Terkini | New

NAKHODA International (M) Sdn Bhd Bakal Mempersembahkan Based On Untold True Story Semasa Jajahan Jepun - DEATHRAILWAY 415 KILOMETER

NAKHODA International (M) Sdn Bhd Bakal Mempersembahkan Based On Untold True Story Semasa Jajahan Jepun - DEATHRAILWAY 415 KILOMETER


Sebuah naskah lagi yang bakal di filemkan oleh NAKHODA International (M) Sdn Bhd dalam satu Sidang Media Dan Pelancaran Tajuk Filem DEATHRAILWAY 415 KILOMETER bertempat di Pawagam Mini P.Ramlee, Finas Ulu Kelang. Turut serta para pelakon yang akan bersama-sama berlakon dalam filem DEATHRAILWAY 415 KILOMETER.



Berdasarkan kisah benar yang tidak terungkap Semasa Pencerobohan Jepun ke Tanah Melayu Pada Tahun 1941 Selepas Serangan Pearl Habour. Filem ini bakal di laksanakan oleh NAKHODA International (M) Sdn Bhd. Turut hadir bersama Executive Producer : Noor Liyana dan Director : Surendhar Selvaraju yang memberi secara ringkas perjalanan dan penghasilan filem DEATHRAILWAY 415 KILOMETER.




Antara pelakon-pelakon yang akan melakonkan watak-watak utama dalam filem DEATHRAILWAY 415 KILOMETER. adalah :

Yuichiro Kinjo sebagai General Tomoyuki Yamashita
Vishwa sebagai Murugesan
Maran sebagai Narayanan
Faizal sebagai Pak Suloh



Direktor turut memperkenalkan Produksi Kumpulan yang akan terbabit dalam filem DEATHRAILWAY 415 antaranya Co. Produser, Penulis Skrip, Baju Kostum Rekaan, Pengarah Muzik dan Produser Bahagian. Turut serta Kinjo dan Vishwa memperkenalkan diri bersama pelakon lain pertama kali kepada rakan media yang hadir.


Antara sinopsis filem yang akan di paparkan adalah sebuah kisah dimana apabila Jepun menjajah Malaya pada Disember 1941, mereka telah memaksa dan menculik masyarakat tempatan untuk dijadikan buruh paksa. Ramai yang telah kehilangan kelaurga dan terbunuh di kem landasan keratapi maut di Burma.


Jalan cerita akan disusuli dengan kejadian pearl habour yang berlaku sehari sebelum Jepun berjaya menakluk Asia Tengara untuk mengukuhkan kuasa mereka di rantau ini. Filem cereka ini adalah sebuah kisah benar sebuah keluarga iaitu pengarah filem ini sendiri dimana moyang pengarah Murugesan dan anaknya Narayan diculik oleh Jepun. 


Murugesan di tanam hidup hidup di depan mata anaknya Narayanan di kem Japan tersebut yang memaksa Narayanan dan kawan kawannya melarikan diri dari kem untuk membalas dendam.


Berita kematian yang sampai ke keluarganya akan menyebabkan Isteri Murugesan jatuh sakit dan meninggal dunia menjadikan kedua dua anak perempuan Murugesan yatim piatu. 


Cerita ini akan memaparkan detik detik kesusahan keluarga Murugesan dan pemberontakan anaknya menentang Jepun Bersama masyarakat Malaya pada masa itu. Sama-sama kita nantikan filem yang pastinya akan menambat hati penonton kali ini.