Terkini | New

Buffet Ramadan 2023 "Santapan Di Raja" Restoran Rebung Chef Ismail

Buffet Ramadan 2023 "Santapan Di Raja" Restoran Rebung Chef Ismail



Pakej Bufet Ramadhan Restoran Rebung 2023 akan berlangsung sepanjang tempoh bulan Ramadan, bermula dari 23 Mac hingga 20 April 2023. Berikut merupakan sedikit maklumat mengenai tempahan berbuka puasa di Restoran Rebung.


Tema untuk tahun 2023 ini adalah “Santapan Di-Raja”. Terdapat lebih daripada 90 jenis makanan untuk santapan pelanggan yang berkunjung ke Restoran Rebung pada bulan Ramadan nanti. Bermula daripada makanan pembuka selera sehinggalah ke pencuci mulut. 



Masih mengekalkan sajian utama kami iaitu daging salai masak lemak cili api,ikan patin masak tempoyak, pari masak asam pedas dan lain-lain. Sambil pelanggan menjamu selera, pelanggan akan dihiburkan dengan persembahan ghazal dari kumpulan Orkes Melayu Rojer.


Antara kemudahan-Kemudahan Yang Terdapat Di Restoran Rebung

Ruang makan yang mampu menampung kapasiti sehingga 450 orang pada satu masa. mengikut Terdapat juga bilik-bilik seperti Orange Room untuk 10-12 orang, Blue Room berkapasiti 15-18 orang, Red Room berkapasiti 60-80 orang, Green Room berkapasiti 90-110 orang, Stage Area (Pentas) berkapasiti 110-130 orang, Yellow Room berkapasiti 45 orang manakala Anjung boleh menampung sehingga 6080 orang.


Ruang Solat lelaki dan perempuan yang mampu menampung sehingga 20 orang pada satu masa. Kemudahan Lift (Mesin angkut barang) dan juga kawasan Restoran yang mesra OKU. Selain itu, parking Kereta awam disediakan sebanyak 460 buah kereta pada kadar RM 4.00 sekali masuk. 


MENU BUFFET RAMADAN 2023 (SANTAPAN DI RAJA)

Pengunjung dapat menikmati hidangan seperti Nasi Ayam Golek Istana, Nasi Ulam, Gulai Kawah Kambing, Daging Salai Masak Lemak CiliApi, Tempoyak Ikan Patin, Asam Pedas Pari Atau Tetel, Telur Itik Masak Lemak CiliApi, Rebung Perut Masak Lemak CiliApi dan pelbagai lagi makanan sampingan yang menarik.




Tidak lengkap hidangan tampa ulam-ulaman bersama Bergedil, Pajeri Nenas / Terung, Paru Berlada, Peria Goreng, Terung Berlada,Acar Telur Puyuh, Sambal Tempe, Kacang &. Ikan Bilis, Tempe Kicap, Tauhu Sumbat / Tauhu Kicap,Tempoyak Daun,Sambal Ikan Bilis dan Rendang Pucuk Ubi.



Bagi hidangan pemanis mulut pula anda boleh menikmati 5 Jenis Bubur Manisan, 4 Jenis Aneka Kuih Melayu, Buah Tamar dan Wajik.atau Dodol.



Menambah meriah lagi hidang Restoran Rebung menyediakan 10 stall gerai menarik untuk anda bersama hidangan seperti Murtabak Ayam, Murtabak Daging, Ikan Kembung Percik, Pisang Goreng, Cucur Bawang, Ikan Keli Bakar, Sup Tulang, Laksa Penang, Jenis Aneka Mee Berkuah, Mee Goreng Mamak, KueTiau Goreng, set Kerabu daging dan bubur lambuk.




Buffet Ramadan di Restoran Rebung akan berlangsung dari 23 March hingga 20 April 2023 bermula pada 6.30 petang sehingga 9.30 malam

Harga Bufet Ramadhan 2023
Dewasa : RM 99 nett
Kanak-kanak : RM 69 nett
(umur 5-12 tahun)


Booking: 03 - 2276 3535 / 2525 atau  https://invol.co/cl9nhkn
RESTORANREBUNGCHEFISMAIL@GMAIL.COM



Dato’ Chef Ismail x Menara Kuala Lumpur

Menara Kuala Lumpur akan berkolaborasi lagi bersama Dato’ Chef Ismail (Restoran Rebung Chef Ismail) bersempena dengan Buffet Ramadan 2023 “Citarasa Asli daripada Dato’Chef Ismail” di Megaview Banquet Hall, aras TH03, Menara Kuala Lumpur yang akan bermula pada 25 Mac hingga 19 April 2023.

Terdapat promosi Early Bird dan tiket lawatan ke SKY DECK secara percuma sekiranya anda membuat tempahan berbuka puasa disana. Untuk Tempahan Berbuka Puasa di Menara Kuala Lumpur, anda boleh hubungi 03-2020 5499.

Bufet Hari Raya (Promosi Bulan Syawal)

Restoran Rebung akan membuat Bufet Hari Raya dimana kami akan menggabungkan hidangan di Bufet Lunch dan Bufet Dinner beserta tempahan menu sempena hari raya seperti Lemang, Ketupat Palas, Rendang dan lain-lain.

Promosi ini akan berlangsung bermula pada 28 April 2023 (Hari Raya ketujuh) hingga 20 May 2023. Promosi ini akan dibuat sebanyak 3 Sesi, bermula jam 11 pagi - 2 petang (Sesi 1), jam 3 petang - 6 petang (Sesi 2), dan jam 7 petang - 10 malam (Sesi 3).

Harga adalah RM79 nett untuk dewasa dan RM59 nett untuk kanakkanak berumur 5-12 tahun.


Aktiviti Restoran Selain Bulan Ramadhan

Menyediakan buffet Breakfast, Lunch, & Dinner.
Buffet Breakfast : Bermula pada jam 8:00 pagi - 10.30 pagi (Sabtu & Ahad).
Harga : RM21.20 (Dewasa), RM18 nett (Kanak-Kanak).
Buffet Lunch: Bermula pada jam 11:30 pagi - 4:00 petang. (Setiap hari).
Harga : RM50 nett (Dewasa), RM35 nett (Kanak-Kanak).
Buffet Dinner : Bermula pada jam 6:30 Petang - 10:00 Malam (Setiap hari).
Harga : RM70 nett (Dewasa), RM50 nett (Kanak-Kanak).
*** Buffet Lunch ada 2 Sesi; Sesi 1 (11.30 pagi - 2ptg) dan Sesi 2 (2.30ptg - 4ptg).

Cara Pembayaran

Bayaran boleh dibuat secara tunai, credit card, debit card dan juga ePerolehan (Agensi Kerajaan). Perkhidmatan Katering Dan Majlis Tertutup

Menyediakan perkhidmatan sewaan bilik dan katering samada di restoran kami, kediaman anda ataupun di pejabat. Bagi mereka yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa di tempat anda, anda boleh menghubungi pihak Katering kami untuk membuat tempahan. Selain itu, bagi mereka yang ingin mengadakan majlis tertutup (Private Function) samada Majlis Bertunang, Majlis Perkahwinan, Majlis Hari Lahir, Majlis Persaraan, Majlis Berbuka Puasa atau Majlis Rumah Terbuka di Restoran Rebung, anda boleh menghubungi pihak restoran di talian 03-2276 3535 / 2525 untuk maklumat lanjut.

Untuk Tempahan Katering, anda boleh menghubungi Wakil Katering :
En Hafiz : 017-778 7895
Cik Jannah : 014-508 2996