Terkini | New

KARNIVAL “MUSIM SEJUK” SPRITZER 2022

KARNIVAL “MUSIM SEJUK” SPRITZER 2022

Keseronokan percutian akhir tahun di Spritzer EcoPark


Sambutan akhir tahun SPRITZER kembali pada tahun ini dengan tema “Musim Sejuk” selepas dua tahun pandemik COVID-19! Hasrat syarikat adalah untuk menyebarkan keceriaan percutian dan kebersamaan untuk keluarga dan rakan-rakan. Melainkan hiasan-hiasan yang cantik, karnival kali ini juga terdapat berbagai aktiviti yang menarik. Orang ramai amat dialu-alukan untuk mengunjungi Spritzer EcoPark dari 16 Disember 2022 hingga 1 Januari 2023.

Sepohon Pokok Krismas Gergasi setinggi 28 kaki didirikan dengan sebahagiannya diperbuat dari botol Spritzer Sparkling dan Air Mineral Semulajadi Spritzer yang dikitar semula. Ahli keluarga dan rakan-rakan boleh merakamkan kenangan indah yang bersuasana Krismas di struktur berbentuk kubah ("Igloo").



“Musim salji” kembali ke Taiping, Perak selepas dua tahun. Sesi salji akan diadakan pada hari tertentu, dengan empat sesi setiap hari, dan setiap sesi berlangsung selama 30 minit.

Tarikh turun salji: 16, 17, 18, 23, 24, 25 Disember 2022
Masa sesi: 6:30 petang., 8:00 malam., 9:00 malam., 10:00 malam.

Aktiviti Karnival "Musim Sejuk" yang lain termasuklah buih belon gergasi (“Giant bubble”), kart pedal, golf mini, stesen permainan pesta keriangan seperti “Flip the Bottle”, “Toss the Ring” dan banyak lagi! Anda juga boleh membuat kraftangan Krismas anda dari bahan kitar semula.

Makanan dan minuman tidak ketinggalan semasa karnival. Popcorn buatan Spritzer EcoPark dan minuman istimewa Tropical Fizz yang dibancuh menggunakan Spritzer Sparkling sentiasa disyorkan dan menjadi pilihan untuk pengunjung bersantai sambil menikmati aktiviti luar.


Bengkel khas akan diadakan untuk membuat biskut halia (“Gingerbread”) dan bebola tepung pulut yang lazat. Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai bengkel-bengkel dalam tempoh yang tersenarai, dan pra-tempah tidak diperlukan!

Bengkel biskut halia: 23-25 ​​Disember 2022 (5:00 petang - 10:00 malam)
Bengkel bebola tepung pulut: 16-18 Disember 2022 (5:00 petang. – 10:00 malam.)

Spritzer menggalakkan penggunaan semula dan kitar semula bahan-bahan demi pemuliharaan dan kelestarian alam sekitar melalui eko-pelancongan di Taiping. Sekali lagi, Spritzer ingin menyampaikan jemputan kepada orang ramai untuk melawat ke Spritzer EcoPark dan ingin mengucapkan selamat becuti kepada semua! Jumpa anda semua di sini!

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.spritzer.com.my