Terkini | New

Filem Aksi Sayap Sayap Patah Yang Berdasar Kisah Benar Penuh Dramatik Menanti Anda Di Pawagam 13 Oktober 2022

Filem Aksi Sayap Sayap Patah Yang Berdasar Kisah Benar Penuh Dramatik Menanti Anda Di Pawagam 13 Oktober 2022


Sayap Sayap Patah adalah sebuah filem aksi Indonesia tahun 2022 yang diarahkan oleh Rudi Soedjarwo. Filem yang dilakonkan Nicholas Saputra dan Ariel Tatum ini berdasarkan kisah benar dari peristiwa kerusuhan berdarah di Mako Brimob pada tahun 2018. Filem ini ditayangkan pawagam Indonesia pada 18 Ogos 2022 dan kini dibawa ke Malaysia untuk tontonan semua.


Penulis Denny Siregar, selaku produser eksekutif filem ini, berharap supaya tragedi tersebut tetap diingat sebagai sejarah. Filem ini melibatkan Monty Tiwa, Eric Tiwa, dan Alim Sudio sebagai penulis serta mempertemukan kembali Rudi Soedjarwo dan Nicholas Saputra setelah film Ada Apa dengan Cinta? (2002).




Nicholas melakonkan watak Aji iaitu salah seorang anggota Densus 88 yang juga suami kepada Nani memainkan watak Ariel Tatum. Turut membintangi filem ini adalah rapper terkenal Indonesia Iwa K serta dibantu dengan baik oleh Popi Sovia, Ariyo Wahab, Edward Akbar, Dewi Irawan, Revaldo dan ramai lagi.



Sinopsis Sayap Sayap Patah
Sayap Sayap Patah adalah filem aksi dan romantik yang mengisahkan kisah cinta pasangan suami isteri yang merupakan anggota keselamatan dalam pasukan khas Densus 88 dan Nani. Kerjaya Aji yang selalu berada di barisan hadapan dalam membenteras pengganas membuat Nani yang sarat hamil anak pertama sentiasa dalam kebimbangan


Cabaran getir menjaga keamanan tetap diteruskan demi untuk mempertahankan negara termasuklah untuk bersama isteri dan keluarga tercinta. Ketika tayangan di Indonesia Ogos lalu, filem ini berjaya mengutip sebanyak RM40 Juta dan mendapat pelbagai komen dan kritikan yang positif daripada penonton.

Amir Masdi turut berbangga dipilih menyanyikan Soundtrack Filem "Sayap Sayap Patah" dan menyanyi kan Lagu "Ku Tunggu Senyuman Mu". Anda boleh menonton nyanyian beliau di https://m.youtube.com/watch?v=gEYATII6-zw&feature=share

Filem Sayap Sayap Patah akan mula ditayangkan di semua pawagam Malaysia bermula 13 Oktober 2022.