menyajikan  kopi yang terbaik di dunia yang mana ia diperoleh dari Kenya dan Rwanda. Kali ini kami sempat mencuba kopi monochrome iaitu campuran kopi, serbuk arang,vanila dan salted caramel.



Pilihan pastri dan roti menanti anda untuk di bawa pulang yang di masak panas-panas dengan pelbagai jenis isian dan gebu-gebu. Jangan lupa singgah dan borong terus pastri-pastri mereka yang segar di masak setiap hari..





Kawasan Blackbixon Cafe  luas untuk menerima pengunjung yang ramai termasuklah 2 tingkat atas yang meriah di waktu malam. Dua kawasan berkaca sesuai bagi mereka yang inginkan suasana semulajadi dan sinar matahari.Hiasan dalaman sangat cantik untuk anda bergambar bersama kawan-kawan. 




Kami kongsikan gambar-gambar menarik hiasan dalaman mereka, termasauk ruang khas yang membolehkan membuat majlis-majlis acara peribadi seperti majlis hari jadi, majlis perayaan dan sebagainya.





Jom berkunjung ke BlackBixon Café yang terletak di Jalan Inai off Jalan Imbi, 50350 Kuala Lumpur. Jumpa anda di sana.

BlackBixon Café
Address: 17 Jalan Inai, Off, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Phone: 017-395 0321