Terkini | New

vivo Melancarkan vivo Y35 di Malaysia dengan Extended RAM 3.0 8GB + 8GB dan Sangat Mampu Milik

vivo Melancarkan vivo Y35 di Malaysia dengan Extended RAM 3.0 8GB + 8GB dan Sangat Mampu Milik.
vivo Y35 memberikan pilihan yang jelas untuk pengguna telefon pintar yang gemarkan keriangan, menyediakan prestasi terbaik dalam kelasnya dengan gaya muda mudi tanpa kompromi dan mesra bajet


Hari ini, vivo melancarkan telefon pintar Y35 mereka, terkini di dalam jenama untuk siri Y yang penuh keriangan dan meriah, mempamerkan ciri-ciri canggih bersama-sama dengan kuasa pemprosesan yang luar biasa. Semua ini datang lengkap dalam rekabentuk yang sangat bergaya namun tahan lasak untuk pengalaman pengguna yang sangat menyeronokkan dan mudah digunakan.

Keriangan digandakan dengan peningkatan storan dalaman dengan ROM 256GB dan Extended RAM 8GB + 8GB, menjadikan peranti ini peranti pertama dengan RAM terbesar telefon pintar dalam julat harga yang sama, serta menggandakan kapasiti tenaga yang disediakan di dalam bateri peranti 5000mAh dan 44W FlashCharge. vivo Y35 juga kalis air IPX4 dan kalis debu IP5X, jadi pengguna tidak perlu risau daripada percikan air atau pengumpulan debu.

Y35 menyediakan pelbagai ciri-ciri yang membawa hiburan ringan dan kekuatan pemprosesan teras kepada fungsi yang lancar bagi aplikasi yang dahagakan kuasa. Mampu milik dan mesra, reka bentuk Y35 yang bertenaga dan riang pasti digemari oleh semua orang.

"Y35 menyediakan akses kepada pengguna telefon pintar masa kini dengan nilai wang yang sangat berbaloi. Dikuasakan oleh pelbagai konfigurasi peringkat teratas dan pengalaman pengguna yang terbaik, Y35 dipadankan dengan harga yang sangat berpatutan. Dengan peranti terbaharu dalam siri vivo Y ini, kami mentakrifkan semula status quo dengan menggabungkan elemen gaya hidup yang suka keriangan dan ciri terbaik dalam kelasnya. Mengutamakan pengalaman pengguna yang menyeronokkan dan intuitif yang serupa seperti spesifikasi yang mengagumkan dalam julat harga ini, anda boleh menyebut 'That’s Y, Memberikan Keseronokan Berganda,” kata Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif vivo.

 

Reka Bentuk Menawan dengan Lengkungan 2.5D dan Paparan FHD 6.58-inci

Y35 serba baharu menampilkan paparan FHD 6.58-inci yang luas dengan resolusi 2408×1080 dan gamut warna P31. Bersama-sama dengan paparan mengasyikkan yang menawarkan kadar pensampelan sentuhan tinggi dan kadar penyegaran sehingga 90Hz untuk tindak balas skrin yang lancar dan serta-merta, paparan ini memiliki kecerahan maksimum 550 nits, mengekalkan keterlihatan dan kejelasan di bawah cahaya matahari terik untuk menonton dengan selesa di luar.

Reka bentuk bingkai rata Y35 yang bergaya mempamerkan tepi berkontur yang elegan dicapai dengan kelengkungan 2.5D dan bucu bulat simetri pada kedua-dua bahagian hadapan dan belakang. Bergaya serta selesa untuk dipegang, permukaan anti-silaunya (AG) yang berkabut merangkumi rasa lembut yang juga tahan lasak terhadap calar dan cap jari.

vivo Y35 juga telah menjalani ujian kualiti yang ketat untuk memberikan pengguna peranti yang tahan lasak terhadap calar, ujian kejatuhan dan keadaan cuaca yang melampau. Penarafan kalis air IPX4 dan kalis debu IP5X menjadikan peranti ini sebagai teman terbaik untuk pelbagai gaya hidup yang menyeronokkan dan mencabar.

Keperluan kunci skrin yang mudah diakses diperolehi menggunakan pengimbas cap jari Y35, disepadukan dengan butang kuasa di sisi peranti, membolehkan pengguna menghidupkan dan membuka kunci telefon secara serentak. Dengan ciri Face Wake, pengguna juga boleh membuka kunci telefon mereka sepintas lalu dengan hanya mengangkatnya.

vivo Y35 boleh didapati dalam dua warna: Agate Black dan Dawn Gold. Agate Black mewakili parut pembelauan dengan satu juta garisan bersaiz mikron yang menghasilkan kontras cahaya dan bayang yang dramatik. Dawn Gold diilhamkan oleh cahaya matahari terbit yang membelai ombak dan meraikan gaya hidup santai dan murni.

 

Prestasi Berkuasa Bertemu Hayat Bateri Panjang

Tunjang utama Y35 ialah pemproses Snapdragon® 680 yang dibina pada proses 6nm peringkat perdana, menawarkan kelajuan maksimum sehingga 2.4GHz untuk memberikan prestasi yang cekap dan berkuasa sambil menjimatkan kuasa. Mengintegrasikan teknologi Extended RAM 3.0 terbaharu vivo, Y35 meluaskan RAM 8GB dengan tambahan memori maya 8GB2 — menjadikan jumlah RAM 16GB untuk pengalaman pengguna yang lebih pantas dan bebas lengah. Keupayaan untuk menjalankan berbilang aplikasi dengan lancar di latar belakang juga disempurnakan oleh algoritma Multi-Turbo 5.5, yang mengoptimumkan kekuatan prestasi dan berbilang tugas dengan menggunakan tenaga yang lebih rendah.

vivo Y35 datang dengan kapasiti storan yang besar iaitu 256GB, serta boleh diluaskan sehingga 1TB3 menerusi reka bentuk tiga slot kad, memberikan pengguna kebebasan untuk memuat turun dan mengambil seberapa banyak foto dan video yang mereka mahu. Selain daripada prestasinya yang luar biasa, Y35 mempunyai bateri besar 5000mAh yang mengekalkan tenaganya sehingga 14.3 jam menstrim filem HD dalam talian, atau 7.05 jam permainan intensif grafik. Dilengkapi dengan FlashCharge 44W, peranti ini mampu mengecas sehingga 70% kuasa yang mencukupi dalam masa 34 minit4 sahaja. Yakinlah, hayat bateri tidak akan membimbangkan.

Terima kasih kepada penggalak audio yang dikemas kini, vivo Y35 menawarkan Audio Hi-Res yang mengasyikkan yang menghasilkan bunyi bertenaga sehingga 72 dB dan boleh laras merentasi 17 tahap, sensitif kepada pelbagai keperluan semua pengguna.

 

Tiga Kamera Belakang Pintar untuk Segala Situasi

Kamera utama 50MP Y35 menggunakan sensor yang besar untuk menghasilkan gambar definisi tinggi yang akan membuatkan pengguna melupakan tentang keperluan kamera kedua5. Kamera bokeh 2MP peranti ini memberikan potret canggih dengan ciri kedalaman dan ketepatan yang lebih tinggi. Dengan kamera makro 2MP, pengguna akan menemui dunia kecil dan menarik yang penuh dengan permata tersembunyi, dengan fokus yang mendekati sependek 4cm. Pengguna akan suka dengan perbezaan dalam kejelasan yang dihasilkan menggunakan kamera hadapan HD 16MP, membolehkan tangkapan bertenaga setiap masa, tidak kira situasi pencahayaan.

Mod Malam Super kamera belakang menggunakan penapis hingar berbilang bingkai untuk membantu pengguna menangkap butiran yang jelas dalam keadaan pencahayaan yang kurang baik. Apabila beberapa sumber cahaya dikesan, teknologi pencerahan Al membantu menangkap gambar yang dilaraskan dengan baik dan seimbang. Dengan algoritma pengurangan hingar pintar Mod Malam Super digabungkan dengan Aura Cahaya Skrin, pengguna akan dapat merakam swafoto dalam gelap dibantu cahaya lembut ambien yang dijana terus daripada telefon.

Potret pada Y35 direka khusus untuk menggabungkan Kecantikan Wajah, suar bokeh dan banyak gaya lain untuk memenuhi keperluan peribadi pengguna dalam tetapan yang berbeza. Apabila anda merakam swafoto atau video swafoto, algoritma Kecantikan Wajah pintar meningkatkan setiap aspek wajah pengguna, menyerlahkan tona kulit dan melicinkan kulit sambil mencantikkan ciri wajah. Pengguna juga boleh melaraskan butiran yang lebih halus secara manual untuk mencapai rupa yang paling boleh menampilkan diri dan personaliti unik mereka.

 

Maklumat Harga dan Ketersediaan

vivo Y35 berharga RM1,099 dan kini boleh didapati secara pra-pesanan di kedai E-rasmi vivo Malaysia dan kedai utama rasmi vivo Malaysia di Shopee dan Lazada.


Pelanggan yang membuat pra-pesanan siri vivo Y35 dari 12 hingga 16 Ogos layak menerima hadiah percuma bernilai sehingga RM547*, termasuk baucar jenama, beg silang sukan vivo, waranti lanjutan 1 tahun dan waranti perlindungan retak skrin selama 1 tahun.