Terkini | New

Majlis Pelancaran Akademi Raja Azrey Dan Sesi Tandatangan Kontrak Pementasan Teater 7 Wahyu

Majlis Pelancaran Akademi Raja Azrey Dan Sesi Tandatangan Kontrak Pementasan Teater 7 Wahyu

Tahniah kepada Akademi Raja Azrey yang telah berjaya menandatangai Kontrak Pementasan Teater 7 Wahyu. Untuk maklumat semua Akademi Raja Azrey adalah sebuah program yang di kendalikan oleh syarikat Pondok Karya Kreatif iaitu milik Raja Azrey Akademi ini telah ditubuhkan pada September 2019 dimana setiap program dilaksanakan secara bersiri.

Penyerahan kontrak pementasan teater 7 Wahyu kepada Raja Azrey (kanan) oleh Dato Seri Shariff Nur Muhammad Madahros Al-Aydrus (tengah) bersama Dato Seri Amar Sadewa Raja Indera Irwan Iskandar Shah Saifullah Al- Maslul.


Akademi ini juga mewujudkan kelas lakonan sebagai pendedahan persiapan tentang bagaimana mereka ingin menjadikan lakonan sebagai karier mereka. Setiap peserta yang berdaftar wajib mengikuti dua sesi kelas iaitu teori dan praktikal.


Sesi pertama iaitu sesi di dalam kelas menekankan teknik lakonan yang betul, intonasi dialog, mengenal shot, bacaan skrip dan keperluan yang perlu diadakan sebelum seseorang itu masuk ke set penggambaran. Sesi kedua pulak adalah sesi praktikal yang mana skrip dan watak yang telah diberikan harus diterjemahkan di set penggambaran.


Disinilah kesemua mereka dapat merasai pengalaman yang jarang-jarang sekali mereka perolehi. Kerana penggambaran yang dijalankan sama seperti produksi professional di luar sana. Akademi Raja Azrey ini telah bertapak di dua buah Negeri iaitu Kuala Lumpur dan Kedah.


Sepanjang 3 tahun ini juga sebanyak 10 buah drama telah berjaya dihasilkan 6 di Baling ,Kedah, 3 di Gurun Kedah dan Satu di Cheras. Kesemua drama ini hanya di tayangkan di platform Youtube rajaazreytvchannel sebagai profil para peserta yang terlibat.


Majilis turut menyaksikan lakonan dari pelajar Akademi Raja Azrey berjudul Telefilem BUDAK CHERAS "Black Area" - Arahan Raja Azrey (2022) di YouTube Rasmi RajaAzreyTV Channel. Suasana bertambah meriah melihat watak lakonan ditonton bersama tetamu yang hadir, jemputan kenamaan dan pelajar Akademi Raja Azrey.



Telefilem BUDAK CHERAS "Black Area" berkisahkan budak cheras yang penuh dengan konflik dan sosial remaja yang akhirnya membawa kepada tragedi yang tidak di sangka lakonan oleh pelajar-pelajar Akademi Raja Azrey.





Raja Azrey bersama pelajar-pelajar Akademi Raja Azrey.

Kerjasama Dana RM 1.5 juta.
Di majlis yang sama juga, satu persetujuan telah dimetrai diantara Akademi Raja Azrey Pertubuhan Rangkaian Pembangunan Pendidikan Dan Sosial Malaysia serta Geliga Opera Merah dengan penyaluran dana sebanyak RM1.5 juta melalui Geliga Opera Merah agar dapat menjadi pemangkin kepada usaha pembangunan bagi institusi Akademi Raja Azrey.


Dengan persetujuan ini , satu usahasama Pementasan Teater 7 Wahyu akan berlangsung diantara Pertubuhan Rangkaian Pembangunan Pendidikan Dan Sosial Malaysia dengan Geliga Opera Merah serta Mayrose Empire Sdn Bhd yang juga sebagai anak syarikat Kumpulan Astana’hu Sdn Bhd yang telah diamanahkan bagi pengurusan dana dibawah kolaborasi kepada keseluruhan projek pementasan ini secara rasminya dan juga menampilkan keterlibatan sebahagiannya dari peserta-perserta Akademi Raja Azrey.

Keterampilan karya idealogi dakwah dari Rumah Adat Waris Keturunan Baginda Rasullullah yang dipimpin oleh Yang Amat Mulia Dato’ Sri Shariff Nur Muhammad Al-Aydrus pada bulan November 2022 ini.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web dan laman sosial di:

Facebook Group : Akademi Raja Azrey (ARA)
Instagram : @rajaazrey