Terkini | New

Pembukaan Perdana Butik SK ke-41 Dengan Suntikan Elemen Instagamable Di Ampang

Pembukaan Perdana Butik SK ke-41 Dengan Suntikan Elemen Instagamable Di Ampang
Pembukaan Perdana Butik SK ke-41 di Taman Dato' Ahmad Razali, Ampang, berdekatan Ampang Point.


Tahniah kepada Telekung Siti Khadijah di atas Pembukaan Perdana Butik SK ke-41 di Taman Dato' Ahmad Razali, Ampang, berdekatan Ampang Point. Siti Khadijah sememangnya tidak asing lagi sebagai pengeluar busana Muslimah dan telekung inovasi pertama di Malaysia sejak tahun 2009 dengan mempunyai 40 butik di seluruh negara serta di Indonesia. 


Pembukaan perdana butik SK Ampang adalah komitmen SK untuk terus ingin memastikan pelanggan dapat merasai pengalaman membeli belah secara langsung. Keselesaan pelanggan menjadi elemen penting dalam setiap butik SK dan butik ke - 41 ini tidak ketinggalan. Butik SK Ampang merupakan satu lagi butik yang direka yang memberikan sentuhan berbeza serta meningkatkan keselesaan ketika membeli belah .




Majlis perasmian pembukaan perdana berlangsung di Butik Siti Khadijah , Lot 102 - G , Lorong Memanda 2 , Taman Dato Ahmad Ghazali , Ampang dan disempurnakan oleh Puan Padzilah Enda Sulaiman , Pengasas Siti Khadijah . Turut hadir ialah Encik Mohammad Munzir Aminuddin , Ketua Pegawai Eksekutif Siti Khadijah Sdn Bhd .


" Terima kasih kepada semua pelanggan dan pengguna yang menyokong produk SK , kami akan terus berkarya demi keselesaan semua pelanggan SK . Butik SK ini merupakan butik terbesar untuk kategori bukan outlet shopping mall. Selain itu , kita jadikan konsep rekaan luar butik ini sebagai instagrammable . Ala-ala shopping di Paris dengan ambience lampu antik dan hiasan " kata Puan Padzilah dalam ucapan aluan beliau.






Butik SK di Ampang Point ini merupakan satu lagi milestone penting dalam menjadikan SK sebagai satu jenama gaya hidup , lifestyle brand , yang bertaraf global " tambah beliau lagi . 



Pelbagai tawaran istimewa berlaku pada hari pembukaan perdana Butik SK Ampang , antaranya ialah tawaran telekung serendah RM138 ( Xiu Li ) dan koleksi baharu Flair Eshal. Sebanyak 600 hadiah percuma dan sejumlah RM20,000 nilai baucar juga disediakan untuk pelanggang terawal. Pelanggan juga berpeluang memenangi cabutan hamper barangan SK bernilai RM1,000. Setiap pembelian Telekung Xiu Li yang berharga RM138 akan mendapat ' giveaway ' bernilai RM48 .



Selain daripada itu , SK juga memberi diskaun sehingga 15 % untuk koleksi tudung Hegira . 30 pelanggan terawal yang membeli produk Hegira layak menerima 1 unit Hegira Box dan 1 unit Pouch Hegira . 





Setiap pembelian koleksi baharu Flair Eshal Sweet Lavender & Dream Blue yang berharga RM199 turut mendapat voucher RM20 . Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Dato Ogy Ahmad Daud dan Isyariana yang merupakan pelakon dalam filem pendek terbaharu Siti Khadijah bertajuk " Cantik " Jangan lupa tonton video penuh di Youtube Siti Khadijah TV.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web dan laman sosial media di:
Laman web : http://www.sitikhadijah.com/
Favebook :https://www.facebook.com/TelekungSitiKhadijah/
Instagram : https://www.instagram.com/telekung.sitikhadijah/