Terkini | New

KOPETRO Raikan Ejen Dan Pengedar Sempena Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Beli Dan Menang LENGQUAS.

KOPETRO Raikan Ejen Dan Pengedar Sempena Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Beli Dan Menang LENGQUAS.



Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad ( KOPETRO ) telah menganjurkan sebuah Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Beli & Menang LengQuas di Flora Terrace @ Hampshire Place , Jalan Tun Razak , Kuala Lumpur. Tahniah kepada semua pemenang yang berjaya menerima hadiah-hadiah menarik.

 

Majlis berlangsung dengan meriah dan hidangan pelbagai juadah enak serta aktiviti pentas, telah dihadiri oleh barisan pengurusan KOPETRO , jemputan - jemputan khas , rakan - rakan niaga , wakil - wakil media serta pemenang - pemenang yang terdiri daripada pengedar - pengedar dan ejen - ejen LengQuas.


Kempen Beli & Menang LengQuas telah berlangsung pada 15 Julai 2022 sehingga 30 Oktober 2022 yang lalu , menawarkan pelbagai hadiah lumayan jenama Xiaomi bernilai lebih RM30,000 . Ejen dan pengedar masing - masing mempunyai kriteria yang perlu dipenuhi bagi memenangi hadiah yang ditawarkan seperti membuat pembelian produk sekurang - kurangnya 10 karton bagi kategori ejen dan 100 karton bagi kategori pengedar . Selain daripada itu , ejen jualan yang mencapai sasaran jualan tertinggi juga bakal menerima ganjaran berupa hadiah utama bagi kempen ini .


Memetik ucapan Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO , Ahmad Shakir bin Ahmad Ubaidah , ' Beli & Menang ' adalah sebuah kempen bagi menggalakkan persaingan yang sihat di kalangan ejen - ejen dan pengedar - pengedar LengQuas dalam usaha mempertingkatkan jualan dan memperluaskan pasaran LengQuas . 


Sehingga awal tahun ini , LengQuas telah pun mempunyai hampir 800 ejen jualan di seluruh negara yang terdiri daripada kafe - kafe , stesen - stesen minyak , kedai - kedai serbaneka dan pasaraya - pasaraya ternama . " KOPETRO akan terus komited merancang projek - projek perniagaan berimpak tinggi untuk diceburi bagi memacu sektor ini ke arah berpendapatan tinggi dan seterusnya menyumbang kepada pendapatan syarikat dan rakan - rakan niaga kami yang tidak putus - putus memberikan sokongan . " ujar Ahmad Shakir .



Pada majlis tersebut , LengQuas turut memperkenalkan produk terbaharu , iaitu hidangan makanan pra masak dan diantara menu - menu popular LengQuas  terdiri daripada Daging Masak Hitam , Daging Dendeng , Ayam Cili Padi dan Paru Goreng Berlada . Berbanding hidangan sejuk beku sedia dimakan yang telah dipasarkan sebelum ini ,


Produk baharu ini menggunakan teknologi terkini iaitu sistem terma dikontaminasi yang memboleh produk disimpan pada suhu bilik . LengQuas merupakan jenama di bawah KOPETRO Food Sdn . Bhd, anak syarikat milik KOPETRO , mula dipasarkan sejak tahun 2019 dan telah menempah nama sebagai sebuah jenama makanan sejuk beku yang menawarkan pelbagai juadah tempatan.

LengQuas ini adalah jenama pertama keluaran koperasi yang telah berjaya menerima anugerah The Brand Laureate e - Branding Awards 2020 bagi kategori makanan dan minuman produk sejuk beku . Selain diiktiraf dengan sijil HACCP ( Hazard Analysis and Critical Control Points ) dan GMP ( Good Manufacturing Practice ) daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan ( BKKM ) , Kementerian Kesihatan Malaysia , produk LengQuas turut mempunyai pensijilan Halal , MESTI dan Buatan Malaysia.



Untuk maklumat lanjut sila layari akaun @ lengquas.official di Facebook dan Instagram , layari laman web www.kopetrofood.com.my atau hubungi 017-319 5764 untuk maklumat lanjut dan promosi - promosi terkini mengenai LengQuas


MENGENAI KOPERASI

KAKITANGAN PETRONAS BERHAD ( KOPETRO ) Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad 
( KOPETRO ) telah ditubuhkan pada 30 Oktober 1980 dianggotai lebih 15,000 kakitangan PETRONAS dan anak syarikatnya . KOPETRO terlibat dalam empat bidang perniagaan utama iaitu Servis Kewangan , Pelancongan dan Perhotelan , Makanan dan Minuman dan juga Perdagangan dan Peruncitan . 

Ditubuhkan lebih 40 tahun yang lalu , kini KOPETRO berada di kedudukan 2 Koperasi Terbaik di seluruh Malaysia . KOPETRO juga telah menerima dua anugerah berprestij pada tahun 2020 , anugerah oleh The Brandlaureate bagi kategori SMEs Bestbrands E - Branding Award dan juga Lang International Corporate Titan Awards. Akaun Media Sosial Facebook : https://www.facebook.com/kopetroberhad Instagram : https://www.instagram.com/kopetroberhad