Terkini | New

Lagu Baharu Eksklusif, MILO “Kitalah Juara” Oleh Sahabat-sahabat MILO Sempena #MalaysiaBolehBersamaMILO

Sempena kempen bulan kebangsaan anjuran MILO®, #MalaysiaBolehBersamaMILO tiba ke kemuncaknya pada Hari Malaysia, di Dataran Merdeka.MILO® telah mempersembahkan buat pertama kalinya lagu baharu eksklusif, “Kitalah Juara” yang disampaikan oleh Sahabat-sahabat MILO® - Ayda Jebat, Amir Masdi, Rabbit Mac and Jestinna Kuan pada acara final Kempen #MalaysiaBolehBersamaMILO.


Lagu “Kitalah Juara” diharapkan dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat untuk sama-sama menuju puncak pencapaian tertinggi sebagai sebuah negara atas semangat perpaduan dan kecekalan.



Lagu Kitalah Juara merupakan satu lagu yang ditulis dalam usaha membangkitkan semangat rakyat Malaysia dalam segala urusan yang dilakukan, tidak kira dari segi kerja, sukan mahupun kehidupan peribadi. Di samping itu, lagu Kitalah Juara juga merupakan satu penghargaan kepada atlet-atlet negara yang berlatih tanpa tahu erti putus asa demi mengharumkan nama negara.


Penyanyi lagu Kitalah Juara juga dipilih dengan teliti yang terdiri daripada artis dari pelbagai bangsa untuk melambangkan Malaysia sebagai sebuah masyarakat yang berbilang kaum. Apa yang menarik lagu ini dihasilkan oleh individu yang telah bersama membesar dengan MILO®️ dan mempercayai semangat 'Malaysia Boleh' yang telah diketengahkan oleh MILO®️ sejak tahun 1993.


Sebagai seorang penggemar MILO®️ sejak umur 7 tahun lagi, ini bagi saya, adalah suatu projek impian sejak saya mula berkecimpung dalam dunia muzik dan hiburan. Moga lagu ini akan memberikan impak positif kepada rakyat Malaysia ketika apa jua kesusahan yang mereka lalui, Prashan, Melakaboy



Lagu Kitalah Juara dihasilkan dengan hanya mengambil masa 2 hari dan melibatkan individu yang berbakat besar dalam bidang seni. Antaranya seperti Ayda Jebat, Melakaboy, Jee Yann, Rabbit Mac & Adam Sang. Penghasilan lagu ini diharapkan dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat untuk sama-sama menuju puncak pencapaian tertinggi dalam
menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan harmoni.


‘Kitalah Juara’ akan dilancarkan secara rasmi pada Jumaat, 23 September 2022 di semua platform. Untuk muzik video boleh tonton dari Youtube Channel Rasmi Ayda Jebat pada hari yang sama. Kempen #MalaysiaBolehBersamaMILO telah bermula dari hujung bulan Ogos yang lalu melalui siri jelajah van MILO®️ ikonik bagi meraikan semangat perpaduan dan muhibah bersama MILO



“Kami amat menghargai sokongan padu rakyat Malaysia terhadap kempen #MalaysiaBolehBersamaMILO sehingga menjadikan acara kemuncak ini sambutan Hari Malaysia yang terbesar dan paling tidak dapat dilupakan dalam sejarah penganjuran kami. Sebagai jenama yang telah berkembang bersama negara dan dekat di hati jutaan rakyat selama lebih 70 tahun, kami akan terus membekalkan tenaga kepada rakyat dengan kebaikan khasiat MILO® untuk bertahun-tahun lagi lamanya. Semoga semangat Malaysia Boleh akan terus membara dan mendorong rakyat Malaysia untuk melangkah lebih jauh dalam kehidupan mereka, tidak kira apa jua yang ingin dicapai,” kata Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan – MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad.



Untuk maklumat lanjut dan aktiviti-aktiviti kempen, ikuti MILO® Malaysia dan #MalaysiaBolehBersamaMILO di media sosial atau layari www.milo.com.my.