Terkini | New

Pembuka Tirai 2023 - TV ALHijrah Sajikan Program Bernadakan Kalam Al-Quran

Pembuka Tirai 2023 - TV ALHijrah Sajikan Program Bernadakan Kalam Al-Quran

Sesi Sembang Santai Berlangsung Bersama KPE CEO TV AlHijrah di EDC Hotel Kuala Lumpur


Sebagai pembuka tirai 2023 kali ini TV ALHijrah akan menyajikan program yang bernadakan kalam Al-Quran. Sesi Sembang Santai Berlangsung Bersama KPE CEO TV AlHijrah di EDC Hotel Kuala Lumpur bagi memberi maklumat dan informasi terkini perjalanan terbaru 2023. 


Antara 5 program yang akan disajikan kepada semua penonton kali ini adalah QURAN@114, AKADEMI QURRA’, QAWIY WUZ HERE, ASSALAMUALAIKUM AN-NISA’ dan KEMBARA MAHSYAR.

1. Rancangan QURAN@114
Tadabbur, Tajwid, Taranum

Nabi Muhammad S.A.W bersabda maksudnya: “Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari al-Quran dan yang mengajarkannya” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim). Berdasarkan hadith ini, jelaslah akan peri pentingnya mendalami al-Quran, mempelajari isi kandungannya serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Oleh yang demikian, TV AlHijrah terpanggil untuk menerbitkan sebuah program baru iaitu QURAN@114.


QURAN@114 adalah rancangan berorienetasikan TADABBUR al-Quran dengan suntikan ilmu TAJWID dan TARANUM al-Quran.

OBJEKTIF:
✓ Melahirkan masyarakat yang mampu mentadabbur ayat-ayat al-Quran dengan mudah.
✓ Meningkatkan penghayatan dan khusyuk dalam beribadah menerusi kefahaman terhadap intipati al-Quran.
✓ Menjadikan intipati al-Quran sebagai agen perubahan postif dalam kehidupan insan.
✓ Pemudah cara Tahsin al-Quran.

PENTADABBUR:
1. IM Hassan
2. Ustaz Dr. Shamsul Mohd Noor
3. Prof Sharifah Hayaati Syed Ismail
4. Ustazah Isfadiah Mohf Dusuki

QARI / QARIAH:
1. Ustaz Husaini Mahmur
2. Ustaz Fahmi Asraf Razali
3. Ustazah Aisyah Baa’in
4. Ustazah Nur Ruzana Natiah Jaafar

BERMULA 1 JANUARI 2023:
Waktu : 11 pagi
Isnin- Jumaat : Tadabbur
Sabtu : Tajwid
Ahad : Taranum/Tartil


Akademi Qurra’ bermatlamat melahirkan Hamilul Quran iaitu pendokong al-Quran yang mempelajari kalamnya, memahami maknanya serta mengamalkannya. (lafdzan, ma'nan, 'amalan).

2. Rancangan Realiti Televisyen
AKADEMI QURRA’

AKADEMI QURRA’ adalah Pertandingan Mengaji Realiti Televisyen yang bermatlamat melahirkan generasi Qurani yang menjadi pelapis kepada asatizah bidang al-Quran. Seramai 12 peserta akan mendalami ilmu al-Quran dalam tempoh 10 minggu yang penuh warnai warna, namun hanya seorang peserta yang benar-benar memahami intipati al-Quran akan diumumkan sebagai pemenang.

Syarat utama penyertaan : Peserta haruslah berusia 17 tahun ke atas, lelaki dan wanita yang tidak pernah memasuki mana-mana pertandingan TV. Kesemua 12 peserta ini akan menimba ilmu bersama para mentor telatih untuk mengasah keupayaan mereka dalam bidang tajwid dan taranum, terjemahan al-Quran, fasohah (kefasihan dalam sebutan) dan persembahan.

✓ Juri tetap : Ustaz Tarmizi Abdul Rahman
✓ Mentor : Ustazah Farhatul Fairuzah, Ustaz Ammar Mukhlis & Ustaz Furqan Fawwaz
✓ Hos Pentas : Fakhrul UNIC

TRIVIA AKADEMI QURRA’:
✓ Akademi Qurra’ akan memulakan siaran pada 28 Jan 2023, setiap Sabtu, jam 9 malam.
✓ 12 peserta bersaing selama 10 minggu untuk bergelar juara. Penyingkiran akan diadakan pada setiap minggu.
✓ 3 Mentor akan menjadi tulang belakang yang membimbing kesemua peserta.
✓ Tugasan utama: peserta akan menyampaikan bacaan surah dari juzuk akhir al-Quran (juz amma) dengan tajwid berserta tarannum secara murattal.
✓ Tugasan sampingan: taranum challenge, soalan tajwid, terjemahan ayat.
✓ Juara akan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM50,000.00, trofi, sijil serta hadiah sampingan.
✓ Ujibakat diadakan secara atas talian. Kelas pengajian secara atas talian telah bermula sebulan sebelum rancangan bermula.



3. QAWIY WUZ HERE
Terjah Al-Quran Sambil Travel

Qawiy Wuz Here tampil berbeza dengan rancangan yang pernah diterbitkan di TV AlHijrah sebelum ini. Pempengaruh yang semakin dikenali ramai, Qawiy akan membawa penonton melawati tempat-tempat pelancongan menarik di Selangor sambil mempelajari dan menghafal surah-surah pendek di dalam al-Quran.


Menariknya, konsep terjah al-Quran turut digunapakai setiap kali Qawiy bertemu dengan orang awam yang berani menyahut cabaran membaca surah-surat dari al-Quran. Qawiy akan ‘menebuk’ mana-mana surah atau potongan ayat dari kitab suci lantas meminta mereka untuk menyambung bacaan tersebut.


Rancangan ini mahu membantu penonton untuk menjadikan percutian bersama yang tersayang menjadi percutian ilmiah, yang menitikberatkan keperluan nurani dan jasmani. Program travelog santai ini turut membawa penonton mengeksplorasi makanan tempatan viral di di sekitar Selangor, antaranya di Klang, Hulu Langat, Kuala Langat dan Kuala Selangor. Istimewanya, rancangan ini akan memulakan siarannya pada 28 Januari 2023, setiap Sabtu, jam 6 petang, hanya di aplikasi AlHijrah Plus.

“Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat menjadi pemberi syafaat bagi orang-orang yang bersahabat dengannya.”

Hadith Riwayat Muslim.

✓ Abdul Qawiy Abd Rashit
✓ 26 Tahun
✓ Mendapat pendidikan formal al-Quran di Madrasah Nurul Ilmu Shah Alam seterusnya di Madrasah Darul Uloom Zakariyya, Johannesburg, Afrika Selatan.


4. Bual Bicara Pagi
ASSALAMUALAIKUM AN-NISA’
Inspirasi ketokohan Saidatina Khadjah R.A

TV AlHijrah memotivasikan pagi penonton dengan menyiarkan Assalamualaikum An-Nisa’, sebagai sarapan jiwa. Assalamualaikum An-Nisa’ adalah program berkonsepkan halaqah yang membicarakan isu-isu seputar kehidupan wanita. Objektif utama penerbitan rancangan ini adalah untuk memberikan panduan dan pandangan peribadi kepada para penonton dalam menjadi mukminah solehah.


Rancangan ini juga menonjolkan ketokohan wanita muslimah dalam pengurusan kehidupan bermula dari keluarga, kerjaya & peranan mereka dalam masyarakat sehingga boleh dijadikan ikon dalam Islam.

Assalamualaikum An-Nisa’ disiarkan pada setiap hari, bermula jam 9-10 pagi dengan penampilan istimewa barisan figura hebat yang boleh dijadikan inspirasi kepada masyarakat.

Hos : Amie Sofea, Ustazah Muzayyanah, Hana Ismail, Farrah Adeeba, Dewita Susila, Farah Diana.




5. KEMBARA MAHSYAR:
Rancangan adaptasi dari novel Kembara Mahsyar

Bermula 3 Februari 2023, rancangan Kembara Mahsyar akan membawa penonton menelusuri sebuah perjalanan kerohanian dalam kehidupan manusia dengan 13 hentian yang penuh pancaroba. Pelbagai rahsia akan dibongkar, keajaiban akan diperlihat dan kelebihan akan dikongsi bermula dari manusia diciptakan sehinggalah ke Alam Mahsyar yang akan menjadi penentuan abadi.

Kembara Mahsyar memberi mesej yang jelas iaitu manusia diberi kebebasan untuk mencorakkan ragamnya sejak di dunia lagi supaya berada di dalam keadaan yang selamat ketika menghadapi pelbagai ragam di Padang Mahsyar kelak.

Rancangan ini adalah adaptasi novel karya Faris Zulkarnane yang telah memenangi Anugerah Buku Negara (Buku Umum Terbaik Kategori Agama). Penyampaian rancangan ini menitikberatkan penceritaan menarik dan berkesan. Disokong dengan lantunan bacaan al-Quran, monolog, zikir, munajat dan syair.

Objektif Penerbitan:
✓ Melahirkan penonton yang bertaqwa dan sentiasa bersedia untuk menjalani kehidupan selepas kematian.

Pengacara Rancangan:
✓ Ustaz Zul Ramli

Topik Kupasan:
1. Perjanjian Yang Dilupakan
2. 9 Bulan 10 Hari
3. Bila Izrail Datang Memanggil
4. Hari Kiamat Datang Memanggil
5. Kehidupan Semula
6. Jambatan Halus dan Tajam
7. Syurga Yang Dirindukan

Siaran:
✓ 13 episod, 30 minit, setiap hari Jumaat


Antara tetamu yang turut bersama hadir adalah IM muda hasan, Ustaz Husaini, Saifulizam (Penerbit), Fakrul UNIC, Qawy, Hanan(penerbit), Faris Zulkarnane (pengarang buku), Ustaz Zul Ramli , Amie Sofea, Myza (penerbit) memeriahkan lagi sembang santai Pembuka Tirai 2023 dan berharap mendapat sokongan semua pihak bagi memastikan program-program berjalan dengan lancar.


TV AlHijrah berbangga menjadi perintis yang membentuk penyiaran kandungan Islam dengan mengekalkan standard yang tinggi dalam program-program yang diterbitkan. Malah menjadi perintis stesen berteknologi digital dan aplikasi penyiaran  dalam industri penyiaran tempatan. 

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web dan laman sosial di :