Terkini | New

Penganjuran Media FAM Trip dan Majlis Apresiasi Media Tourism Selangor 2022

TOURISM SELANGOR MENGHARGAI SUMBANGAN DAN JASA PENGGIAT MEDIA

Penganjuran Media FAM Trip dan Majlis Apresiasi Media Tourism Selangor 2022 mendapat sambutan yang baik dan meriah.


Tourism Selangor menganjurkan program FAM (Familiarization) Trip atau Open Day dan Majlis Makan Malam Apresiasi Media Tourism Selangor di Resort Taman Eko Rimba Komenwel. Program telah dirasmikan oleh YB Tuan Hee Loy Sian, Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor.


Seramai lebih 150 orang penggiat media dalam kalangan wartawan, editor, penulis, blogger, selebriti, KOL, youtuber, dan banyak lagi telah menyertai Media FAM Trip kali ini. Resort Taman Eko Rimba di Rawang menjadi pilihan Tourism Selangor sebagai lokasi penganjuran program untuk memperkenalkan tarikan pelancongan dan aktiviti yang berkonsepkan eko pelancongan seperti, Glamping, Jungle Trekking, ATV, Aktiviti kayak dan banyak lagi.




 YB Tuan Hee Loy Sian, dalam satu kenyataan berkata,” Program ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor untuk mengiktiraf pencapaian dan sumbangan rakan-rakan penggiat media yang membantu khususnya memrpomosikan industri pelancongan di Negeri Selangor. Komitmen yang dizahirkan oleh rakan-rakan media ini, amat penting bagi memastikan industri pelancongan dapat berkembang maju terutamanya dalam persediaan memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik.


Telah terbukti, sepanjang tahun 2021 dan 2022 rakan-rakan media kita telah memberikan liputan media yang tinggi bagi mempromosikan inisiatif-inisiatif bantuan kerajaan Negeri, Kempen-kempen promosi, penganjuran acara dan program pelancongan dan juga menyertai program seperti FAM Trip yang dianjurkan oleh Tourism Selangor.”




Encik Azrul Shah Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor berkata,” Untuk tahun ini, pihak Tourism Selangor telah bekerjasama dengan pihak Resort Taman Eko Rimba Komenwel sebagai penaja lokasi dan program terbahagi kepada 2 bahagian iaitu, sesi FAM Trip atau Open Day yang kita jalankan pada sesi pagi, dan Majlis Apresiasi Media yang kita jalankan pada sesi malam”.



Untuk tahun ini, sebanyak 27 kategori anugerah dan penghargaan yang kita perkenalkan untuk diberikan kepada rakan-rakan media yang hadir pada malam ini. Sesi penilalain diambil kira, jumlah liputan serta nilai konten yang diwar-warkan dalam pelbagai platform media.





Antara kategori penghargaan dan anugerah yang diberikan pada tahun ini adalah seperti Liputan Media Terbaik, Video Travelog Terbaik, Majalah Pelancongan Terbaik, Wartawan Terbaik, Konten Media Sosial Terbaik, Program TV Terbaik dan banyak lagi.


Majlis ini juga adalah sebagai tanda terima kasih kepada pihak media yang selama ini telah memberi sokongan padu dan tanpa jemu terutamanya terhadap program-program dan isu-isu berkaitan pembangunan dan usaha-usaha Kerajaan Negeri dan Tourism Selangor dalam memacu kemajuan dalam bidang pelancongan. 


Resort Taman Eko Rimba Komanwel.


Resort Taman Eko Rimba Komanwel  terletak di Hutan Simpan Bukit Lagong di jalan menghala ke Rawang, kira-kira 24km ke utara pusat bandar Kuala Lumpur dan kira-kira 3km dari Bandar Rawang. Tarikan ini merupakan hutan simpan yang besar dengan keluasan lebih 260 hektar dalam spesies dipterokarpa tanah rendah bersempadan dengan Hutan Lipur Kanching dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).




Commonwealth Eco Forest Park & ​​Resort atau dikenali sebagai Resort Taman Eko Rimba Komanwel (RTERK) dilancarkan bagi memperingati Persidangan Hutan Komanwel ke-14 pada tahun 1993, taman ini menggabungkan hutan tebal dengan taman berlandskap yang disediakan dengan pemandangan panorama, susunan formal, tapak perkhemahan, chalet, monumen air pancut, trek joging, denai mendaki, ladang lebah kelulut dan kemudahan lain untuk memberi pengunjung pengalaman yang indah untuk percutian.

RTERK kini diuruskan oleh Future World Avenues Sdn. Bhd. dengan kerjasama erat Kerajaan Negeri, Tourism Selangor Sdn. Bhd. dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web : www.selangor.travel atau www.rterpark.com