Terkini | New

KUMPULAN SURIA KLCC RAI SAMBUTAN TAHUN ARNAB SEMPENA CNY 2023

KUMPULAN SURIA KLCC RAI SAMBUTAN TAHUN ARNAB SEMPENA CNY 2023

Dekorasi pecah rekod terulung yang membawa nafas nostalgia meriahkan sambutan Tahun Baharu Cina di Suria KLCC



Bermula dari 2 Januari sehingga 5 Februari, Suria KLCC diserikan dengan hiasan mega yang bakal membawa para pengunjung untuk merasai pengalaman berada di kawasan bersejarah negara China untuk kempen sambutan Tahun Baharu Cina.



Untuk Tahun Arnab kali ini, Suria KLCC mengambil kesempatan untuk memaparkan Replika Arnab Terbesar di Malaysia yang Disaluti Syiling Emas seperti yang diiktiraf oleh “Malaysia Book of Records 2023”. Replika mega yang tersergam indah ini akan di paparkan di KLCC Esplanade.



“Budaya kekeluargaan, permuafakatan dalam menikmati tradisi dan kemakmuran adalah konsep yang mendefinasikan sambutan Tahun Baharu Cina di Suria KLCC. Pihak kami telah bekerja keras untuk memastikan para pengunjung dapat menikmati pelbagai pengalaman menarik di pusat beli belah kami sepanjang tempoh sambutan perayaan.


“Dengan dekorasi yang diinspirasikan dari kawasan bersejarah seperti “Pingle”, “Dali” dan juga “Lijian”, “Centre Court” Suria KLCC akan berubah menjadi seperti bandar purba di Negara China” ucap Andrew Brien, Ketua Pengarah Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.



Dekorasi yang berkonsepkan zaman lalu ini akan membawakan hiasan menara pintu gerbang tradisi masyarakat cina sebagai hiasan tengah yang akan dikelilingi oleh struktur replika bangunan kayu bagi menonjolkan lambang seni-bina yang lazim dalam masyarakat Cina.


Para pengunjung yang sedang bersiap siaga untuk menyambut sambutan Tahun Baharu Cina pada 22 Januari ini berpeluang untuk mendapatkan pelbagai keperluan sambutan yang mana, dekorasi bandar bersejarah itu juga digandingkan dengan bazar yang menyediakan pelbagai barangan.


Pengunjung juga berpeluang untuk bergambar bersama elemen tradisi masyarakat cina seperti beca dan juga tanglung merah yang bakal menghiasi seluruh kawasan dekorasi bagi mencetuskan suasana yang meriah.


Dekorasi prop gambar yang membawa tema sambutan juga akan dihiasi di “Ramlee Mall”. Para pengunjung boleh merakam detik indah bersama yang tersayang dengan bergambar di ruang “photobooth” yang akan mengedarkan cetakan foto fizikal dan foto dalam talian secara percuma.


Selain dari hiasan bandar bersejarah masyarakat China, pengunjung juga berpeluang untuk berkongsi aspirasi dan azam tahun baharu mereka di “Wishing Tree”. Bagi mengimarahkan musim perayaan ini, sumbangan kewangan yang dilakukan di “Wishing Tree” akan didermakan kepada rakan NGO Suria KLCC untuk meneruskan agenda Kesedaran Kesihatan Mental.



Dekorasi sungai interaktif yang akan dipenuhi dengan ikan koi maya akan memberi peluang kepada para pengunjung untuk menyampaikan hajat. Di sini, para pengunjung akan melalui pengalaman untuk membalikkan syiling maya melalui skrin tablet ke dalam sungai tersebut.



Bukan sahaja dekorasi zaman silam yang menjadi lambang kemeriahan sambutan di Suria KLCC, para pengunjung bakal disajikan dengan persembahan Tarian Singa di “Centre Court” pada 7, 14, 21, 22 dan 23 Januari pada jam 2 petang sementara persembahan Akrobatik Tarian Singa akan diadakan di “Esplanade” pada 8, 10, 15, 22 dan 23 Januari pada jam 5 petang.


Sempena Kempen Tahun Baharu Cina, Suria KLCC akan melancarkan e-Baucar Beli Belah Suria KLCC (Suria KLCC e-Vouchers). Selaras dengan rancangan untuk memperkenalkan “e-Voucher” dan juga pelancaran ganjaran perayaan, para pembeli yang berbebelanja RM1,500 dan ke atas melalui dua resit dari pelbagai kedai terpilih bermula dari 2 sehingga 20 Januari berpeluang untuk menerima SKLCC eVouchers yang bernilai RM100 dan juga set ekslusif sampul merah Suria KLCC.


Selain daripada itu, 200 pembeli utama yang membuat pembelian bernilai RM1,000 nilaian SKLCC e-Vouchers semasa kempen perayaan berlangsung, bakal menerima e-Vouchers tambahan yang bernilai RM100.



“Bagi memeriahkan lagi pengalaman beli-balah untuk sambutan tahun baru anda di Suria KLCC, pihak kami menjemput para pelanggan untuk rebut promosi pengenalan ini,” tambah Brien.


PUSAT BELI BELAH ALAMANDA

Kempen sambutan Tahun Baharu Cina di Pusat Beli-Belah Alamanda bakal berlangsung dari 1 hingga 24 Januari juga akan memaparkan dekorasi serupa yang membawa tema “Bandar Bersejarah Masyarakat China” bagi menyemai perasaan nostalgia.


Sepanjang tempoh kempen, para pembeli berpeluang untuk merebut pelbagai ganjaran beli-belah. Bermula dari nilai perbelanjaan RM600 dan keatas melalui dua resit dari pelbagai kedai terpilih, pembeli akan menerima sekeping baucar beli-belah Alamanda bernilai RM30. Bagi mereka yang berbelanja RM1,500 dan keatas melalui dua (2) resit dari kedai terpilih, akan menerima sekeping baucar beli-belah Alamanda yang bernilai RM80.

Persembahan yang bertemakan perayaan bakal dipertontonkan kepada para pengunjung. Bagi menekankan semangat kasih sayang yang simbolik dengan perayaan Tahun Baharu Cina, pihak Pusat Beli Belah Alamanda akan mempersembahkan Tarian Singa Arkobatik yang bertenaga. Pada malam pertama Tahun Baharu Cina, para pembeli berkesempatan untuk menyaksikan Tarian Naga Bersama lampu LED.


Para pembeli juga bakal dipersembahkan dengan satu persembahan luar biasa yang mana penghibur bakal mengenakan kostum dan topeng tradisi opera cina yang lengkap. Tidak kurang dari itu, para pembeli juga bakal dipersembahkan dengan tarian kebudayaan masyarakat cina oleh penari profesional.

Selain dari peluang untuk menyaksikan pelbagai persembahan, para pembeli juga boleh menyertai pertandingan untuk menguji tahap kreativiti mereka dengan membuat “tanglung” menggunakan sampul merah Tahun Baharu Cina. Pembeli terpantas yang dapat menyiapkan tanglung tersebut berdasarkan contoh replika akan memenangi pertandingan tersebut dan tiga (3) pemenang lain akan menerima baucar beli-belah Alamanda yang bernilai RM30.


Tidak ketinggalan, pengunjung kanak-kanak juga boleh menyertai bengkel tersedia seperti bengkel wayang kulit masyarakat cina, tanglung cina dan juga bengkel kraftangan yang akan dianjurkan oleh VIKids. Setiap ahli VIKids berpeluang untuk menyertai bengkel yang disediakan.

MESRA MALL

Sementara itu di Pusat Beli Belah Mesra yang berlokasi di Kemaman, dekorasi yang bertemakan “Tahun Arnab” akan menghiasi “Centre Court”. Kempen yang bakal berlangsung bermula dari 2 hingga 22 Januari tersebut membuka ruang untuk para pelanggan yang berbelanja RM350 atau lebih melalui 2 resit dari pelbgai kedai terpilih untuk menerima set hadiah premium Tahun Baharu Cina yang merupakan set mangkuk bersama “chopsticks”. Pada 21 dan 22 Januari, persembahan istimewa Tahun Baharu Cina akan dipersembahkan kepada pengunjung untuk memeriahkan lagi suasan perayaan.


Para pembeli berpeluang menikmati Tarian Singa Akrobatik yang akan diiringi oleh persembahan gendang selain dari persembahan “Face-Changing”. Persembahan ini bakal di adakan di “Centre Court”.

Bengkel kraf arnab juga akan disediakan untuk ahli VIKids sertai. Bengkel ini bakal berlangsung bermula dari 13 hingga 14 Januari. Bengkel ini diadakan khusus untuk penyertaan ahli VIKids sahaja. Bagi kanak-kanak yang belum menjadi ahli, boleh membuat pendaftaran sebelum aktiviti berlangsung dengan perbelanjaan yang bernilai RM50.

Untuk maklumat lanjut dan terkini, sila layari :
i. Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall
ii. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
iii. Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall

Tiada ulasan

Travel Blogger, Event, and Malaysia Food networking
Please send me a message at dboyfotopages@gmail.com.
Thank you for comment :)